5 Sebab Jual Barang Di Shopee Lebih Baik

19 6,435

Sudah semakin ramai jual barang di Shopee dan dah boleh buat duit dengan jual barang di Shopee . Tapi kenapa perlu jual / bisnes online di Shopee ?Kenapa bukan di tempat lain ?. Kan ada banyak lagi platform ecommerce yang lain? Di sini saya kongsikan kenapa anda perlu jual barang di Shopee yang sebenar nya lebih menguntungkan berbanding dengan platform yang lain. Shopee Malaysia ada satu faktor terbesar yang memberikan kelebihan jika anda berjual beli di sana.

Ini kerana, boleh di kata kan yang semua peringkat umur rakyat Malaysia sudah mengenali apa itu Shopee . Anda boleh dengar dan lihat pelbagai iklan mereka sama ada di radio, tv ataupun di internet. Jadi, dengan strategi pemasaran yang baik dan agresif tersebut, pasti nya jenama Shopee ini sangat cepat melekat di hati dan minda rakyat Malaysia. Ingat brand Shopee sahaja, terus fikir sales , online shop dan sebagai nya.

Jadi, di sebab kan ramai pembeli yang serbu Shopee setiap kali mereka melancarkan jualan / diskaun terhad dan sebagai nya, alangkah baik nya kita sebagai penjual manfaat kan peluang yang terhidang tersebut untuk jual barang di Shopee . 

Menurut data pelawat untuk Shopee (yang di keluarkan oleh pihak Similarweb), bilangan pengunjung/trafic untuk bulan November 2022 adalah 46.8 Juta pelawat. Untuk keseluruhan online shopping website di Malaysia, Shopee kekal juara nombor 1 sebagai platform online shopping yang di kunjungi ramai setiap bulan.

 

5 Sebab Jual Barang Di Shopee Lebih Baik Berbanding Platform Lain


Sumber Info : similarweb.com/website/shopee.com.my

Jadi, bayang kan dengan trafik /pelawat setinggi ini, pasti nya ia adalah lubuk terbaik untuk anda mengembangkan lagi perniagaan anda. 

Berniaga di Shopee ini lebih seronok berbanding dengan platform lain atas beberapa sebab (pendapat peribadi saya – dari pengalaman sendiri menjual di Shopee) . Saya senaraikan 5 sebab jual barang di Shopee lebih baik berbanding platform jualan yang lain. 

 

Sebab #1 –  Daftar Shopee PERCUMA

Tiada kos yang anda perlukan mendaftar & untuk mula jual barang di Shopee . Daftar akaun seperti biasa (1 email untuk 1 nombor phone ) , setup kedai online serta masuk kan item dalam ruangan jualan , semua nya percuma. Jadi, jika anda gusar sebab tiada modal untuk anda mulakan perniagaan online anda, ini pasti nya berita yang baik untuk anda.

Di mana anda perlu daftar akaun untuk menjadi penjual di Shopee ? Daftar terus di sini : https://seller.shopee.com.my/


Sebab #2 – Keuntungan yang baik. 

Ya..Ini memang sangat menarik kerana keuntungan anda adalah hak mutlak anda .Shopee ada mengena kan beberapa % komisyen dari jumlah jualan anda, tetapi ia masih di kira berpatutan kerana pihak Shopee menyediakan platform yang sudah sedia stabil, promosi setiap bulan di media sosial / televisyen dan memerikan jumlah pelawat yang tinggi setiap hari / bulan. Jadi, di sini anda sudah dapat menjimatkan kos pengiklanan sekira nya anda bergerak sendiri /buat website e-commerce sendiri.

Saya bagi contoh nya seperti ini.. 

  • Anda jual barang di Shopee pada harga RM29.90 / unit
  • Customer lihat item anda dan buat pembelian pada harga RM29.90. – Duit hasil jualan akan di HOLD oleh pihak Shopee buat sementara waktu. 
  • Anda terus buat penghantaran item yang di tempah ke customer anda
  • Selepas 3 hari barang di terima oleh customer , Shopee akan lepaskan duit RM26.90 ke akaun / wallet Shopee anda (setelah di tolak komisyen)
  • Anda boleh keluarkan (withdraw) RM26.90 untuk buat modal pusingan anda nanti.

