Barang Shopee Tidak Sampai Nak Buat Apa ?

59 42,706

Memang masalah jika barang Shopee tidak sampai , barang shopee hilang atau status barang delivered tapi tak sampai. Pening kepala, dah lah perlu tunggu 2-3 hari baru barang sampai, bila dah sampai, rosak pulak. Jangan bimbang, saya sebagai seller di Shopee akan kongsikan apa yang patut anda buat.

Sebelum kita nak salahkan sesiapa, di sini antara sebab-sebab kenapa barang yang anda pesan masih tidak sampai ke tangan anda setelah sekian lama. Memang bengang lah kan punya lama tunggu, tetapi mungkin ada sebab lain yang anda perlu faham dahulu. Antara nya adalah :

 

  1. Pihak kurier yang lambat proses penghantaran –  Kebanyakan kes yang berlaku adalah di sebab kan kelewatan dari pihak kurier untuk serahkan barang Shopee anda. Antara sebab nya adalah lambakan barang yang mereka perlu proses (selalu nya semasa sale-sale besar sepeti 11.11 atau 12.12) , masalah dalaman kurier seperti yang berlaku pada issue J&T sebelum ini, atau pun di sebabkan bencana alam seperti banjir atau pandemik yang mereka perlu untuk tutup pusat agihan mereka.

Ada jugak kurier yang salah sorting item anda , kata kan alamat anda di Muar, Johor..tetapi bila semak dalam tracking, dah sampai ke Terengganu. Memang ada berlaku. Serius beb 🙂 . Ada juga status parcel out for delivery tapi tak sampai kat alamat anda, maybe di sebabkan barang yang di bawa hari tu terlalu banyak atau ada kesesakan jalan raya atau banjir.

2. Pihak seller yang lambat process order anda –  Ini biasa berlaku apabila waktu sales yang mereka menerima order terlalu banyak berbanding hari biasa, atau pun bila anda tempah barang pada hari cuti panjang seperti perayaan, atau hujung minggu yang bersambung dengan cuti umum, maka di sini lah akan berlaku kelewatan proses tempahan anda. Seller-seller besar biasa akan bekerja mengikut hari bekerja biasa , time weekend mereka tutup kedai @ mengikut waktu bekerja kurier. Namun anda juga seller yang kecil-kecil ni buat shipping setiap hari.

 

Kebiasaan nya, jika ada sebarang kelewatan, memang dua perkara ini lah yang anda perlu faham kan di mana masalah itu berlaku. Di bawah, saya akan sediakan cara / langkah apa yang perlu anda buat sebelum boleh  marah pada kurier / seller anda.  Kita  nak kan win-win situation okey 🙂 .

APA NAK BUAT KALAU BARANG SHOPEE TIDAK SAMPAI ATAU ROSAK ?

jika barang shopee tidak sampai apa perlu buat

 

Tindakan #1Semak dahulu order Shopee anda. Di mana kan last transaksi / update order anda. 

Ini penting, kerana anda perlu tahu dahulu di mana kan lokasi / status tempahan Shopee anda sama ada sudah ada di pihak kurier atau masih pada pihak seller . Cara semak order Shopee anda adalah dengan pergi ke order details & semak pada status “Shipping Information” . Di sini ada beberapa situasi yang anda perlu faham :

