Cara Cancel Order Shopee dan Dapat Refund
Ini cara cancel order Shopee bagi barang yang tak sampai-sampai atau seller tak hantar item yang anda order. Memang sakit hati kan bila order barang online tapi barang nya tidak muncul setelah menunggu sekian lama.Di sini,saya ajarkan cara cancel order Shopee supaya anda dapat semula duit yang anda bayar tu. Anda sebagai pembeli ada hak untuk batalkan pesanan di Shopee, namun mestilah atas beberapa perkara (saya terangkan di bawah) , bukan suka-suka hati nak cancel order juga okay
Cara Cancel Order di Shopee Dan Dapatkan Semula Duit Anda
Boleh cancel order Shopee anda apabila anda dapati yang :
- Anda dah order barang, tetapi seller masih tidak hantar item anda kepada pihak kurier. Status masih “To Ship” berhari-hari. Namun, saya galakkan anda untuk mesej seller anda tu dahulu untuk tanya kan status order anda. Jangan main cancel sahaja tanpa confirmkan dahulu. Ada seller yang perlukan lebih masa untuk selesaikan order anda ( biasa nya jika anda order hot item / shocking sale item ). Ada juga seller yang sudah hantar parcel anda kepada kurier, tetapi kurier belum scan parcel tersebut . So, Sebelum cancel, direct message seller anda dahulu ok. Jika tiada respon selepas beberapa kali mesej, baru anda klik butang “Cancel Order”.
- Order anda tiada update dari pihak kurier selepas 7 hari waktu bekerja. Kebiasaan nya, pihak kurier yang Shopee gunakan (Pos Laju, DHL, JT Express atau NinjaVan) akan ambil masa sekitar 2-3 hari untuk serahan (bagi kawasan bandar) atau 3-4 hari untuk kawasan luar bandar. Jadi, anda perlu tunggu dahulu item anda untuk di hantar. Namun, jika sudah terlalu lama, mungkin lebih dari 7 hari ke 10 hari , tetapi item anda masih tidak sampai , saya nasihatkan anda untuk hubungi pihak kurier yang hantar item anda tu. Minta mereka check kan status terkini. Tetapi, jika selepas 3 hari masih tiada apa-apa perubahan, so boleh lah anda cancelkan order Shopee anda.
Bila anda alami dua perkara di atas, sila cancelkan order anda ok. Jangan takut untuk cancelkan kerana anda ada hak berbuat demikian. Cuma di sini ada 2 perkara yang selalu pembeli buat bila ada masalah dengan order Shopee mereka iaitu :
- Terus tekan cancel tanpa merujuk kepada penjual terlebih dahulu. Seller pun ada masalah mereka sepanjang process order anda. Berbincang lebih baik untuk win-win situation.
- Anda marahkan seller bila item yang sudah di hantar masih tidak kunjung tiba. Sepatut nya, anda perlu merujuk terus kepada pihak kurier untuk status terkini kerana item yang telah di serahkan kepada kurier adalah tanggungjawab mereka. Seller hanya boleh tolong track sahaja tetapi tidak boleh mempercepatkan serahan item anda. Jadi, sila bertenang, tak perlu marahkan seller kerana bukan seller tu yang hantar sendiri item yang anda order terus ke pintu rumah anda.
Jika anda berhajat nak belajar cara bagaimana nak start menjual di Shopee ? Saya recommend panduan ini. Saya pun belajar dari e-book ini :
Jika anda sudah faham , jom saya tunjukkan cara cancel order Shopee anda yang dah pending lama sangat tu :
Cara Cancel Order Shopee Melalui Apps

- Klik pada butang “Me”
- Ada 2 situasi – Jika anda belum buat bayaran dan anda nak cancelkan order tersebut, anda klik pada butang “To Pay” . Tiada duit akan di refund kerana anda masih belum buat apa-apa bayaran untuk order tersebut. Jika anda sudah buat pembayaran dan duit tersebut sudah di tolak dari akaun anda, anda pilih pada butang ” To Ship” ok. Jika berjayau untuk cancel, duit yang anda bayar akan di refund semula kepada anda samada melalu ShopeePay (e-wallet – paling cepat di refund ) atau ke akaun simpanan anda (mungkin ambil masa) P/S – Perlu di ingatkan , anda perlu hubungi seller anda dahulu sebelum cancel order kerana, seller ada hak untuk “reject” cancellation anda.
