Pengalaman Beli Motosikal Online Tanpa Interest
Saya dah lama berniat nak beli motosikal online sebenar nya sebab bila saya tengok harga yang di tawarkan dalam platform online jauh lebih murah berbanding dengan harga di kedai. Sebab kan ini first time nak beli motor online, saya terus selidik sedalam mungkin, siap baca komen-komen previous customer mereka, serta cari seberapa banyak info dalam internet. Ye lah,risau sebenar nya beli motor secara online ni, takut kene scam. Risau dapt motor yang dah rosak ke, atau beli motor tapi sampai nya side mirror je ke ..haha.Punya lah anxiety bab ni kan.
Namun, pada tarikh 28/Feb/2024, saya secara rasmi sudah berjaya memiliki sebuah motorsikal yang saya beli melalui Shopee dan yang best nya adalah, saya beli motorsikal tu secara hutang tanpa sebarang interest. Saya berhutang jugak macam korang, bayar bulan-bulan macam biasa, tetapi saya hanya akan bayar harga motosikal semata-mata tanpa di cas sebarang interest / faedah. Kenapa saya cakap pembelian saya ni berbaloi ? Sebab :
- Harga motosikal lebih murah berbanding kedai luar (Murah sehingga RM500 jugak ye. Kalau ada interest, lagi lah mahal )
- Dapat motosikal 100% baharu (motor saya di keluarkan pada Jan 2024. Bukan tahun lepas punya model atau motor secondhand)
- Dapat penghantaran percuma ( saya beli dari kedai di Selangor & mereka hantar ke Johor secara Percuma..Padu !)
- Saya berhutang mengikut harga jualan sahaja tanpa di kena kan apa-apa faedah / interest. Jimat banyak.
- Beli online sahaja. Tekan-tekan, tunggu motor sampai depan pintu pagar rumah. Mudah sangat.
Jadi, macam mana saya buat / dapat tawaran macam ni ? Ok, jom saya kongsi kan dalam artikel di bawah ini.
Pengalaman Beli Motosikal Online Dan Bayar Ansuran Tanpa Sebarang Faedah (0% Interest)
Ok lah, sebelum anda teruja dengan lebih jauh , saya share dulu bagaimana harga motor boleh murah berbanding kedai biasa serta bagaimana saya dapat buat ansuran 0% interest. Saja bagitau awal-awal supaya anda dapat terus dapat point yang nak saya sampai kan nanti. Jadi, sebenarnya :
- Kenapa harga motor boleh lagi murah ? – Jawapan : Sebab motosikal ini sudah di register dahulu oleh pihak kedai. Ia motor baru yer, jadi jangan bimbang. Cuma di daftar kan awal sahaja oleh kedai motor tersebut. Motor ini sudah ada nombor plate, jadi anda tak boleh nak pilih nombor plate.Di sebab kan motor sudah register, anda perlu buat urusan tukar nama di JPJ apabila motor sudah berada di tangan anda nanti. Mudah je urusan nya. Saya buat dalam 5 minit dah siap (isi borang, tumbprint, dan urusan kaunter)
- Macam mana saya boleh dapat 0% interest ? Jawapan : Sebab saya beli guna kad kredit. Itu sahaja. hehe.. Untuk pengguna kad kredit, pasti mereka biasa dengan terma EPP 0% interest. (EPP = Easy Payment Plan ). Bila sesebuah bank tawarkan option EPP, anda boleh beli barang / sesuatu servis dengan membayar ansuran mengikut harga barang itu sahaja. Memang tiada interest di kena kan.. Untung ke untung ? Namun, tak semua bank buat, biasa nya bank seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan beberapa bank lain sahaja yang ada pilihan EPP tersebut.
Saya beli motor yang murah sahaja sebab motosikal tu nak guna untuk jalan dekat-dekat sahaja macam pergi masjid, pergi pasar / kedai runcit dekat rumah & seminggu sekali bawa motosikal tersebut pergi kerja. Itu pun tak jauh, dalam 10 minit sampai. Nak beli cash terus , rasa macam sayang pulak nak pakai cash yang ada. Jadi, saya pilih bayar bulanan sahaja tanpa perlu usik simpanan saya yang tak berapa nak ada. At least, ada lagi lah simpanan kecemasan saya tu boleh guna kalau ada apa-apa berlaku.
Jadi, kini anda dah faham kan bagaimana saya boleh dapat beli motosikal online pada harga yang berpatutan serta tanpa faedah.
Berbalik semula kepada soalan anda tadi, bagaimana cara untuk anda beli motosikal online dengan tawaran harga yang menarik serta tak perlu membayar interest ? Jom saya kongsikan jawapan kepada persoalan anda di sini.