  • Order anda masih dalam status “To Ship“, bermakna order anda sedang di proses oleh pihak seller sama ada order anda belum di pack atau seller sudah pack item anda, tetapi belum di serah kan pada pihak kurier atau seller sudah hantar / item anda di pick up oleh kurier, tetapi kurier belum scan in item anda. Jadi di fasa ini, sangat bagus kalau anda PM dahulu seller anda untuk tahu status sebenar order anda.
  • Order anda sudah di hantar & kurier sudah terima, order anda akan bertukar menjadi ” To Receive” . Jadi di fasa ini , ia adalah sepenuh nya bergantung kepada pihak kurier. Seller anda tidak ada akses / control lagi sebab item adalah ia adalah atas kurier yang proses order anda. Jadi, jika anda tanya seller, bila item akan sampai atau kenapa barang salah hantar atau salah station processing,  pasti nya seller pun tiada jawapan yang tepat, Mereka hanya boleh agak-agak sahaja. Jadi, di fasa ini, anda perlu berhubung terus dengan pihak syarikat kurier untuk dapatkan status terkini barang anda. Ini bukan lah bermakna, seller lepas tangan, tetapi seller pun tiada jawapan tepat untuk menjawab pertanyaan anda.
  • Tiba-tiba , status order anda sudah “Complete” , tetapi barang anda masih tidak terima (memang ada berlaku), ini anda perlu rujuk pada pihak kurier serta panjang kan issue ini kepada pihak Shopee untuk tindakan lanjut. Jika anda sudah check dengan jiran, atau pihak reception kilang / office anda, atau security office , tetapi memang barang anda tiada padahal status order sudah complete, saya cadangakan anda cepat-cepat inform pihak Shopee mengenai perkara ni. Jangan maki seller dulu, kerana ia di luar kawalan mereka.

 

Tindakan #2Hubungi pihak yang bertanggungjawab mengikut fasa order status anda

Di sini antara pihak yang anda perlu hubungi iaitu :

  • Seller – PM terus jika order masih belum di proses atau di hantar kepada pihak kurier.
  • Kurier – Cari contact number mereka di website rasmi kurier tersebut. Boleh call terus atau email atau PM mereka di social media jika ada.
  • Shopee – Email / bercakap dengan customer sevice Shopee jika barang Shopee tidak sampai lagi walaupun dalam status sudah “complete” / di serahkan.

Ini penting yer anda perlu cari pihak yang tepat bagi melancarkan proses pertanyaan anda. Jika tanya pada tempat yang salah, maka lambatlah anda dapat jawapan nya.

 

Tindakan #3 – Klik butang Return & Refund

Ini paling akhir anda boleh buat iaitu dengan klik pada butang ” Return & Refund “. Jika anda sudah buntu bila seller pun tak tahu mana barang anda, atau kurier tidak respon atau memberikan info yang tepat, makan jalan terakhir anda, tekan lah  butang untuk pemulangan semula duit anda.

Di sini pun anda akan di bantu oleh pihak Shopee agent yang akan selesaikan masalah anda. Jika terbukti barang hilang atau tersalah serah atau seller tipu, pihak Shopee akan siasat dan pulangkan semula duit anda yer. Jangan bimbang. Transaksi anda di lindungi oleh pihak Shopee. Walaupun status order anda sudah complete, tetapi pihak Shopee tetap pegang @ hold duit anda itu selama 3 hari sebelum duit itu di serahkan kepada seller. Jadi, anda ada masa untuk selesaikan sebarang masalah order Shopee anda.

 

 

Jadi, ini lah 3 langkah atau tindakan yang wajar anda ambil jika barang Shopee tidak sampai ke tangan anda setelah sekian lama menunggu. Periksa dahulu order details anda, dan paling penting, tenang dahulu. Jangan salah kan seller 100% jika ada sebarang masalah (bukan nak back up seller ), tetapi selesaikan masalah anda pada pihak yang sepatut nya. Saya faham, ada juga seller yang tidak bertanggungjawab , tetapi ia hanya lah segelintir sangat kecil berbanding dengan seller yang betul-betul serius dalam peniagaan mereka.

 

Tapi bagaimana pula jika barang sampai selepas refund ?

Pendapat saya anda boleh follow step ini jika barang shopee sampai selepas refund dan anda juga dah dapat duit tersebut dari Shopee :

  • Sila contact pihak Shopee terlebih dahulu untuk update status order / barang yang anda dah terima. Mereka akan advise apa yang anda perlu buat.
  • Jika pihak Shopee lambat reply soalan anda, anda boleh contact juga seller hanya untuk dia tahu barang tersebut dah di terima.