- Klik pada order yang anda nak cancel kan.

- Di bahagian order details anda, klik di bahagian bawah sekali ada butang ” Cancel Order”
- Anda perlu pilih sebab kenapa anda perlu cancelkan order Shopee anda.
- Seller Not Responsive – Bermakna, anda sudah cuba hubungi seller anda, tetapi tiada respon dari pihak seller.
- Modify Existing Order – Anda nak cancelkan kerana nak ubah alamat, atau tukar model lain, atau tukar kepada warna yang lain.
- Others / Change Of Mind – Anda sudah berubah hati / fikiran.
- Selepas itu, klik pada “Confirm”
- Berkenaan duit yang anda sudah bayar, pihak Shopee akan transfer duit anda terus ke ShopeePay (e-wallet – Ini lebih cepat duit masuk) atau jika anda tiada e-wallet tersebut, pihak Shopee akan buat bayaran terus ke akaun / kad debit / kad kredit anda, namun akan ambil masa dalam 1-3 hari waktu bekerja . Sila rujuk pada pihak Shopee untuk sebarang update berkaitan transaksi tersebut. Jangan tanya seller kenapa duit tak masuk, kerana selagi order tidak complete, selagi itu duit anda masih di hold oleh pihak Shopee. Jadi, Shopee akan uruskan refund anda, bukan dari poket / akaun bank seller.
Yup, memang mudah pun cara cancel order Shopee ,Jangan bimbang bila anda membuat pembelian di Shopee kerana, transaksi anda di lindungi oleh pihak Shopee sendiri. Seller tidak akan dapat duit anda, selagi barang yang anda order tidak sampai ke tangan anda. Jadi, jika ada masalah dengan order anda, anda gunakan hak anda sebagai pembeli untuk cancel order di Shopee .
Cuma pesanan saya kepada anda bila dah tahu cara cancel order Shopee ini, sila berbincang dengan pihak seller terlebih dahulu. Ini sangat penting kerana, pihak seller juga perlukan ruang dan masa untuk selesaikan order anda. Kita sebagai pembeli, perlu faham yang di berurusan dengan manusia yang ada masa bekerja dan masa untuk berehat. Jika anda nak pakai cepat / terlalu urgent, jangan order online. Anda terus pergi ke kedai-kedai berhampiran anda. Bila beli online seperti di Shopee , kita perlu ada sifat bersabar ok.. 🙂
Hi,mahu tnya,apa jadi bila sya oder barang shopee,lepas tu terus tekan cancel oder..sbb tersalah pilihan batang?dapat duit balik kah?apa jdi pada duit tu?
Ada 3 situasi :
1)Jika belum buat bayaran, item akan cancel sahaja.
2) Jika sudah buat bayaran, tetapi seller belum ship item / belum process order cik, cik boleh terus cancel dan akan auto cancel oleh system. nanti duit akan di masukkan dalam ewallet shopee cik.Sila semak ewallet shopee yer.
3) Jika sudah buat bayaran, dan seller sudah process order / ship item tersebut, cik perlu bincang dengan seller tersebut untuk langkah sesterus nya. Duit tetap akan hold dalam system.
BIasa 1 dan 2, senang.. duit terus masuk
Untuk no.3, agak leceh..ia bergantung kepada seller..Ini akan ambil masa.
Terima kasih.
Asalamualaikum,Saya Ada terima massage pembatalan dari shoppe,mengatakan TIADA BAYARAN,sedangkan Saya sudah membuat bayaran,adalah duit Saya hilang begitu sahaja.
waalaikumsalam.. mungkin cik boleh cuba contact shopee customer sevice..
serta resit pembayaran / transfer dan email / call mereka. Setakat nya, customer service mereka ok.
