Carian Paling Popular Google Malaysia 2015
Google merupakan enjin pencarian nombor 1 di dunia dan juga di Malaysia khusus nya. Pada saya, dalam tahun 2015 ini sahaja, saya memang menggunakan 100% Google untuk carian maklumat dalam talian. Jadi,tidak hairan lah yang sebut saja nak cari apa,pasti hampir 99% rakan anda akan mengesyorkan Google sebagai enjin carian pilihan mereka.
Tahun 2015 akan berakhir tidak lama lagi. Jadi, tahu tak kita ,apakah yang rakyat Malaysia cari sepanjang tahun 2015 ini? Apakah topik yang mereka cari ? Adakah cerita-cerita artis? atau gosip?
Carian paling popular Google Malaysia pada tahun 2015
Saya akan nyatakan top 1 carian di Google Malaysia untuk setiap katergori.Untuk senarai penuh untuk setiap kategori, saya akan sertakan link nya di akhir senarai ini.
1) Trending – Carian Paling Tinggi / Popular :- #1 [HRMIS 2]
HRMIS adalah Human Resouces Management Information System / Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia yang khas untuk kakitangan kerajaan Malaysia sahaja. Sistem ini berfungsi sebagai satu portal setempat dalam pengurusan prestasi,pengurusan rekod peribadi, e-GL , memantau perkembangan prestasi kerja dan sebagainya di sektor kementerian. Dengan bahasa mudah,ia nya adalah satu sistem HR (Human Resource) yang dalam bentuk elektronik.
Layari HRMIS 2 untuk maklumat lanjut.
2) Trending – Carian Popular untuk kategori Orang :- #1 [Lee Kuan Yew]
Siapa yang tidak kenal dengan Mendiang Lee Kuan Yew ini. Beliau sangat di hormati di negara jiran, Singapura.Beliau merupakan Perdana Menteri Singapura yang pertama , yang memerintah selama 3 dekad iaitu dari tahun 1959 – 1990. Terlalu besar jasa nya kepada negara Singapura sehinggakan menjadi salah satu negara termaju dari segi ekonomi nya di dunia. Namun, beliau telah meninggal dunia pada 23 March 2015 pada usia 92 tahun.
Rujukan :Wikipedia
3) Trending – Carian Popular untuk kategori Kewangan :- #1 [1 USD to MYR]
Umum tahu bahawa, matawang ringgit kita begitu lemah jika di banding kan dengan USD. Ini adalah graf kadar tukaran matawang MYR per 1 USD untuk tempoh 1 tahun bermula Januari – 16/Dec/2015. Trend menaik tersebut bermula sekitar bulan Jun dan terus meningkat dari bulan ke bulan. Nilai tukaran paling tinggi di catatkan adalah pada 29/Sept/2015 di mana 1 USD = MYR4.458. Ini antara berita paling hangat pada rakyat Malaysia untuk tahun 2015 ini.
Rujukan Graf : XE.com
4) Trending – Carian Popular untuk kategori Model Kereta :- #1 [Honda HRV]
Kereta idaman ramai untuk tahun 2015 termasuk lah saya. Ini adalah SUV dari Honda di dalam harga lebih murah berbanding “abang”nya iaitu Honda CRV . Harga Honda HRV ini bermula dari RM98,690 untuk variasi 1.8L S. Jadi, tidak hairan lah,model kereta ini mendapat carian paling popular Google Malaysia untuk tahun 2015.