 

Anda pernah hadapai masalah barang Shopee tidak sampai / entah mana hilang nya atau dah seminggu masih tidak sampai ? Jom kongsikan pengalaman anda tersebut dengan saya , boleh tulis apa yang berlaku di ruangan komen di bawah yer 🙂

59 Comments
  1. Norarshida Mahmoo says

    Terdapat 2 pembelian saya di shoppe pada 04 Ogos 2021. Dua2 courier jnt. Di shipping information kedua parcel saya telah diterima.
    1. 620000052985499 – 20/8/2021, jam 8.18 pm
    2. 620600001672615 – 19/8/2021, jam 9.51 pm
    Sedangkan saya masih belum menerima kedua2 barangan tersebut.

    1. MdAzlan says

      Kadang terjadi bila budak kurier nak claim komisyen pada hari tersebut, mereka klik pada brg dah di hantar. Nnt esok nya baru mereka hantar.
      Namun jangan risau, cik perlu :

      1) Jangan tekan butang ” Receive Item ” di bahagian order
      2) Tunggu lagi 24Jam untuk kurier serahkan item cik
      3) Jika item tidak di terima juga, sila tekan butang “return & refund” dan pilih ” Not received item” .

      Nnt pihak Shopee akan siasat issue cik tu.

      Harap dapat membantu 🙂

      1. Zunaidah says

        Barang saya masih tidak sampai.. seller mcm lepas tgn.. shopee pula dh batalkan permohonan refund saya..mcm mana ye.. seller kata nnti shoppe bayar duit saya.. dlm pada tu dia buat petikaian mengatakan barang dh smpi…

        1. MdAzlan says

          Seller mungkin lepas tangan sebab , item tu bila dah di pass ke pihak kurier, bermakna item tersebut sudah di bawah tngungjawab kurier, bukan seller lagi.
          Part seller adalah untuk process dan pass item ke kurier.

          Jadi, dalam hal mcm biasa, pendapat saya, ia berpunca dari pihak kurier.
          Sama ada kurier main letak barang atau mereka salah letak brg sampai ada org ambil.

          Masalah ini sepatut nya, pihak Shopee perlu check dgn pihak kurier dan jika hilang atau atas kecuaian kurier, Kedua2 pihak perlu refund duit cik .

          Cadangan saya, boleh terus kumpul semua bukti item cik, tracking details dan boleh buat aduan di Tribunal Pengguna atau MCMC atau KDPNHEP .

          Dalam issue mcm ni, kita dah perlu libatkan pihak berkuasa.

          Harap membantu cik

  2. azhani says

    Assalamualaikum.. tumpang tanya la ye.. klau shopee reject refund request sy, apa perlu sy buat ye? ckp dgn seller, seller suruh tanya jnt, jnt suruh request refund je. shopee plak tak nak bg kerjasama. ada suggesteion x?

    1. MdAzlan says

      Waalaikumsalam

      Jika Shopee tak nak juga ambil tanggungjawab, encik kena buat aduan terus ke tribunal pengguna atau MCMC.
      Sedia kan semua bukti pembelian & bukti sebarang masalah yang berkaitan yer

      Terima kasih

      1. Wan Hana Liza says

        saya terima barang refund, sy mtk refund sbb brang xsampai2.. dan sya nk bayar, saya tak nak return kepada seller, sbb sy beli kerusi..mcm leceh nk angkut. sy ada chat dgn seller dan shopee..seller mintak sy byar kepada dia, shoppee pula mtk bayar ke akaun shopee. Sy risau..kalu sy byr kepada seller, nanti shopee detect barang deliverd tp sy dh ambik refund, kalau sy byar ke shopee risau seller xdpt duit dia..mana satu ye?