Terima kasih singgah blog saya
bagaimana nak refund sekiranya tertekan button complete
Tidak boleh dah melalui Shopee apps, sebab bila dah tekan complete , ia bermakna buyer sudah setuju untuk terima keadaan item tersebut.
Namun, masih boleh contact dengan seller tuan tu, try bincang elok-elok dengan dia. Jika ada warranty, boleh guna kan warranty untuk claim.
Terima kasih
Saya cancel tapi kena reject nak buat mcm mana ya? Saya cancel tak sampai 24 jam sbb penjual mcm tipu
Cik perlu screenshot status terkini order tersebut, & contact shopee customer sevice untuk tindakan lanjut.
Salam, boleh ke kita cakap sama jnt jangan delivered dan pulang kan semula kepada penghantar. Lepastu cancel order.?
Wasalam,ada satu lagi cara. Semasa JnT hantar, bgatu awak tak nak terima. Nanti dia akan pulangkan semula. Tp bergantung juga, sbb ada budak yang main letak kat dalam rumah, itu yang susah. Bab cancel ni, kena bincang baik2 dengan seller sbb biasa nya, kalau brang dah ship dan jual, seller tak nak cancelkan..Rugi pada pihak dia. Terima kasih.
Bro kalau brg sudah ship,tetapi rupanya seller nya scam atau prank,duit nya bagaimana hendak refund kalau click cancel tetapi sellernya tidak mau approve.boleh pihak shopee refund semula ?
Hi bro, masih boleh..sebab duit Shopee masih hold sampai lah brg sampai.
Jika nak bantuan lanjut, email kepada Shopee
Terima kasih atas perkongsian.
Macam mana nak cancel order untuk tukar kurier service.
Sama2 cik
Cik perlu cancel kan dulu order tersebut, then buat order baru dengan pilihan kurier yang cik nak guna.
Terima kasih 🙂
Salam Tuan, nak bertanya jika saya dah cancelkan order semua then untuk akhir sekali saya tertekan button “withdraw cancellation request” macam mana cerita pula yea?
Wasalam, order tersebut akan kembali aktif seperti biasa.
Salam,macammana kalau kita buat payment di 7E,jika nk batalkan order,duit pulangan akan dibayar di akaun mana?Shopeepay atau Shopee
Waslam, Yes. akan di kredit / masukkan semula ke ShopeePay eWallet.
Kalau dah tertekan withdrwa cancel tu . Barng akn aktif balik kan.. abis macam mana kita nk cancel kali kedua sebab seller x respon langsng.. barng sepattnya da smpai tapi da lebih masa yg ditetapkan .. terima kasih
Yes. Betul. Akan aktif semula & item akan di process seperti biasa.
Tidak boleh cancel 2nd time, tetapi masih ada harapan iaitu, sila email kepada pihak customer service Shopee. Mereka akan bantu.
Cuma jika item dah di hantar & ada pada kurier, memang susah. Perlu tunggu item sampai & lepas tu klik pada butang ” Return & Refund”
Harap membantu.
Nak Tanya… Pembayaran telah pun dibuat, seller last minit cakap stock out. Pada masa yg sama shopee masih hold duit kita. jadi, kedua2 pihak (me dengan seller) setuju dgn urusan jual/beli tersebut di-cancel-kan.
Soalan Saya ialah, apa akan terjadi kepada duit refund tersebut semasa pembatalan telah dibuat kerana saya belum lagi mendaftar ShopeePay. In kali pertama membatalkan tempahan yang sudah dibayar
Ia akan di kreditkan semula ke akaun bank cik, cuma akan ambil masa 1-3 ahri waktu bekerja.
Jika guna Shopee Pay, amaun tu akan di kredit serta merta.
Senadainya duit cik belum masuk juga selepas 3 hari bekerja , hubungi Shopee dengan segera untuk semakan lanjut.
Terima kasih
hello, macam mana kalau dah cancel order but seller tak approve lagi cancellation tu? duit tu dapat atau tak? risau juga takut kena scam. dia tak pernah reply mesej even online berkali kali 😭
Hi cik.
