Cara Beli Barang Di Lazada Malaysia Lebih Murah
Meh saya tunjukkan cara beli barang di Lazada Malaysia khusus nya, sebab saya dah merajuk dengan Shopee selepas Shopee semakin kurangkan kupon Free Shipping serta buat Standard Delivery. Dulu saya memang kaki online shopping di Shopee sebab lebih mudah, murah serta boleh pilih kurier ikut keselesaan kita. Sekarang, semua itu hanya tinggal kenangan.
Jadi, untuk tahun 2021 ni, saya akan compare kan dahulu item yang saya nak beli di kedua-dua platform, mana yang lebih baik serta yang paling penting, mana yang lebih murah & berbaloi. Ada barang yang baik beli di Shopee, ada barang yang paling bagus beli di Lazada. Jadi lah pengguna platform yang bijak okay. Kita berhak untuk compare kan mana yang terbaik untuk wang yang kita laburkan.
Cara Beli Barang Di Lazada Malaysia Yang Lebih Murah Serta Banyak Kupon Free Shipping
Ini cara beli barang di Lazada Malaysia, memang mudah, just follow step di bawah :
- Wajib lah ada akaun dengan Lazada. kalau takda macam mana nak shopping . hehe.. Okay, korang yang belum ada akaun Lazada tu, sila daftar dahulu. Follow instruction untuk register yer. Mudah jer. Isi maklumat yang di kehendaki, then picit butang yang tersedia 🙂
2. Once akaun dah ready & anda dah login, maka bermula lah proses shopping online anda bersama Lazada. Cuma terus terang lah yer,maaf Lazada , UI atau sususan homepage Lazada kurang menarik serta serabut berbanding dengan Shopee. Mungkin ada yang bersetuju dengan saya. Rata-rata komen dalam media sosial pun utarakan perkara yang sama. Macam kurang ummpphh lah orang kata. Korang tengok hompage Shopee lebih meriah kan.
Jangan lupa , ini step paling penting dalam cara beli barang di Lazada , iaitu claim kupon Free Shipping anda. Cara nya mudah sahaja , anda pergi ke tab / ikon Free Shipping, dan klik pada butang “collect” .
Yes. Itu yang best Lazada. Korang akan mewah dengan kupon Free Shipping. Bukan sebulan sekali seperti Shopee tau, tetapi setiap hari akan ada kupon Free Shipping. Memang best tak perlu bayar lebih untuk shipping anda.
3. Cari item yang anda berminat nak beli , memang banyak pilihan. Anda boleh banding kan antara Lazada & Shopee dari segi harga serta review pembeli. Cuma saya ada tips untuk anda tidak tertipu semasa pembelian online di dua-dua platform ini. Ini sangat penting sebelum anda mula kan pembelian anda :
-
-
- Tips #1 : Sila semak harga dahulu. Jika terlalu murah berbanding seller lain, elakkan membeli dengan penjual tersebut terutama seller baru
- Tips #2 : Sila semak dulu di bahagian komen / review pembeli. Baca serta teliti bahagian tersebut. Lebih baik baca review yang low rating kerana, lagi banyak low rating, bermakna korang akan dapat masalah yang sama dengan pembeli sebelum anda
- Tips #3 : Semak profile seller tersebut dari segi rating, bila start menjual di Shopee serta adakah seller tersebut dari Malaysia atau luar negara.
- Tips #4 : Semak bahagian SOLD kuantiti kerana, ada seller yang tak bertangung jawab by pass system Shopee seperti barang yang di jual sudah terjual lebih 1000 unit, tetapi review hanya ada kurang 10 review. Hati-hati
-
Contoh saya nak beli charger dari Ugreen ini. Macam biasa, check semua info/ tips di atas, dan jika korang ok, click add to cart atau buy now.
Ini dalah halaman check out untuk Lazada. Perhatikan apa yang best tentang shopping di Lazada adalah :
- Anda terus dapat Free Shipping amaun untuk item tersebut. Korang tak perlu tekan / masukkan kupon free shipping seperti Shopee, tetapi di Lazada, sistem akan terus apply kupon Free Shipping yang korang claim tadi ke bahagian check out. Mudah kan?
- Korang boleh dapat Free Shipping tanpa perlu bayar guna e-wallet. Perasan tak kalau di Shopee, korang perlu bayar item anda guna ShopeePay untuk dapatkan /boleh guna Free Shipping coupon tersebut. Berbanding di Lazada, anda boleh bayar guna online banking biasa seperti Maybank2U pun, korang dah layak dapat Free Shipping untuk item korang. Best ke best ?
Jika korang nak bayar guna cara lain, atau bank lain jangan risau, Lazada apa sediakan cara pembayaran lain. Korang perlu klik pada butang/tulisan ” View All Method” di bahagian atas kotak check out pembayaran tersebut. Di bawah ini adalah kaedah pembayaran yang korang boleh buat ikut kesesuaian korang.
Ini lah cara bagaimana anda boleh berjimat di Lazada. Namun seperti yang saya kata kan sebelum ini, korang boleh comparekan mana tawaran yang lebih baik antara Shopee dan Lazada. Sepanjang karier saya sebagai pembeli di dua-dua platform, ada Lazada lebih murah dan baik, ada juga yang Shopee lebih baik dan murah. So, compare dulu sebelum membeli okay.
Cuma bagi saya, jika membeli item yang mahal / berharga, saya lebih suka membeli di Shopee kerana, lebih secure dan lebih mudah untuk process claim & refund.
Masih tak percaya Lazada lebih murah dari Shopee ? Meh saya tunjukkan. Saya ada beli 1 unit thermal printer di Lazada dengan harga yang sangat murah berbanding Shopee. Ini transaksi saya :
Saya dah jimat sebanyak RM24+ RM5+RM6.5 = RM35.50 . Terima kasih Lazada. Saya beli pada time promotion 8.8 .
Di Shopee, printer model ini di jual pada harga sekitar RM310 – 330 / unit. Paling murah pun saya perlu check dulu dalam RM305 tapi tambah shipping, jadi RM315.
Jadi, ini lah bagaimana cara beli barang di Lazada yang biasa saya guna pakai. Secara kesimpulan nya, anda beli di mana-mana platform online sekali pun, anda perlu semak batul-betul supaya tidak tertipu dengan scammer yang semakin bijak di luar sana. Beli dari seller yang betul serta di percayai. Anda lebih suka membeli di Lazada atau Shopee ? Kongsikan dengan saya di bawah.