        1. MdAzlan says

          Baik. Faham soalan cik. Bagi saya :

          1) Cik perlu check dengan Shopee dahulu adakah Shopee sudah bayar pada seller (compensation) . Kerana biasa nya jika issue barang hilang, pihak Shopee akan refund pada buyer, dan masa yang sama, Shopee juga akan bayar semula nilai brg hilang tu pada seller.
          2) Tunggu jawapan Shopee dahulu, jangan bayar pada seller. Jika tidak, nnt seller akan dapat 2X bayaran, Untung lah seller tu.
          3) Jika shopee kata dah refund pada seller, cik perlu bayar pada Shopee.. Jika Shopee kata belum refund pada seller, cik boleh bayar terus pada seller.

          Harap dapat membantu yer 🙂

  3. Shieyra says

    Jika brang sudah tamat tarikh hntr, tpi pihak curie xda hntr nota untk pivkup mcm mna ya

    1. MdAzlan says

      Cik perlu direct call customer servis untuk arrangement segera.

      TQ 🙂

    2. Shakila says

      Sy tk terima lgi barang tu .tp tk de

      1. MdAzlan says

        Apa maksud tk de?

  4. Aermansyah says

    Salam ni kes seller pulak
    Klu seller dah tekan lepaskan refund money kepada customer .ok setel satu masalah tapi yang menjadi persoalan barang dah hilang jadi seller nak refund mcmana ? Sedangkan ni bukan Salah seller …ada langkah terbaik tq

    1. MdAzlan says

      Wasalam. Maaf, normally jika seller yang agree to refund, seller takkan dapat apa2 jika item hilang kerana ia ibarat, seller willing untuk tanggung risiko item tersebut.
      Namun, boleh cuba untuk contact & discuss dengan Shopee customer service.

      Jika ada issue hilang, saya cadangkan cik untuk jangan terus refund, tetapi cik boleh raise “dispute to Shopee” .. Jadi, pihak Shopee akan siasat issue tersebut. Jika hilang, Shopee akan refund pada customer & seller. Win-win situation.

      Terima kasih 🙂

  5. Aisyah says

    Contoh mcm brang stuck dkt warehouse sbb salah sorting…lpstu stuck dkt warehouse yg salah tu brhari hri tnpa ad pergerakkan…lpstu smpai pada tarikh akhir yg sptutnya kurier hntar tapi tk hantar……macam mna ya saya nak buat… request refund atau pon mcm mna .

    1. MdAzlan says

      Boleh terus request refund cik.
      Sbb itu adalah masalah pada pihak kurier, Jika hilang , Shopee akan refund semula duit cik.

      Terima kasih

      1. Farah says

        Nak tanya. Saya beli barang melalui lazada. Kurier nama BESY MY. Nk hbungi kurier pun tak jumpaa. Macam mana saya nak buat yaa??

        1. MdAzlan says

          Cik pergi ke website ni untuk track : https://www.best-inc.my/track

          Seller guna kurier dia sendiri, bukan kurier yang berdaftar under Lazada.
          Jadi, biasa nya kalau apa2 jadi masa shipment, Lazada takkan tanggung.. Pihak seller perlu tanggungjawab sebab ia atas pilihan seller.

          Thanks 🙂

  6. Sammy says

    Kalau kes mcm ni mcm mana ye?
    Parcel status dah delivered..posmen siap ambik gambar letak dlm shipping information shopee tu…tpi barang xda dekat rumah..dah puas cari luar rumah..posmen sebelum ni semua call/watsapp bagi tau brng dah sampai..tpi yng baru² ni xdpt msj/call trus update parcel dah delivered.

    1. MdAzlan says

      Kene check semula dgn posmen tu.. takut brg hilang je.
      Lebih bagus jika kawasan tuan ada CCTV, jadi boleh nampak apa yang terjadi.