Jika seller tak approve the cancellation request, system Shopee akan auto approve after 3 days selepas request.
Dont worry, setakat ni, system Shopee agak secure untuk melindungi customer mereka.
Jika masalah ini berlanjutan, cik boleh terus email kepada customer service Shopee.
Mereka akan bantu cik.
Terima kasih.
macam kes saya, bukan sebab barang tu seller lambat hantar atau barang tu rosak. Saya ada beli CPU bernilai rm600. dekat gambar mereka letak CPU ” macam gaming case sebab berlampu²” tapi dekat description mereka letak “ordinary casing”. jadi sy ingat ordinarybcasing tu, casing yang berlampu tu la. tapi bila saya dapati sebelum seller nak buat penghantaran, pihak mereka hantarbgambar barang tersebut. tapi bila saya tgok barang tersebut tidak sama seperti dalam gambar yang di nyatakan. saya terus cancel order tersebut. problemnya, permintaan pembatalan saya ditolak oleh penjual, sedangkan mereka belum pun membuat penghantaran logistik. sampai skrg mereka bertegas untuk menghantar barang tersebut pada saya, sedangkan saya dah tak nak barang tersebut. saya nak dapatkan duit saya semula. bagaimana ye caranya ?
Pada pendapat saya, jika seller dah reject cancellation request cik, mremang tak boleh buat apa kerana, seller tetap akan ship.
Namun ada cara lain, iaitu, cik terus hubungi pihak customer service Shopee untuk mereka bantu cik. Boleh email atau call mereka terus. Kata kan seller reject cancelaltion cik.
cara ke dua, ini agak makan masa dan kos, kalau seller tetap hantar, nnt barang dah sampai cik boleh request issue return & refund, atas issue “item not same as description “. .> cuma nnt mungkin cik perlu keluarkan modal untuk return semula item tu.
Jadi, jika masih sempat, cik email kan ke shopee dahulu.
Terima kasih.
salam tuan, Saya ada order 2 item, tp seller post 1item je & sy terus pm seller, dan hari yg lain dia post lagi 1 item tu, semua cukup. kemudian saya terima pulak lagi 1 item yg sama.. Apa perlu saya buat, seller terlebih post..
harap dapat bantu😢
Wasalam. Baik tuan
TUan boleh hubungi seller tersebut &n buat pembayaran dengan nilai yang sama dengan item yang di hantar tersebut.
Namun, jika tuan tak nak (sebab dah ada item tu) , tuan jangan bukak kotak item tu, terus mintak alamat seller dan return semula item tersebut.
Ini jalan yang terbaik.
🙂
Harap membantu
Kesnya mcm ni item dh dpt tp…. sy mintak 100unit yg berbeza warna dan bentuk.tp seller hntr 5 jenis je yg sama wrn dan bentuk..dh apply refund approved .brg seller nk hntr blk mcm mn…
Depends pada perbincangan cik dengan seller. Jika item tak cukup, seller hanya perlu hantar yang baru. Atau jika barang salah, cik perlu hantar semula ke seller untuk mereka tukar dengan warna /jenis yang betul.
Apa-apa pun , perlu bincang dengan seller dulu.
Terima kasih.
Salam , saya order barang dah 13 hari tapi tak di ship out lagi satu mesej seller xpernah dibalas , dia baca je , pastuoff , barang dah bayar , hampir 3 ratus , ape perlu saya buat , saya nak duit saya balik 😭
Wasalam..
Ini luar biasa. Baik, cik boleh try ini :
1) Terus tekan butang ” cancel order ” kerana seller masih belum ship / reply order cik. Utk cancellation, dalam 3 hari jika seller tidak buat apa2 dengan cancellation request cik, system Shopee akan auto accept cancellation cik & duit akan di refund kepada cik semula
2) Jika dah click request cancellation, tetapi seller reject, memang cik takkan boleh request cancelleation untuk kali ke 2. Tapi jangan bimbang, cik boleh terus email ke customer Shopee service. Cik masuk ke link ini yer > https://help.shopee.com.my/my/s/contactusform . Masukkan semua maklumat yang cik ada, screen shot perbualan cik yang seller tak layan, dan submit form berkenaan.nanti, Shopee CS akan reply & bantu cik untuk langkah seterus nya
Insyallah, kebiasaan nya, 2 cara ni menjadi. Semoga di permudahkan urusan cik yer.
