7 Step Cara Cancel Order Lazada Malaysia
Order di Lazada ada masalah ? Ini cara cancel order Lazada Malaysia untuk selesaikan sebarang issue berkaitan barang korang contoh nya seperti penghantaran lambat atau penjual tidak respon selepas kita dah contact mereka di chat. Bagi mereka yang jarang membeli di Lazada, pasti nya korang lebih susah hati bila barang lambat di hantar kan, kerana bagi saya, seller di Shopee lebih cepat process order berbanding Lazada.
Ouh ya, jika korang ada nak info berkaitan Lazada , boleh baca di sini :
-
-
- Nak Info Lebih Untuk Lazada ? Baca sini.
- Lazada #1 : Cara Order Barang Di Lazada
- Lazada #2 : Cara Claim Free Shipping Di Lazada
-
Cara Cancel Order Lazada Malaysia Dengan Mudah
Saya guna kan model apps Lazada di smartphone yer sebab kebanyakkan orang sekarang order online gunakan apps. Namun, cara nya tetap sama untuk versi dekstop / laptop.
Step #1 – Masuk ke apps Lazada korang , then terus klik ke butang Account di pejuru kanan paling bawah sekali.
Step #2 – Dalam my account ini, korang akan dapat tengok details setiap order korang. Untuk cancel order Lazada korang, korang hanya boleh pilih dari order yang dalam folder ” To Ship ” sahaja kerana, untuk order dalam kategori ini, barang korang masih dalam process penyediaan oleh seller korang. Kalau barang order korang dah di hantar / di serahkan pada pihak kurier, korang tak boleh batalkan order korang
Step # 3 : Pilih order yang korang anda nak buat pembatalan. Klik sahaja pada order tersebut.
Step # 4 : Di bahagian order item korang, akan ada satu butang “Cancel” . Klik sahaja pada butang Cancel tersebut. Jika tiba tiba korang nak buat pembatalan, tapi tiada dah butang cancel, bermakna order korang tu dah di serahkan pada kurier. Jadi, boleh contact seller untuk sebarang permasalahan.
Step # 5 – Ini adalah bahagian untuk cancelation korang. Kotak yang ada lambang bintang * tu WAJIB di isi kenapa korang nak batalkan pesanan ini. Klik sahaja pada kotak tersebut .
Step # 6 – Ini adalah cancelation reason yang korang perlu pilih kenapa nak batalkan order tersebut. Namun, saya juga sebagai seller di Lazada dan Shopee, berharap yang anda mempunyai sebab yang kukuh untuk batalkan order korang, lagi-lagi bila seller sudah packed order korang. Kesian lah seller sebab, mereka dah sediakan parcel korang, tetapi last minit kena cancel. Jika memang korang perlu untuk batalkan juga atas sebab yang tidak dapat di elakkan, lebih baik jika korang PM / Chat seller anda sebelum nak cancel. Seller masih ada budi bicara lagi, jangan bimbang.
Step # 7 – Selepas selesai isi reason korang, untuk proceed ke next step, just tekan sahaja butang ” Submit “. Selesai. Pihak Lazada dan seller akan selesaikan cancelation korang.
Memang mudah sahaja cara cancel order Lazada ni, cuma seperti yang saya kata kan tadi, jika tiada apa-apa yang mendesak , harap tak perlu di batalkan order korang, namun jika memang perlu, tiada masalah, korang ada hak untuk batalkan sebarang order anda sama ada di Lazada mahupun di Shopee. Sebelum beli, korang boleh lah compare sehabis baik sebelum place order. Jika memang korang aim untuk harag yang murah, boleh filter pada harga, jika korang nak item yang baik serta seller yang memberi servis yang baik, mungkin harga bukan lah sesuatu yang korang perlu kisahkan.