      Jika order belum complete di Shopee, boleh terus raise issue Refund atas sebab “Item Not Receive”..Nanti pihak Shopee akan siasat issue tersebut. Gunakan hal sebagai pengguna yer 🙂

      TQ

  7. NURUL says

    Saya hendak tanya status barang saya already delivered dan seller pun dah bagi proof barang tu dah delivered. Dalam gambar tersebut, saya nampak barang saya ada depan rumah tetapi bila saya hendak ambil barang tersebut sudah tidak ada. Saya call courier tetapi tiada sesiapa yang respond. Saya pun sudah hantar email kepada pihak Shopee untuk siasat benda ini. Jadi saya hendak tanya kenapa boleh jadi perkara seperti ini?

    1. MdAzlan says

      Ini selalu juga terjadi, boleh jadi kemungkinan yang barang tu di ambil orang lain. Namun, sebagai pembeli, kita ada hak untuk complaint pada Shopee. Jika order status cik masih belum completed, masih boleh buat “claim/ refund” . tetapi jika order status dah completed, pihak Shopee dah tak boleh buat apa, ini hanya boleh di settle kan oleh kurier itu sendiri.

      Terima kasih

  8. G says

    Macam mana pula kalau barang hilang (salah kurier) dan buyer dah dapat refund dari shopee, 2 bulan kemudian barang yang hilang tu ada balik dan pihak kurier deliver to buyer, apa yang buyer perlu buat?

    1. MdAzlan says

      Buyer perlu jujur untuk contact semula seller untuk update issue tersebut. Check dengan seller, jika dia sudah dapat pampasan dari Shopee, jadi buyer perlu settle kan payment pada Shopee. Boleh contact Shopee customer service.

      Terima kasih 🙂

  9. aqilah says

    selamat ptg, barang saya sampai lambat sebulan. dan seller sudah refund.kemudian barang sampai. perlu atau tidak untuk saya bayar semula.

    1. MdAzlan says

      Yes. Perlu cehck dengan Shopee semula sama ada seller dah dapat bayaran pampasan semula . Jika seller dah dapat, cik perlu bayar semula pada Shopee .

      Terima kasih.

  10. Chin Chew Yin says

    Saya ada satu order dengan shoppee tak sampai tapi keluar status complete. Nak contact seller keluar msg seller hv been ban by shoppee. Contact cust service kata tunggu 3 hari kerja. Katanya ini open case. Apa saya perlu saya buat sekarang?

    1. MdAzlan says

      Oh noo.. Maybe seller tu ramai yang complaint/ kena report. So, can do follow up again with Shopee CS . Shopee should compensate you.

      Thanks

  11. Soo says

    Saya ada masalah kurier tak scan parcel, yg ni lagi susah nk trace. Sbb kt Shopee no airway bill kita jana sdiri. Dh 3 hari kurier collect tp masih tiada pergerakan. Mula2 saya tanya customer service diorang cakap parcel tu ada kat xxx dan belum scan lagi,nanti nk follow up dgn supervisor. Bila kita buat aduan lagi katanya no tracking tu dh xada record dan xboleh trace dah, nasib saya simpan lg bukti SS aduan yg lama. Tp dh buntu nak buat aduan kt mana lagi

  12. Arnilin says

    Nak tahu,barang saya lambat smapi sbb m ggunakan sea shipping…sya sendiri pun masa tu tak kisah sangat..tiba2 dpt msg dr shopee yg return duit telah di buat ke acc saya sbb percal missing…tp slps sminggu saya dpt msg dr j&t percal sya smapi..bila collect brg yg di katakn hilang tu..jd apa perlu saya buat ya

    1. MdAzlan says

      Hi, cik boleh contact semula seller.
      Kebiasaan nya, jika parcel missing, pihak Shopee akan refund pada seller & buyer. Cuma sebelum contact Shopee, cik boleh check dengan seller dahulu adalah seller dah dapat refund atau tidak.
      Jika seller dah dapat duit dia, cik perlu buat report pada Shopee dan bayar semula amaun yang di refund ke Shopee semula.

      Terima kasih.

