Apa itu KWSP Akaun 3 ?
Sejak kebelakangan ini, ramai yang tanya apa itu KWSP akaun 3 ? Dulu ada 2 akaun je, sama ada akaun 1 yang tak boleh di keluarkan walaupun 1 sen sehingga umur pencarum memcecah 55 tahun, ataupun akaun 2 yang boleh di keluarkan, tetapi terhad untuk pengeluaran untuk rumah atau pinjaman pendidikan. Jadi, apa pula KWSP akaun 3 yang sedang hangat di perkatakan dalam bulan April / May 2024 ni ?
Ok, sebenar nya, KWSP akaun 3 adalah satu akaun baru yang di wujudkan oleh pihak KWSP dalam membantu pencarum yang memerlukan dana kewangan yang boleh di keluarkan bila-bila masa dari simpanan KWSP mereka. Lebih kurang macam anda nak keluarkan simpanan dari ASB, tapi tak sama macam keluarkan duit dari akaun simpanan bank anda. Ini kerana anda perlu buat permohonan terlebih dahulu ke KWSP untuk keluarkan duit anda. Sebab itu saya katakan ia sama seperti cara nak keluarkan duit dari akaun ASB anda.
Sebelum itu, anda perlu faham terlebih dahulu, bermula dari 11 Mei 2024 , akaun KWSP anda akan di pecahkan kepada 3 bahagian iaitu :
- Akaun 1 – Di kenali sebagai Akaun Persaraan, iaitu simpanan untuk hari persaraan anda. Hanya boleh di keluarkan apabila umur anda mencecah 55 tahun.
- Akaun 2 – Di kenali juga sebagai Akaun Sejahtera, iaitu simpanan yang boleh di keluarkan tetapi terhad untuk perkara tertentu sahaja seperti bayaran pinjaman pendidikan atau bayaran ansuran perumahan yang akan di kreditkan terus ke pihak ke-3 (duit tersebut tak kan masuk ke akaun bank anda)
- Akaun 3 – Terbaharu. Di kenali sebagai Akaun Fleksibel , iaitu akaun yang anda boleh keluarkan duit dari akaun tersebut pada bila-bila masa untuk keperluan jangka masa pendek anda.
Okay,berapa pula potongan / pecahan yang masuk ke akaun KWSP anda selepas akaun 3 di aktifkan. Anda boleh rujuk di sini :
Berapa pecahan % caruman untuk akaun KWSP 3 selepas 11 Mei 2024 ?
Nak lagi faham, di bawah ini contoh agihan wang (bermula 11 Mei 2024) yang di carum ke akaun KWSP anda setiap bulan yang di sediakan oleh pihak KWSP sendiri :
Ini lah sedikit sebanyak info berkaitan KWSP akaun 3 yang telah berkuat kuasa 11 Mei 2024. Ada orang yang tidak bersetuju dengan pelan ini, tetapi tak kurang juga yang sangat bersetuju bila di wujudkan KWSP akaun 3 ini yang mana ia dapat membantu ahli KWSP yang sangat memerlukan dana kewangan untuk keperluan seperti musim perayaan, musim naik sekolah, atau perbelanjaan ubat-ubatan / kesihatan. Namun pada pendapat peribadi saya, saya menyokong usaha kerajaan bagi membantu ahli KWSP yang memerlukan duit mereka. Kita tak tahu apa yang jadi ada antara kita, mungkin ada yang di buang kerja, atau kehilangan ahli keluarga yang bekerja atau perlukan duit untuk rawatan kesihatan ahli keluarga mereka.
Lagi pun, pihak KWSP sudah update di mana, kadar dividen untuk simpanan KWSP adalah sama seperti sebelum ini. Bermakna, dividen KWSP akan di kira berdasarkan jumlah keseluruhan duit simpan KWSP anda (akaun 1 + akaun 2 + akaun3) , bukan nya di kira untuk akaun 1 dan 2 sahaja. Jadi jangan risau ya. Jika anda tak setuju, anda tak perlu keluarkan duit dari KWSP akaun 3 anda. Biar kan je duit tu duduk diam-diam di sana.
Namun jika ada antara ahli yang keluarkan duit KWSP Akaun 3 untuk beli smartphone, sport rim kereta atau modified motosikal, itu di luar kawalan pihak KWSP. Jika tak cukup dana persaraan apabila anda tua kelak, itu adalah atas tangungan diri anda sendiri. Jangan salahkan pihak lain ya. Saje nak ingatkan. Hehe..
Next saya akan sambung artikel bagaimana cara untuk keluarkan duit dari simpanan KWSP akaun 3 anda .
Jika anda ada sebarang komen atau pendapat, kongsikan di ruangan komen di bawah.