BASEUS Anti Lost Wireless Bluetooth GPS Tracker Review

0 370

Anda selalu lupa kat mana letak kunci rumah ? Guna Baseus Anti Lost Wireless tracker yang saya akan kongsikan di bawah supaya dapat membantu anda menjejaki semua di mana kunci rumah atau kunci kereta atau apa-apa barang yang anda selalu lupa last letak kat mana. Bukan boleh guna pada kunci sahaja, boleh juga gunakan pada haiwan peliharaan anda seperti kucing. Saya gunakan tracker ini pada kunci locker sebab selalu sangat lupa kat mana letak. Pernah sekali seharian cari kunci ni, last-last jumpa kat bawah meja TV..Aduhh.. 🙂 kalau time nak pergi kerja kunci pulak hilang, mau berpeluh jugak lah kan.

baseus anti lost wireless gps tracker malaysia

Jadi, atas sebab tu lah, saya gunakan device tracker ini supaya memudahkan saya untuk cari kunci atau apa-apa item yang berpotensi untuk hilang dari pandangan mata saya. Dengan saiz yang kecil & nipis ini juga memudahkan untuk di bawa ke mana-mana sahaja. Cara tracker ini berfungsi pun mudah sangat, hanya dengan tekan satu butang pada apps Baseus sahaja, tracker ini akan mengeluarkan bunyi yang agak kuat supaya mudah kan pengguna nya mencari item tersebut.

 

BASEUS Anti Lost Wireless Bluetooth GPS Tracker Review Malaysia

t2 tracker

Spesifikasi produk :

  • Produk : Baseus Intelligent T2 Rope Type Anti-loss Device
  • Material : PC
  • Warna : Biru / Putih / Pink
  • Rated Voltage : 3V
  • Rated Current : 3.3mA
  • Rated Power : 10uW
  • Volume : 80-100dB
  • Polymer Battery : 3V 75mAh
  • Product Size : 37*25*6mm
  • Weight : 5gram

Cara untuk guna Baseus Anti Lost Wireless GPS tracker ini adalah :

  1. Sangkut / attachkan tracker ini pada item yang anda nak jejak kelak. Boleh letak pada beg / kunci / poket anak-anak kecil anda / haiwan kesayangan anda dan di mana jua yang di rasa kan sesuai serta ia penting untuk anda. Ada tali di serta kan sekali di dalam kotak , jadi boleh sangkut di mana-mana sahaja.
  2. Download dan install “Baseus Smart” yang boleh di install dari Play Store atau Apps Store.
  3. Aktifkan fungsi “Wireless ” dan Bluetooth di smartphone anda.
  4. Tekan butang di tracker anda selama 3 saat untuk complete kan connection antara tracker dan smartphone anda.
  5. Selesai.

 

 

baseus tracker kids

Leave A Reply

Your email address will not be published.