  13. Rina jb says

    Macam kes sy plak…dah 17hari barang xsampai…seller ok..laju je..order 26…27 barang dah gerak ke kurier…dijangka sampai 3mei..ok..seronok la kan..sbb memang nak guna peti sejuk tu,kemudahan kite…tp 3mei xsampai…sebab raya mengejot…2mei…ok…bole terima alasan kurier..cuti sampai 5hb…sy contact lg…suruh tggu 2,3ari…contack lg 8mei…same…xde pergerakan barang sy…sy geram…10 mei..sy tekan refund…sebab saya malas nak tumggu lagi..sy nak beli tempat lain..tapi.sampai skang…13mei…refund xdapat lg…barang pun xsampai lagi…kalu sampai pun..saya xde hati nak terima lagi…sebab dah beli laen…bole ke kalu sy xterima? Itu soalannya

    1. MdAzlan says

      1) Jika cik buat pembayaran sebagai COD, lebih mudah dengan reject sahaja barang semasa kurier hantar barang tersebut.
      2) Jika dah dah buat bayaran penuh, cik perlu dapatkan refund juga. Cuma ikut situasi cik, barang dah ada pada kurier, jadi secara SOP nya, refund hanya boleh di buat apabila barang dah sampai kepada pelanggan.. Barang yang masih dalam process penghantaran, tak boleh nak refund lagi.
      3) Bila barang cik dah sampai, dan cik nak buat refund juga, cik perlu justify kenapa perlu untuk refund. Seller mesti takkan approve, sebab brg dah sampai, tetapi boleh buat report pada shopee customer service. Bincang dengan mereka.

      Harap dapat membantu.

  14. Norhas says

    Hi! Saya nak Tanya, baru² ne saya ada beli barang di shoopee live, untuk bayaran selle suruh bayar rm 15 ringgit di link shoopee yg selebih nya bayar di acc Bank atau di shoopee pay, masalah sekarang ne barang saya patutnye sampai pd 16 /5/2022 tp tak sampai. Kalau buat refund dpat x duit yg saya bayar semua pada seller dlm anggaran rm 1++.

    1. MdAzlan says

      Hi Cik,

      Baik. Jika cik bayar melalui link Shopee kedai tersebut , dan order tersebut ada nampak dalam akaun Shopee cik, boleh request return & refund melalui order di Shopee.

      Tetapi jika tiada link order yang official di Shopee, agak sukar untuk kembalikan duit tu ..Itu atas budi bicara pihak seller tersebut.
      Barang yang cik order tu ada dapat nombor tracking dari seller ?

      Terima kasih singgah blog saya

  15. qarina says

    kalau brang lma xsmpai sy request return&refund perlu ke sy call shopie or xpyh just tunggu jer dan lgi satu nk tanya brp hri tempoh kita bleh request return?

    1. MdAzlan says

      Tak perlu cik. Bila dah request R&R, pihak shopee akan settle kan issue cik tu. Di order cik yang request R&R tu, akan di nyatakan tempoh masa untuk cik terima semula duit cik.
      Sila check tarikh / tempoh tersebut, jika dah terlebih dari masa yang sepatut nya (kebiasaan 3 hari waktu bekerja), baru cik contact Shopee Customer Service yer.

      Terima kasih.

  16. Kalaivani says

    Hi… Saya order cat kat shopee… Barang pun tak sampai I cal shopee… Dia suruh tekan refund…
    Then I pun dapat refund… So I beli cat Baru… Lepas Tu I received cat Dari shopee in bad condition… So I pun just leave la… Sebab can dah refund.. suddenly I received email Dari shopee to return pay… So I call shopee I tell semua .. so shopee suruh hantar mail balik receiving order in bad condition ..

    1. MdAzlan says

      Yes, Betul. Cik perlu untuk ambil gambar item yang bad condition tu, dan email kan kepada mereka.
      Pihak Shopee akan menilai semula issue tersebut.. Atas budi bicara pihak Shopee, sama ada cik perlu bayar semula atau Shopee akan claim dari seller / kurier.

