4 Cara Report Masalah Internet TM Unifi
Internet TM Unifi anda bermasalah ? Tiada connection ? Ini cara mudah report masalah internet TM Unifi yang biasa saya guna kan. Menang ramai pengguna Telekom Malaysia hadapi masalah ini termasuk lah saya, tetapi jangan risau kerana kebanyakkan issue yang saya hadapi tersebut lebih cepat di selesaikan selepas saya report masalah tersebut kepada TM Unifi dengan cara yang saya akan kongsi kan di bawah.
Selain itu, ini berita baik untuk semua pengguna TM, bermula 30-Nov-2021 pihak TM telah melancar kan promosi “24 Hours Service Gurantee ” yang mana, pihak TM akan memberikan rebat / diskaun sebanyak RM50 jika aduan yang anda buat tidak di selesaikan dalam tempoh 24 Jam.
4 Cara Mudah Report Masalah Internet TM Unifi
Jika anda menghadapai masalah dengan sambungan internet anda, boleh guna cara report masalah internet TM Unifi seperti di bawah :
Bagaimana nak report masalah internet TM Unifi ?
Cara 1- Live Chat
– Anda boleh terus live chat dengan Maya (chatbot) untuk troubleshoot masalah internet anda. Anda boleh pilih kategori masalah yang anda nak selesaikan (seperti di bawah) . Cuma live chat ini adalah jenis chatbot, iaitu anda “berbual” dengan robot bernama Maya. Anda hanya boleh klik / taip mengikut arahan yang telah di set sahaja oleh pihak TM. Kebiasaan nya, semua pilihan yang ada dalam chat bot ini adalah dari jenis FAQ ( Frequently Ask Question ) – soalan yang banyak di tanya kepada pihak TM.
Live chat ini anda boleh akses melalui laman web rasmi TM atau pun di aplikasi TM unifi di smatphone anda.
Cara 2- Facebook Messenger
– Anda pasti ada akaun Facebook kan, jadi boleh juga contact TM customer service di facebook page rasmi mereka ( https://www.facebook.com/weareunifi/ ). Saya pun selalu PM mereka bila ada masalah berkaitan internet saya. Macam kes syaa ni, saya hadapi masalah internet speed yang perlahan berbanding hari biasa yang menggangu kerja saya yang sangat memerlukan connection internet yang baik & stabil. So, paling mudah cuma PM terus apa masalah anda di page rasmi mereka.
Cara 3- Twitter
– Cara ni sama dengan cara ke-2 , anda boleh terus DM TM customer service di page rasmi Twitter mereka. Kesemua persoalan saya di sana di respon & di ambil tindakan oleh pihak TM. Setakat ni, tiada masalah dengan respon dari mereka.
Cara 4- Call talian 100
– Ini cara paling cepat dapat respon kerana anda akan bercakap terus dengan TM staff yang bertugas. Jadi, report anda boleh di buat dengan kadar segera selepas anda explain masalah anda kepada mereka. Terus call 100 untuk bantuan pantas yer.
Ini lah cara yang biasa saya guna kan apabila ada masalah berkaitan internet di rumah saya. Memang banyak aduan/ masalah yang kawan/ kenalan kita up dalam media social, sampai ada orang yang menulis komen dengan kata-kata yang kesat. Ya kita marah , tetapi lebih baik kita ikut saluran aduan rasmi serta beri kan masa yang sesuai untuk pihak mereka selesaikan masalah anda. Jika aduan lama masih tidak di selesaikan, anda boleh claim rebate diskaun RM50 bayaran bil dengan TM.
Macam mana nak claim RM50 selepas 24jam report masalah internet TM Unifi anda ? Klik sini untuk maklumat lanjut : https://home.unifi.com.my/unificares/en