Terima kasih singgah blog saya 🙂
assalamualaikum..
nak tanya.. saya ada beli barang dari shopee..
seller dah pos keluar.. dan kemudian saya perasan sy punya parcel stuck dekat hub PJ.. dan sy ada contact seller.. seller terus minta sy klik button refund..
okay lepas sy dah klik button refund tu.. selepas beberapa hari parcel tu dapat semula.. dan kurier terus post kepada sy..
untuk situasi macam ni.. pihak shopee yg akan batalkan permohonan ini (maksudnya duit tu pihak shopee akan lepaskan kepada seller ) atau macam mana.. ???
Waalaikumsalam. Betul. Pihak shopee akan batalkan refund cik yang sebelum ni.
Nk tanya klau kita cancel order, tpi pembayaran tu kita tolak shopee coin jugak…jd duit tu akn dapat skli denngan shopee coin ke.. lg satu, apa jadi dengn voucher yg kita dh guna wktu byr tu … kira burn ke or x
Jika cancel order, yes, coin juga akan di refund sekali. Boleh check dalam tab coin. Duit pula akan masuk Shopee Pay jika cik ada shopeepay acc.
Voucher tak silap saya burn. Itu limited.
Terima kasih 🙂
Sy cancel order sbb brg lmbt samapi , pihak shoppe dh buat pemulangan duit ke account sy atas alasan parcel sy telah hilang di transit , pada keesokkan harinya parcel yg sy cancel tersebut telah sampai ke alamat sy … Soalan sy adakah pihak seller menerima duit barangan tersebut atau sy perlu membayar kembali duit kepada seller melalui bank in ke account seller?
Biasa nya, jika parcel declare hilang, kedua-dua pihak akan terima refund dari Shopee.
Jadi, cadangan saya, hubungi seller anda untuk kepastian yang dia sudah dapat refund nya. Jika seller dah terima duit dia, tiada masalah dah.
Takut cik nnt terbayar dua kali pada seller. Seller dah dapat duit pampasan, tetapi cik bayar kepada dia pulak. Jadi dah jadi double payment to seller.
atau untuk lebih kepastian, hubungi dengan pihak Shopee ya.
Terima kasih
🙂
Sy tersalah letak alamat. dah cancel order untuk tukar alamat. tapi seller reject. barang tersebut xkan sampai ke tangan saya. so mcm mana nak buat ye? nk dapatkan refund semula. seller xmembantu. saya baru order xsampai 5 minit. terus chat dia utk terima cancel order sy. tp dia reject. alasan dah masuk system. tolong sy tuan
1) Boleh tukar alamat 1x sahaja selepas buat order selagi seller belum tukar status order ke processing. Tukar di bahagian order details tuan.
2) Jika tak boleh dah, email ke shopee service .
Pada saya, seller tersebut bermasalah, sebab mereka perlu utama kan customer berbanding system mereka.
Assalam cik nak tanya.. berapa lama akan ambil masa yaaa utk duit masuk ke shopee wallet lepas cancel order ?? selama ni saya cancel order, cepat jee duit masuk dalam 1 hari. tapi kalini dah berapa hari saya tggu duit tk masuk juga. cancel 17 Feb. seller dan approved tarikh tu juga. harini dah 21 Feb tapi duit still belum masuk. shopee wallet and account bank pun tkde masuk duitnya
Waalaikumsalam cik
Biasa nya jika refund e-wallet, dalam hari yang sama ..paling lewat pun 1 hari biasa nya.
Kalau masih belum masuk juga, boleh contact customer service Shopee. Mereka akan bantu utk semak transaksi cik.
Terima kasih.
Assalam…mungkin encik tahu macam mana nak selesaikan masalah saya. Masalahnya begini, hari tu saya ada order item readystock Malaysia. Selalu order dgn seller ni. Cuma kali ni seller ubah item tu preorder, mungkin kehabisan stok, jadi kena tunggu stok sampai baru seller pos out. Saya okey je kalau lambat 2minggu gitu.