      Buat masa ni, just email kepada mereka dan nyatakan yang cik terima dalam keadaan yang teruk & tak nak terima barang tersebut dalam keadaan tu.

      Terima kasih.

    2. Syad says

      Salam bang, saya request refund barang ngan shopee pastu dah lepas.So saya hantar ah barang untuk return tapi dispatch cakap alamat seller tu salah. Nak buat macam mana ni?

      1. MdAzlan says

        Wasalam,
        Contact Shopee customer service. Mintak dia handle kan issue ni.
        Sepatutnya, seller memang perlu setup alamat yang valid untuk penghantaran & pemulangan, tetapi jika seller gunakan alamat yang tak wujud, perlu bantuan dari pihak Shopee sendiri.
        Kemungkinan mereka boleh handle refund dari cik.

        Terima kasih singgah blog ni.

  17. Daus says

    Hi…bang kalau macam saya, parcel saya sudah “dibuka” bang. Seller guna penghantaran menggunakan shopee express. Didapati ada kesan bukaan dan kemudian di salotip semula. Barang yang saya order sudah lesap, hanya diganti bubble bubble sahaja dalam parcel saya apabila tiba di rumah saya. Kes saya ni dimana saya bole dapatkan bantuan. Tolong la. Tak jujur betul dalam bekerja ni

    1. MdAzlan says

      Boleh ambil video unboxing & chat dengan pihak Shopee. Minta refund atas faktor barang tidak lengkap / hilang .

      Terima kasih.

      1. Qlh says

        Asslm. Tadi saya dapat call, katanye dari pihak jnt. Dia ckp ade barang saya yg tak dituntut. So saye kena dail nombor 112 utk meneruskan perkhidmatan. Dan mase berckp dgn staff dia tu, dia ade minta ic number. And saye dh bagi. Adakah tu scammer ? Mcm mane ye, sbb saya dh terbagi ic number saya. Terima kasih

        1. MdAzlan says

          Wasalam cik,

          Yes, Itu scammer kerana hanya barang yang di tuntut oleh cik atau wakil sahaja akan di mintak no IC.
          Selagi barang tidak di serahkan atau dalam proses penghantara, mereka tidak akan mintak no IC pelanggan.

          Terima kasih

  18. NanaSuzianna says

    Barang dah complete kata abx. Bila tanya siapa penerima, drg siap ada sebut 4 digit ic terakhir. Tp rumah mmg tiada org masa tu. Dah report refund smua tp shopee cancel selepas sy gagal tunjukkan gambar lot alamat rumah smua. Masalah sy masih outstation. Yg sy bengang tu mcm mana boleh deliver sedangkan mmg tiada org dirumah. Ntah mcm mana abx buat kerja. Benda harga ratus, boleh dia serah mcm tu sj. Bila call customer service abx, yg jwb bukan abx kk, sedangkan isu d kk. Pening btl lar. Nak kena bdepan dgn abx kk, kena tempuh berapa jam perjalanan. Nak call direct cwgn drg mmg x number available d google. Bengang skg ni

    1. MdAzlan says

      Benar, banyak dah kes macam ni. Status barang dah deliver, tetapi tak nampak bayang item tu.
      Jika rumah cik ada CCTV luar, boleh di jadikan bukti kukuh yang kurier tak hantar barang tu atau ada yang “ambil” tanpa kebenaran.

      Jika tiada CCTV, agak sukar nak buktikan. Saya doakan urusan cik di permudahkan.

      Terima kasih 🙂

  19. Suha says

    Assalamualaikum encik…Seller penipu, janji palsu,main2 buat sy sbgai buyer jadi geram sgt2…bila tanya stok brg yg kita nak seller cakap ade, sy dah submit oder n buat payment die cakap xde stok, kena tukar lain ok sy turutkn, bila tanya proses,arini oder besok pos kata seller, ni dh 5 bari brg masih belom pos dr seller,😠bila tnye nnt pos,cmne nk buat report pasal seller mcm ni?

