Kebaikan dan Keburukan Kad Kredit

0 24

Kad kredit bahaya ? Tapi anda tahu tak apa kebaikan dan keburukan kad kredit sebenar nya ? Saya salah seorang pengguna kad kredit yang sudah lama menggunakan kad berhantu tersebut. Sepanjang pengalaman saya, ini yang saya dapat rumuskan apa kebaikan dan keburukan kad kredit yang wajib anda tahu sampai lah saya bolehpotong kad kreditsaya tu.

Banyak kan cerita mengenai pengguna kad kredit yang kita baca sampai ada hutang berpuluh ribu, sampai dah tak mampu nak bayar hutang tersebut. Yang lagi parah, ada individu yang di isyhtiharkan bankrup di sebab kan sudah tidak mampu untuk membayar semula baki hutang kad kredit mereka. Malah ada kes yang berhutang sampai 3-4 keping kad kredit, mula-mula rasa mampu, lama kelamaan, semakin menggunung hutang tu. Kebiasaanya, mereka rasa sudah bayar banyak kepada bank, tetapi bila statement sampai, alih-alih baki hutang tersebut seperti tak berganjak pun. Stress betul ye tak ?

Takpe, baca dulu apa kebaikan dan keburukan kad kredit di bawah sebelum anda mengambil keputusan untuk apply kad kredit yang anda idamkan.

 

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAD KREDIT BERDASAR KAN PENGALAMAN SENDIRI

 

Kad kredit menjadi BAIK apabila :

  1. Anda ada standby cash yang sama dengan nilai yang anda gunakan pada kad kredit anda. Contoh nya, anda beli barang dapur sebanyak RM500 pada tengah bulan, dan dalam akaun bank anda , ada cash sebanyak RM500 yang memang dalam bajet bulanan anda untuk beli barang dapur. Jadi, ini tiada masalah untuk gunakan kad kredit anda.
  2. Anda suka gunakan kad kredit kerana anda akan dapat point setiap kali anda belanja mengguna kan nya. Point dari kad kredit tersebut boleh di tebus di website bank anda dengan sesuatu barang atau diskaun atau voucher dan sebagai nya.
  3. Anda sangat berdisiplin dalam perihal kewangan anda – Anda tak suka berhutang dengan lama, dan anda akan settle kan semua hutang kad kredit anda sebelum hujung bulan. Anda juga track setiap perbelanjaan anda, apa dan kenapa anda beli sesuatu barang tersebut.
  4. Anda bijak dalam menentukan perbelanjaan tersebut adalah keperluan atau kemahuan. Di sini penting nya anda mampu mengawal nafsu anda. Anda tidak terikut-ikut dengan trend atau berbelanja sesuatu yang di luar kemampuan anda sendiri. Ukur baju di badan sendiri.
  5. Setiap bank akan mempunyai promosi khas untuk pemegang kad kredit mereka. Ada promosi seperti diskaun potongan harga, voucher pelancongan, cabutan bertuah,dan pelbagai lagi promosi yang menarik. Jadi, anda boleh gunakan setiap promosi tersebut untuk dapatkan harga barang / perkhidmatan pada harga yang lebih rendah.
  6. Anda tak suka bawa duit cash yang terlalu banyak apabila keluar dari rumah. Sangat berisiko tinggi. Juga anda tak pasti dengan harga item yang bakal anda beli, jadi lebih baik bawa kad kredit tanpa perlu risau duit cash tak cukup.

 

Anda pening nak pilih kad kredit yang baik ? Refer di sini, lebih mudah : >> Kad Kredit Comparison

” Kebaikan dan keburukan kad kredit 100% bergantung kepada sikap & mindset individu. Bukan salah bank jika anda tak mampu bayar hutang kad anda “

 

Kad kredit menjadi BURUK/BAHAYA apabila :

  1. Anda mempunyai komitmen bulanan yang tinggi / pendapatan bulanan anda cukup makan sahaja. Ini sangat bahaya, kebiasaan nya kita akan fikir yang “Takpe, pakai dulu, nanti dapat gaji baru bayar balik..” . Jika anda berhutang pada amaun yang kecil, mungkin boleh di bayar semula. Tetapi jika anda berhutang beratus ringgit, atau hutang yang bulan lepas masih belum di selesaikan, ini yang jadi bahaya. Jangan guna kad kredit ok.
  2. Anda menggunakan kad kredit untuk berhutang pada sesuatu barang yang bukan keperluan penting, contoh nya beli sport rim baru, atau model smartphone baru yang premium. Jangan berhutang melebihi dari pendapatan bulanan anda. Atau pun jika anda mampu sekalipun, tetapi tiada cash yang sama dengan nilai yang anda berhutang, lebih baik tahan dahulu. Contoh anda nak beli smartphone berharga Rm4000, tetapi dalam akaun bank anda tiada langsung simpanan.
  3. Anda ada lebih dari satu kad kredit. Sangat bahaya, kerana mindset anda akan fikir yang walaupun kad pertama dah guna sepenuh nya, anda masih ada lagi satu kad. Ini yang membuatkan kenapa ramai yang berhutang sampai berpuluh ribu.

 

kebaikan dan keburukan kad kredit malaysia

Sebenarnya, memang banyak kebaikan untuk kad kredit jika anda bijak serta boleh mengawal menggunakan nya. Terus terang, saya pernah terperangkap dengan hutang kad kredit pada amaun yang boleh tahan banyak (bawah RM10’000), tetapi seriously , sangat terseksa nak bayar. Bila dah bayar certain amaun , tetapi bila tengok statement semula, aduhhh.. macam tak berganjak. Memang stress sangat maattt…Kalau kira semula, saya perlukan masa 5-6 tahun untuk bayar habis kad kredit tersebut.

Akhir sekali, saya susun semula semua hutang saya serta buat kerja part time / berniaga online untuk dapatkan duit lebih bagi menyelesaikan hutang kad kredit tersebut. Hampir 2 tahun juga saya struggle untuk selesaikan hutang tu, dan selepas selesai saya terus potong kad tu ..Memang rasa sangat lega. Hilang beban atas kepala. Sebab tu saya boleh share apa kebaikan dan keburukan kad kredit seperti di atas. Jangan buat hal beb dengan kad kredit. hahaha..

Leave A Reply

Your email address will not be published.