Saya pun order. 6hb 3, semalam, saya baru perasan yang item saya akan di pos out 6hb 4. Saya salah tengok. Bukan 6hb 3. Salah tengok bulan/month. So saya terus chat seller dan cancel order. Status masih ‘To ship’. Seller kata tak boleh cancel sebab item dah proses. Tapi, saya tetap nak cancel juga memandangkan item diterima bulan 4 ni. Memang tak boleh tunggu. Last2 seller cakap ok. Tapi belum approve cancel lagi.
Saya ada tengok detail cancel shoppe, situ tulis ‘seller harus respon seblum 8hb 3 atau pesanan akan dibatalkan secara auto’. Saya tak tahu sama ada saya akan dapat balik duit tu atau tak. Saya tak nak dah item seller sbb bulan 4 baru sampai, jadi nak minta duit dikembalikan saja.
Wasalam. yes, terus raise kan cancellation dalam order cik.
Seller akan di berikan masa selama 3 hari waktu bekerja untuk respons kepada request cik. Jika seller approve kan, maka selesailah. Duit akan masuk ke akaun cik semula.
Jika seller masih tak approve selepas 3 hari, Shopee system akan auto approve kan request cik tu & duit akan di kembalikan pada cik.
Namun, jika seller decline request cik tu, sila email kan masalah cik kepada Shopee Customer service. Mereka akan bantu untuk contact seller utk cancellation.
Terima kasih singgah 🙂
Aslm saya nak tanya kalau kita dah buat pembayaran di 7e , tapi shoppe tak paparkan notification payment kita .. dan dia masih duk kat ‘ to pay’ ja . mcm mana nk dapatkan balik duit yang dah bayar tu
Wasalam, ada masa nya system 7E akan lambat update dalam Shopee .
Namun, jika selepas 24Jam masih belum update & tiada transaksi masuk, sila contact customer service Shopee.
Tunjukkan / serta kan sekali dengan resit pembayaran cik.
Harap mambantu.
Terima kasih singgah ke blog saya. 🙂
semua tergantung pada penjual boss.
Yes
Salam tuan..saya beli brg shopee dr cina.. dh bayar 1/5.. tetiba harini mesej cakap dah habis warna tu suruh pilih warna lain. Saya tekan cancel order.. pastu tertekan withdrawn cancellation request.. mcm mane ye 😭
Wasalam tuan
kalau dah withdraw cancel, dah tak boleh buat dah.
Tapi jangan risau, boleh contact Shopee customer service untuk tindakan lanjut.
Thanks
Assalamualaikum saya nk tanya kalau saya dah cancel order sbb nk tukar alamat tapi seller reject cancellation macam mana ye, saya dah contact berhari hari nk tukar alamat tapi tiada respond . Tq
Waalaikumsalam cik
Boleh terus contact Shopee customer service untutk tindakan lanjut.
Jika seller dah reject, memang susah dah nak cancel kan. Hanya customer service boleh bantu buat masa ni.
Terima kasih
Baru² ni saya ada order la phone kat shopee, bila dah hari kedua status masih lagi prepairing, saya tanyala pada seller tapi tiada respons. Sudah lama saya menunggu sehinggalah tiba hari ke 4 saya terpaksa cancel order tu sebab cara seller memang nampak sombong bila customer tanya. Ini pun lps saya baca syarat nak cancel order adalah salah satunya bila seller tak memberi sebarang respons. Jadi berjaga² ya semua. Nasib baik saya dapat duit saya semula. Syukur.
Yes. tepat sekali cik.
Sebagai pembeli & pengguna, kita ada hak kepada duit kita selagi item yang di beli belum di terima di tangan kita.
Jangan takut untuk cancel jika seller bermasalah.
Terima kasih singgah blog saya 🙂
Salam.. Klu kita cancel order kt shopee tu tapi seller tolak permohonan cancel kita tu mcm mana ye?