Untuk Review Penuh Honda HRV, sila rujuk :- Paultan.org
5) Trending – Carian Popular untuk kategori Peranti Mudah Alih :- #1 [iPhone 6S]
Jenama yang semestinya menjadi buruan peminat gadget di seluruh dunia.Setiap kali versi iPhone terbaru keluar,pasti peminat gajet Apple ini sudah mula mengira-ngira bajet serta tak sabar untuk menantikan pengumuman jualan model iPhone tersebut.Jadi,tidak hairan lah, jika ada yang sanggup beratur panjang / tidur di depan pejabat jualan Apple semata-mata ingin menjadi orang terawal memiliki gajet premium ini. Bak kata orang, siapa yang guna Apple iPhone 6S nie, memang nampak bergaya lagi mewah. Betul ker? Saya guna phone Andriod biasa jer.. 🙂
Nak Beli Sebiji Apple iPhone 6S ,sila tekan sini :- Apple Store Malaysia
6) Trending – Carian Popular untuk kategori Permainan :- #1 [Agar.io]
Agar.io menjadi permainan online yang paling popular orang Malaysia cari di Google. Ia adalah jenis permainan “multiplayer action game” yang boleh di main dengan rakan-rakan mahupun sesiapa di seluruh dunia. Agai.io di bangunkan oleh Matheus Valadares dan nama ‘Agar’ tersebut di ambil dari perkataan Agar iaitu sejenis bakteria kultur. Pemainan ini boleh di muat turun secara PERCUMA di Google Play Store atau di Apple Apps Store.
Rujukan : Wikipedia
7) Trending – Carian Popular untuk kategori Filem :- #1 [Fast & Furious 7]
Saya antara peminat tegar filem Fast & Furious dari FF 1 – FF 7 ini. Filem ini antara filem yang paling di tunggu-tunggu untuk tahun 2015 🙂 . Menurut Dailymail.co.uk ,filem Fast & Furious 7 ini telah mencatat kutipan tayangan sebanyak lebih USD 1 Billion di seluruh dunia dalam tempoh masa 17 hari sahaja. Filem ini juga antara filem paling berjaya buat syarikat Universal Studio selepas Titanic (1997), Avatar (2009) dan Transformers: Age of Extinction (2014).Jadi, sudah pasti topik ini menjadi carian paling popular Google Malaysia untuk tahun 2015.
8) Trending – Carian Popular untuk kategori Pertandingan Sukan :- #1 [Sukan Sea 2015]
Sukan Sea ke-28 (2015) telah di lansungkan di Singapura dari 5 sehingga 16 June 2015. Sukan ini adalah sukan paling berprestij di Asia Tenggara. Sukan ini akan menghimpunkan atlet-atlet yang terbaik dari Asia Tenggara. Tahniah buat pasukan atlet Malaysia apabila berjaya membawa pulang 186 pingat (Emas: 62 , Perak: 58 , Gangsa: 66 ). Untuk sesi Sukan Sea kali-29 (2017), Malaysia di beri tanggungjawab selaku tuan rumah untuk sukan paling besar di Asia Tenggara ini. Terima Kasih Singapura , Selamat Datang ke Malaysia 2017.
9) Trending – Carian Popular untuk kategori Carian Berita :- #1 [QZ8501]
Nahas yang melibatkan pesawat Air Asia Indonesia , QZ8501 ini menjadi carian paling popular Google Malaysia untuk tahun 2015. Pesawat ini terlibat dalam nahas udara pada 28/September/2014 di Laut Jawa yang mengorbankan ke semua 155 orang penumpang berserta anak kapal. Menurut laporan, nahas ini di sebabkan oleh cuaca buruk semasa kejadian.Pesawat ini dalam penerbangan dari Surabaya ,Indonesia ke Singapura. Takziah buat semua keluarga mangsa .
10) Trending – Carian Popular untuk kategori Laman Berita :- #1 [Malaysiakini]
Laman berita Malaysiakini.com menjadi laman berita yang mencatat carian paling popular Google Malaysia untuk tahun 2015. Portal ini membawakan berita-berita terkini yang terjadi di Malaysia khusus nya.
11) Trending – Carian Popular untuk kategori Laman Membeli Belah :- #1 [Lazada]
Tidak perlu di perkenalkan lagi kerana Lazada merupakan laman membeli belah dalam talian yang paling popular di Malaysia saat ini. Lazada menawarkan konsep membeli belah dalam talian yang mudah, cepat dan di percayai. Pelbagai barang idaman anda boleh di dapati di sini dengan harga yang berpatutan dan berjenama. Lazada juga memudahkan anda membeli belah melalui smartphone dengan aplikasi yang boleh di muat turuan dari Google Play Store dan Apple Apps Store.
