COD atau Cash On Delivery atau lebih mudah , barang sampai baru bayar. Ye, kita beli barang, tetapi tak nak bayar dahulu. Bila barang sampai ke tangan kita , kita check dan semua ok, baru kita akan bayar pada abang kurier . Kaedah penghantaran ni semakin popular sekarang. Ramai seller dah guna kan kaedah COD ni, malah Shopee & Lazada Malaysia juga sudah menggunakan kaedah penghantaran ini. Tapi kan, tahu tak kenapa ada pembeli yang suka kan COD ni berbanding bayar terus ?
Saya akan share kan serba sedikit info mengenai COD dan kenapa anda perlu gunakan kaedah penghantaran ini .
Bagus kah COD Barang Sampai Baru Bayar Untuk Pembelian Online ?
Secara am nya, COD ni ada bagus & ada tak bagus. Standard lah kan, setiap sesuatu di muka bumi ni ada kebaikan & keburukan nya tersendiri, jadi :
Kebaikan COD
- Dapat lihat & tahu keadaan item – Jika barang sampai dengan elok, tiada koyak atau tiada kemek teruk, maka kita boleh terima item tersebut & buat pembayaran terus. Namun, jika item yang di terima terkoyak, kemek teruk atau ada kesan kena buka, kita ada hak untuk reject item tersebut & tak perlu bayar pun. Kita tak rugi apa -apa. Item yang di reject akan di pulangkan semula kepada seller.
- Lebih yakin tidak tertipu – Sebelum ada fungsi COD ni, memang banyak kes penipuan berlaku. Misal nya, dah bayar, tetapi barang tidak sampai, ataupun dah bayar untuk item tersebut, tetapi dalam kotak / bungkusan, tiada item yang di order. Pernah kan kita baca order iPhone dari penjual online , tetapi yang sampai lesung batu. Lepas tu penjual tersebut terus lesap dan hilamg dari alam nyata. Hangus lah duit kita bila terkena issue macam ni. Jadi, dengan COD, ia mampu meyakinkan pembeli untuk membeli dari seseorang penjual. Tak risau dah.
- Boleh test item sebelum bayar – Ini juga antara kelebihan bila barang sampai baru bayar di mana, kita berpeluang untuk uji dahulu item yang di beli sama ada berfungsi dengan baik atau pun tidak. Jadi, kita pun lebih senang hati tanpa perlu risau nak return balik barang yang tak ok ke penjual kan. Jimat masa dan duit. Namun, tidak pasti jika pihak kurier benarkan korang buat test dulu sebab ia akan ambil masa sedikit. Jika kurier personal atau pihak ke-3, boleh request dengan mereka. Ia bergantung atas budi bicara penghantar yer.
Keburukan COD
- Barang akan dipulangkan pada penjual – Jika semasa penghantaran tetapi korang tidak berada di alamat yang korang tulis ,barang tersebut tidak akan di serahkan atau di tinggalkan di rumah korang, Pihak kurier akan bawa semula item tersebut ke hub terdekat untuk simpanan sementara dan mereka akan menghubungi korang. Jadi, jika korang memang kerja di rumah, atau sentiasa ada di pejabat, tiada masalah. Namun, jika kebetulan ada kerja di kawasan lain masa tu, boleh lah pesan pada ahli keluarga/ officemate untuk tolong ambil dan bayarkan.
- Masalah kepada penjual – Item yang tidak dapat di serahkan kepada pembeli akan di pulangkan kepada penjual, namun keadaan item yang di terima semula tidak akan sama dengan keadaan item sebelum serahkan pada pihak kurier. Ini sebab, sepanjang proses delivery, parcel tu akan bercampur dengan parcel lain yang lebih berat & besar, jadi pastikan akan kemek sedikit. Jadi, ini akan membuatkan pihak penjual terpaksa tanggung kerugian.
Di negara kita, ada beberapa kurier yang support untuk kaedah COD ini antara nya adalah J&T, DHL, Ninja Van, Pos Laju dan beberapa kurier lain lagi. Budak-budak pengantar yang di upah oleh penjual juga boleh buat COD juga. Just check dengan penjual sama ada mereka terima pembelian melalui COD atau tak. Ada juga penjual yang tak buat COD atas faktor tertentu.
Jadi bergantung lah pada korang yer untuk lebih prefer kaedah bayar terus atau barang sampai baru bayar. Mana yang selesa untuk korang. Yang penting, sediakan duit nya siap-siap. Jangan order , tetapi bila abang kurier dah sampai dengan rumah, kita menyorok dalam bilik sebab takda duit nak bayar, naya pak karim woo 😛 .Kesian abang kurier penat-penat datang rumah.
nak tanye,bayar guna duit syiling mmg tidak dibenarkan ke?
Lebih baik bayaran COD menggunakan duit kertas kerana, tak silap saya ,abg kurier perlu bank in ke shopee..Jadi senang nak bank in kat CDM guna duit kertas.
Tq
Prnah beli brg cod tp curier xbg check brg,so return balik je la,x psl2 t brg lain dpt duit hangus camtu je
Tak pasti jika itu SOP kurier tersebut. Tapi customer ada hak juga nak tahu condition barang tu.
kalau barang sampai.. boleh bayar pakai kad kah kalau tiad cash?
Biasa nya tak boleh
Jika barang COD kat customer ..mcm mana seller nak dapat duit dia …boleh Tolong jelaskan tak…
Pihak kurier akan dapatkan duit dari customer > Pihak kurier akan bank in kepada pihak ecommerce > Pihak ecommerce akan bayar kepada seller.
Jika pelanggan tak bayar, tiada duit akan di bayar ke seller & barang yang di pos akan di pulangkan semula kepada seller.
Terima kasih
Perlu ada SSM Ke untuk buat COD
Tak perlu tuan. SSM hanya di perlukan untuk sesebuah perniagaan sahaja.. COD bergantung kepada pilihan kurier yang tuan guna kan. Ada kurier yang buat perkhidmatan COD, ada juga yang tak buat COD. TUan perlu check dgn pihak kurier & syarat-syarat nya.
Thanks