Wasalam. Tak boleh buat apa dengan seller tersebut. Hanya 1 x boleh cancel kan.
Namun, jangan risau. Masih ada sinar, boleh contact shopee team, atau bila terima itwem nanti, bolh terus click return & refund.
Namun, bergantung pada issue nya. Jika salah seller atau item rosak, lebih mudah.
Jika atas kesilapan sendiri / salah order item, itu agak sukar nak dapat semula refund nya.
Harap membantu. Terima kasih
Asalamualaikum, jika dah cancel sbb tersilap teroder 2 barang sepatutnya 1 sahaja, saya order mengunakan credit card adakah saya dapat duit balik dalam shopee pay…
Waalaikumsalam ..Jika tuan tidak aktifkan Shopee Pay dalam Shopee apps tuan, Shopee akan return semula dalam akaun kredit kad tuan.
Jika tidak masuk dalam masa 3 hari waktu bekerja, tuan boleh contact Shopee team semula.
TQ 😉
Macam mana ya, kalau saya tertekan pesanan diterima sedangkan barang saya sedang dalam penghantaran. Belum lagi diterima. Ada kah barang saya tidak akan di hantar oleh poslaju.
Barang akan tetap di hantar oleh kurier yang bertanggungjawab, cuma ada masalah jika barang cik tidak di terima , cik tak boleh claim semula item tu.
Terima kasih
Salam tuan 😊
Saya ada buat cancellation order tapi seller reject sebab dah preparing shipping. So, saya bincang dengan seller untuk cancel order tapi seller taknak cancel order tersebut sebab taknak terkena penalti. Kalau seller proceed shipping, dan saya reject parcel semasa kurier hantar, perlu ke saya tekan return refund juga atas alasan cancel order sebab salah pilih item. Dan macam mana proses untuk refund bagi isu ini?
andai seller cancel order, seller akan di penalti. Makaud penalti tersebut tu macam mana? Mohon tuan bantu saya sebab seller refused to cancel order. Amaun yang agak besar, rugi dan tidak berfaedah andai saya terima parcel tersebut 🙂
Betul. Seller akan di kena kan 1 mata penalti jika seller cancel kan order atau ada issue return & refund dari customer.
Namun, jika buyer sendiri yang request cancel kepada seller, seller tak kan di kena kan penalti. Tiada masalah pun pada seller.
Sepatutnya, seller boleh accept cancelation selagi item tersebut belum di serahkan pada kurier. Jika sudah pada kurier, mmg seller tak terima cancel tu.
Cadangan saya, cik boleh reject item yang di hantar atau jika brang sudah di terima , boleh bincang dengan seller untuk cik return semual item pada cik, dan seller bayar semula pada cik tanpa perlu melalui cancellation.
terima kasih 🙂
hi saya nk tanya haritu saya ade cancel order sbb tak jadi beli tapi duit refund still tak dapat lagi ke account bank. bile dah tanya centre shoopee die kate tiada buat penahan duit tersebut. tunggu estimate dah sampai sebulan still tak dapat lagi duit ape yg saya perlu buat ?. terima kasih
Jika sudah lama sangat serta tuan sudah checkdalam akaun bank memang tiada transaksi dari Shopee, tuan boleh report pada :
1) Bank Negara. Ada saya perasan bab e-wallet .
2) atau boleh report pada KPDNHEP .
Ini last cara untuk tuan dapatkan semual duit nya
bank negara laman web dia ape yer?
Saya rekemen tuan buat aduan ke KPDNHEP dahulu di link ini : https://e-aduan.kpdnhep.gov.my/
kalau saya cancel order tapi tak activate shopee pay apa jadi???
lupa nak cakap saya tak ada credit card ke apa-apa saya bayar dekat 7e je mana duit tu akan pergi ya?
Ouh..utk 7E, tuan perlu check dengan Shopee customer servis utk mereka dapatkan no akaun bank tuan.
Barang saya dah bayar lpstu seller cancel order adakah barang kita akan smpai
Tidak. Shopee akan pulangkan duit cik semula & seller tidak akan hantar item yang dia dah cancelkan.