    1. MdAzlan says

      Waalaikumsalam.

      Cik boleh terus request return & refund sebab item masih belum ada tracking & belum under kurier untuk penghantaran.
      Jika tak boleh, cik terus chat dengan Shopee customer service untuk bantuan lebih lanjut.

      Terima kasih.

  20. Pening ni says

    Assalamualaikum , nak tanya saya dah dapat refund dari shopee , dah dapat duit balik dah tapi tiba² barang sampai harini , so apa yg perlu saya buat ? Pakai je barang tu tanpa perlu bayar atau hantar balik kepada seller ???

    1. MdAzlan says

      Waalaikumsalam. Boleh contact Shopee customer service untuk tindakan lanjut kerana, ada issue yang Shopee juga refund pada seller. Jadi, untuk elakkan seller dapat bayaran 2X , lebih baik terus selesaikan issue ini dengan Shopee sendiri.

      Jika anda perlu bayar pada Shopee semula, at least cik dah lepas tanggungjawab pada nilai barang yang cik dah terima.

      Harap membantu.

      Terima kasih

  21. Nurul says

    Barang yg saya order tak smpai lebih dari 2 minggu dari tarikh yg ditetapkan, saya dah tekan refund, tapi pihak shopee masih x refund duit saya, sudah 1 bulan, apa yg saya perlu buat,?

    1. MdAzlan says

      Hi cik,
      Cadangan saya adalah :

      1) Contact semula customer service Shopee. Sebaik nya terus & kerap call mereka.
      2) Jika lepas dah follow up masih tiada berita, sila kemukakan aduan di KPDNHEP / Tribunal Pengguna dan mana2 agensi kerajaan.

      Terima kasih 🙂

  22. Syad says

    Salam bang, saya request refund barang ngan shopee pastu dah lepas.So saya hantar ah barang untuk return tapi dispatch cakap alamat seller tu salah. Nak buat macam mana ni?

  23. Syriff says

    Lewat 3 hari ? Ah lemmahh ! Ni aku brg shoppe dari 25/4 ritu smpai lah nak menjelma pertengahan bulan 15/5 2023 ni masih tak smpai , dan dalam masa yg sama aku tak tahu nak berbangga ke atau nak murung , 4 agent da kat shoppe tu aku bgitau, yg deorg update auto-chat deorg yg bod*h tu , chat seller , seller pun pening kepala kenapa lama smpai mcm tu , app shoppe buat pulak shoppe express , tamak shoppe ni, cukup app shopping sudahlaa takyah nak berexpress bagai .

  24. Berduka says

    Saya dapat panggilan telefon dan WhatsApp gambar parcel saya ada di depan rumah jam 3pm dan tiada siapa ada dirumah waktu tersebut. Jam 6pm saya sampai rumah, barang dah hilang. Dah tanya jiran, semua tak tahu. Adakah saya boleh refund?

    1. MdAzlan says

      Pada pandangan saya, agak sukar untuk claim kerana pihak kurier sudah ada gambar bukti item telah di letakkan di rumah cik.
      Cuma, lagi satu cara lagi iaitu jika cik ada CCTV di luar rumah, itu boleh membantu cik buktikan bahawa barang tersebut betul-betul ada di rumah atau ada orang lain yang ambil item cik tu.

      Perlu ada bukti sampingan yang kuat utk claim.Jika tidak, biasa nya claim tersebut akan di reject.

  25. Liza says

    Kalau parcel sy da 3 hari out for delivery tapi still duk out for delivery jer..barang xsampai2…mcm mne plk yerr

    1. MdAzlan says

      Cik perlu contact pihak kurier untuk dapatkan status terkini parcel cik. Ini cik perlu kerap call & email pihak kurier tersebut sehingga mereka response.

      Langkah ke-dua adalah submit refund/ cancelation dengan Shopee. Pihak shopee akan bantu cik.

      Terima kasih.

Leave A Reply

Your email address will not be published.