Tempoh Bank Islam Transfer Online Ke Bank Lain

0 15

Berapa tempoh masa bila anda buat bank islam transfer online ke bank-bank lain seperti transfer duit Bank Islam ke Maybank atau Bank Islam ke RHB contoh nya. Macam biasa lah, jika melibatkan duit lagi-lagi amaun yang banyak, mesti risau kan selagi duit tu tak masuk ke akaun penerima. Jom saya details kan di bawah ya.

Jika anda transfer duit online menggunakan IBG ( Interbank Giro ), boleh rujuk post ini : Tempoh Terima Duit Jika IBG

 

Berapa Tempoh terima Duit Dengan Bank Islam Transfer Online Ke Bank Lain

 

tempoh bank islam transfer online 2023

Table di bawah khas untuk Bank Islam Malaysia sahaja. Untuk bank-bank lain saya akan kongsikan di artikel yang berasingan ya.

Bank Islam Transfer Online Description Interbank Giro (IBG) – Transfer biasa DuitNow – Transfer Terpantas
Bayaran / Tranfer Fees RM0.10 / transaction FREE . RM0.00 /transaction
Had Transfer Dalam Satu Hari Maksima RM50’000 with combine limit.  Maksima RM50’000 with combine limit.
Tempoh Operasi 18 Jam sahaja ( dari 6 Pagi ~12 tengah malam) 24 Jam . Bila-bila masa.
Tempoh duit di kreditkan dalam akaun bank ( Transfer pada hari bekerja : Isnin ~ Jumaat) 1) Transfer sebelum 5:00 pagi = Di kreditkan pada hari sama iaitu 11 Pagi. Waktu dalam hari yang sama terus masuk ke dalam akaun. Tiada tempoh masa.
2) Transfer antara 5:01 ~ 8:00 Pagi = Di kreditkan pada hari sama iaitu 2 Petang.
3) Transfer antara 8:01 ~ 11:00 Pagi = Di kreditkan pada hari sama iaitu 5 Petang.
4) Transfer antara 11:01 Pagi ~ 2:00 Petang = Di kreditkan pada hari sama iaitu 8 Malam.
5) Transfer antara 02:01 ~ 5:00 Petang = Di kreditkan pada hari sama iaitu 11 Malam.
6) Transfer selepas 5:00 Petang = Di kreditkan pada esok hari bekerja iaitu 11 Pagi.
Tempoh duit di kreditkan dalam akaun bank ( Transfer pada hujung minggu : Sabtu-Ahad / Public Holiday) Di kreditkan pada hari bekerja seterus nya pada 11 Pagi.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh rujuk di page rasmi Bank Islam Malaysia : – https://www.bankislam.com/personal-banking/services/internet-banking/

 

Bank Islam transfer online mana yang saya recommend ?

Untuk lebih mudah, pantas serta boleh dapat duit serta merta, saya lebih galakkan anda untuk menggunakan DuitNow kerana tiada yuran transfer dan duit akan masuk ke dalam akaun penerima serta merta. Tak perlu tunggu esok hari untuk confirmkan duit sudah masuk dalam akaun. Cara Duit Now ni lebih baik untuk anda yang berniaga online kerana, selepas duit dah confirm masuk dalam akaun bank anda, baru anda pos kan barang tersebut kepada customer. Selagi duit tak masuk ke dalam akaun anda, walaupun pembeli tu dah share official bank receipt kepada anda, tolong jangan risau. Anda perlu tegas dengan transaksi online okay.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.