Terima kasih 🙂
Hi nk tnya mcm mana nk buat klau salah pilih barang dan barang nya dh smpi? Saya bru perasan salah tekan option barang yg saya nak. Bila tnya seller tuk return barang dan nk bli yg lain dia x kasi return.
Hi,
Agak sukar kes ni sebab ia bukan salah seller kerana seller dah ship item seprti yang di order.
Jika dah try bincang dengan seller dan dia tak nak tukar / return, tak boleh buat apa. Cara lain adalah jual item tu pada kawan-kawan atau dalam FB / IG cik.
Harap membantu.
Shopee akan return semula ke akaun bank atau kad kredit tuan. Namun, proses ini akan ambil masa lebih lama berbanding dengan refund ke ShopeePay ( dalam 5-10 minit sahaja) .
Jikalau kita buat pembayaran kat kaunter 7e, tapi seller x buat shipment selepas hampir seminggu. Sy nak cancel order dan seller telahpun setuju, bagaimana sy nak dapatkan kembali duit sy ya? Sbb sy bayar item kat 7e.
Hi cik, Shopee akan pulangkan dalam e-wallet Shopee Pay cik.
Jika cik tiada akaun Shopee Pay, mereka akan pulangkan ke akaun bank cik. Cik perlu update dalam bahagian profile.
Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh chat dengan Shopee agent customer service ya.
Terima kasih singgah blog saya 🙂
Salam tuan masalah saya mcm ni order saya sebelum seller ship out saya dah request cancellation atas beberapa reason saya dah info awl awl kat seller untuk approve my camcellation tapi seller tak respon dan reject my request,apa perlu saya buat sbb saya guna pembayaran secara cod, boleh ke bila parcel tu smpai saya ckp dekat kurier yg dh cancel parcel tu,sbb mmg tak jdi beli parcel tu mohon pencerahan
Wasalam. Yes. Boleh. Nnt parcel tersebut akan di hantar semula kepada seller.
Sepatut nya seller perlu bertanggungjawab bila customer nak cancel kan order.. Cust mesti ada reason tersendiri untuk cancelkan.
Terima kasih 🙂
salam tuan kalau pembayaran guna cod macam mana nak cancel ,boleh ke saya bgtahu dkat courier bila brg smpai yg brg saya dah cancel dgn seller
Boleh. Update pada abg kurier tu yang kita nak reject parcel tu.
Hi, kalau kita oder brg dh lbh sebulan x sampai2, lps kita cancel oder seller reject.. Skrg sy mmg dh xnk barang tu.. Tp seller masih tak post2 sampai skrg.. Nk ke 2 bulan. Sy dh tawar hati.. Rse kalau pulang balik barang bila sampai nnt macamana ya.? Bila sy bincang dgn seller, mesej auto shj yg sy dpt ..
Salam tuan,
Boleh terus ajukan masalah tuan pada Shopee customer service.
Hanya pihak Shopee boleh settlekan kerana jika seller dah reject, memang sukar nak cancelkan dah.
Harap membantu
1.Kalau bayar melalui 7 eleven akan di refund duit melalui e wallet juga ke?
2. E wallet kena daftar dulu atau auto refund, atak perlu daftar?
1. Betul. Jika cik ada setup Shopeepay, mereka akan auto refund ke akaun Shopeepay cik. Jika tiada ,pihak Shopee akan masukkan dalam akaun bank yang cik daftar dengan mereka. Boleh PM customer service Shopee untuk semakan lanjut
2. Sebaikkan perlu daftar. Jika tak nak daftar, perlu chat dengan customer service Shopee untuk mereka bank in. Cuma cara ni akan lebih lambat dan makan masa untyk duit tu masuk semula ke akaun bank cik.
Tq singgah blog saya
Sorry nak tanya kalau byr guna kad kredit lps tu kita cancel order macam mana dengan refund ye?masuk acc mana?
Biasa nya akan refund semula ke dalam akaun kad kredit cik.
Thanks
kalo toko tidak berkehendak bgmn cik?
Direct chat / email ke Shopee Customer Service.