12) Trending – Carian Popular untuk kategori Destinasi Percutian Tempatan :- #1 [Langkawi]
Destinasi percutian dalam Malaysia yang mendapat carian paling popular Google Malaysia untuk tahun 2015 adalah Pulau Langkawi. Ini merupakan destinasi pilihan ramai yang saya pasti, setiap orang di Malaysia mesti mengetahui Langkawi ini. Kami sekeluarga pernah bercuti di Pulau Langkawi ini pada tahun 2013. Pantai nya yang cantik, udara yang nyaman, tempat-tempat bersejarah dan pelbagai tempat yang menarik di Pulau Langkawi ini. Jadi, ia oasti menjadi pilihan no.1 rakyat Malaysia apabila merancang untuk bercuti di dalam negara.
Untuk senarai penuh carian paling popular Google Malaysia 2015, sila rujuk laman Google Trend Malaysia
Sumber gambar artikel ini: Google Image
Terbaik laa info macam nie…rajin sungguh en azlan & the typewritter cari semua benda nie kan… ingat tak sempat sebab sibuk ngan mentor millenia… 😀
Rupanya lazada popular heh…pasnie buat sket cerita2 merapu pasal lazada plak aa…tenkiu2 ya!
p/s: psstt orang johorean a.k.a jdt…area mana bro?
Haha..1 hari 1 malam jugak buat entry nie..Saya tinggal di Masai bro :-)..Tapi asal Nogori Sembilan..
best info camni, tapi tak sangka pulak carian berita tu pasal kapal terbang indonesia lebih trending berbanding MH370 yang tak dijumpai
MH370 hilang pada 8 Mar 2014. 🙂 Jadi,kisah MH370 menjadi sangat trending pada tahun 2014 . Sama juga seperti kisah MH17 yang di tembak jatuh pada 17/July/2014… Tahun 2014 , tahun yang malang buat industri penerbangan negara kita kan :-). Takziah kepada keluarga mangsa.
owh.. haa kan saya silaplah pasal tahun tu. patutlah kapal terbang indonesia yg jadi trending. hahah
hehe..mula2 saya pun mcm tue..rupa nya dah lama dah peristawa MAS tu..tp masih segar dalam ingatan kita kan..
betul tu, rasa macam baru berlaku.
bro full time blogger ya ? boleh bagi tips tak macam mana nak berjaya dengan menjadi full time blogger
Saya masih baru tuan Amir :-). Blog ini pun blog pertama saya. Baru 1 bulan dilahirkan.hehehe..masih dalam pembelajaran lagi.. Blog tuan pun terbaik juga content nya..
hahahal.. HRMIS2 carian popular ye..
ni mesti sebab kakitangan awam malas nak taip url.. tu yg cari kat internet je..
eh, samalah den
hehe..Ni orang gomen punya link nie..haha..keje swasta abaikan..huhu
Keyword popular ini mudah dapat trafik tetapi keyword organic tetap thorbaik.
setuju..nak berlajar lagi dengan bro tentang blogging nie.. 🙂
honda HR-V tu SUV dalam kategori termurah dalam kelasnya, memang ramai yang mengidam 🙂
Bro Ikhwan tak lama lagi boleh dah beli satu HRV nie 🙂 ./Aminnnnn
Lazada tu memang tempat kaki shopping online Malaysia ni. Template kita macam sama aje…..hah hah..
haha..source yang sama ek..tp cambest plak lepas pakai..sy pakai theme lain tu kureng sikit..
haha..
aku tak check pun.
malas benar sekarang ni.
dulu rajin gak check.
haha..takpe, tapi cikgu masyuukkkk..hehe..banyak lagi nak belajar dari cikgu..
p/s – NNt kitab pink update ver.2, nak tempah satu..:-)
satu info yang padat..banyak masa juga nak compile benda begini..
terima kasih kerana sudi berkongsi
alhmadulillah..Allah yang bagi dorongan untuk tulis semua tue 🙂 .Sama-sama tuan.
Info yang menarik dan berguna.
Carian no 3 tu memang kerap saya guna haha
hehe 🙂 Utk usahawan yg biasa import brg, sure perlu guna nya setiap masa..Malah dengan keadaan tak menentu, lagi lah hari2 kene guna..hehe
I feel the admin of this web page is genuinely functioning tough for his web page, for the cause that right here just about every data is quality based stuff.