**Masa ni abang lori hantar motor dah tengah malam. 😀 .Layan je lah bang, janji motor nya sampai.
” Beli motor kat mana bro ? Shopee atau Lazada ? “
Saya beli motosikal saya di platform online, Shopee. Saya berurusan dengan kedai menjual motosikal ini (Yesride). Saya personally memang recommended untuk anda beli motor di sini sebab urusan nya sangat mudah & cepat. Admin kedai ni pun cepat je reply setiap soalan saya serta biula review semua customer feedback yang sebelum ini, 99% sangat positive. Jadi, kedai ni memang boleh di percayai. Jangan risau yer, ramai dah beli motosikal mereka di kedai ini termasuk lah saya. Saya tidak di scam, jadi apa tah lagi anda.
” Saya nak hutang beli motor , tapi tak nak lahbayar interest yang tinggi. Macam mana bro ? “
Boleh, dengan syarat anda ada kad kredit dari Maybank atau CIMB atau Public Bank. Sila pastikan juga kad kredit anda tu ada baki yang mencukupi dalam kad kredit anda kerana pihak Shopee akan terus caj kad kredit anda dengan harga penuh motosikal tersebut. Contoh motor tersebut bernilai RM5000, pastikan kad kredit anda ada amaun tersebut sebelum membuat pembayaran. Jika baki tak mencukupi, confirm akan kena reject.
” Tapi macam mana kaedah nya ? Tadi bro cakap boleh bayar bulan-bulan, tapi ni kena caj harga penuh pulak ? Dah macam beli cash ”
Anda perlu faham terlebih dahulu bagaimana EPP 0% interest berfungsi. Saya pernah share sebelum ni, Baca di sini untuk lebih faham berkenaan apa itu 0% EPP: Fahami Kaedah EPP 0%
” Berapa lama motor akan sampai depan rumah ? “
Kedai mereka di Kajang , Selangor dan mereka ambil masa 3 hari waktu bekerja untuk delivery ke Johor Bahru. Penghantaran mengguna kan khidmat syarikat penghataran mereka. Kalau anda di kawasan sekitar Kajang, anda boleh pick up motor terus dari kedai mereka. Admin kedai kata,mereka boleh arrangekan penghantaran motosikal yang di beli ke seluruh Semenanjung Malaysia (Maaf, tiada penghantaran ke Sabah/Sarawak).
Kalau anda tinggal berdekatan dengan Kajang, contoh anda tinggal di dalam Selangot atau KL, pasti nya motor lebih cepat sampai. 1-2 hari waktu bekerja boleh selesai semua urusan motor baru anda.
” Motosikal ni baru ke atau secondhand ? Kalau baru, ada waranty rasmi pengeluar tak ? “
Of course 100% baru. Saya dah verify, memang serba serbi baru dan ada warranty 2 tahun / 20000KM dari Honda Motor Malaysia. So, jangan risau lah yer. Motor memang baharu.
” Berapa perlu bayar setiap bulan ?”
Ia bergantung kepada bajet bulanan anda. Boleh refer jadual pembayaran di bawah : Maksimum boleh buat ansuran sehingga 36 bulan ( 3 tahun ). Jadi bayar bulanan kecil sedikit. Ikut lah bajet anda okay. Kalau malas nak berhutang lama-lama , ambil sekurang nya 1 tahun (12 kali pembayaran ). Cepat habis bayar, tenang fikiran tak payah fikir lagi pasal hutang motor.
” Ada apa-apa step lain yang perlu di buat ? “
Ada. Di sebab kan motosikl ini sudah di daftar atas nama kedai tersebut, jadi anda perlu urus kan untuk tukar nama di JPJ dan dapatkan geran serta roadtax anda . Harga RM5 untuk geran dan RM2 untuk roadtax. Urusan pun mudah. Saya pergi ke UTC sahaja, lepas waktu bekerja pun kaunter JPJ masih buka.
” Kesimpulan nya, secara keseluruhan, apa perasaan bro pasal dapat beli motosikal online ni ? “
Bagi saya, sangat berpuas hati dengan urusan dengan kedai yang saya beli motosikal ni.Pantas, mudah, urusan di hujung jari serta dapat motosikal yang baru . Jadi, personally. memang sangat recommend anda untuk beli motosikal online melalui kedai-kedai yang mempunyai track record yang baik dari pelanggan mereka.
Untuk anda yang mempunyai kelapangan rezeki mungkin boleh menggunakan cara saya di atas, namun untuk anda yang gaji ngam-ngam untuk keperluan keluarga, mungkin boleh mula dengan beli motor secondhand yang lebih murah. Atau kalau nak berhutang dengan kedai, fikir-fikir lah mana yang terbaik untuk anda.
Salam bang, nak tanya masa beli kat yesride Shopee ni, diorang ada mintak abang topup installment plan tak kalau nak bayar guna CC? Atau abang cuma bayar total guna installment plan kat Shopee tu saja? Keliru sebab kena topup katanya processing fee, terima kasih
Wasalam, betul tuan.. Masa saya beli tempohari, mereka ada bagitau yang kena tambah beberapa % (bergantung pada tempoh installment) untuk mereka process kan.. Saya syak, itu lebih pada CC processing fees. Tapi sebab saya mmg nak guna motor, saya topup sikit je masa tu.
TQ