 


Sebab # 3 – Ada Live Chat Dengan Customer

Kini, prospek anda boleh terus chat dengan anda jika mereka ada soalan yang perlu mereka tanya / nak confirmkan terlebih dahulu sebelum membeli produk jualan anda. . Jadi, ini memberikan 2-way communication yang baik untuk kedua-dua belah pihak. Ini juga mampu meningkatkan kredibiliti anda sebagai penjual dengan membalas setiap pertanyaan  pelangann dengan pantas dan tepat.

Contoh nya saya nak membeli Milo , jadi, saya sebagai prospek hanya perlu chat seller untuk confirm kan ada stock atau boleh beli lebih dari 1 atau tidak. Jadi, anda sebagai seller perlu jawab pertanyaan mereka dengan pantas. 

 


Sebab # 4  – Shopee Tanggung Kos Postage Anda. 

Ini antara yang paling best antara yang best jual barang di Shopee.Tahukah anda, yang anda tak perlu keluarkan kos untuk penghantaran ke customer . Ia nya di tanggung oleh pihak Shopee melalui program Shopee Free Shipping. Jika ada pun, customer anda yang akan bayar kepada Shopee kelak. Anda tinggal hanya buat pembungkusan dan hantar ke kurier yang telah di assign kepada anda.

Jadi, buat para seller semua, tiada kos parcel yang anda perlu bayar ke pihak kurier semasa menghantar barang tersebut. Just drop off sahaja. 


 

Sebab # 5 – Senang nak Listing Item Jualan

Jika dulu, anda perlu ada laptop / desktop untuk buat semua aktiviti marketing anda. Anda perlu login melalui laptop dan baru boleh mula masukkan gambar produk, copywriting produk serta set harga jualan. Agak terhad dan bila kita sibuk dengan urusan lain, cara konvensional amat menyusahkan

jual barang di shopee guna smartphone

Dengan Shopee, ia nya lebih mudah . Anda boleh terus membuat listing produk jualan dengan menggunakan smartphone sahaja melalui Shopee Apps. Hanya perlu tangkap beberapa gambar produk, tulis copywriting keterangan produk dan produk anda sudah masuk ke dalam sistem Shopee dan sedia untuk menemui bakal pelanggan anda.

Jadi, buat anda yang mencari sumber pendapatan sampingan untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi, alangkah baik nya anda mula jual barang di Shopee kerana ia nya lebih mudah dan cepat. 

Anda masih keliru nak jual apa di Shopee ? Boleh check di sini : Cara Cari Supplier Produk Untuk Jual di Shopee

 

19 Comments
  1. Nurul Jannah says

    saya berminat untuk info mengenai cara menjual barang di Shopee dan ingin menjana pendapatan sampingan

    1. MdAzlan says

      Baik. saya cadangkan cik ikuti panduan Shopee ini

  2. Shima says

    Hi sy berminat utk tahu dgn lbh lanjut tq

    1. MdAzlan says

      Baik cik.

  3. akmal says

    terbaik sharing

  4. Haida Hussin says

    Terima kasih atas perkongsian.. sekarang bukan lagi 100%.. shopee caj 2% – 3%.. tapi masih lagi berbaloi menjual di platform shopee.

    1. MdAzlan says

      Yes. Betul. Artikel ini akan kami update ikut polisi semasa. Terma kasih ya 🙂

      1. Nur Azizan Safi'in says

        Berminat untuk lebih lanjut lagi

        1. MdAzlan says

          Baik.

  5. Amran says

    Assalam tuan Azlan.
    Moga afiat.
    Saya nak tahu lebih terperinci.
    Jazakumullahukhoir

    1. MdAzlan says

      Waalaikaumsalam. Insyallah tuan 🙂

  6. Irfan Abdullah says

    Boleh saya tahu tak berapa percent shoppee ambik sekarang??

    1. MdAzlan says

      Sekaramg, Shopee ada beberapa level % cas yang di kena kan pada seller. Untuk semua sekali, akan di kena kan 2% dari total jualan 1 barang. Jika ada join program free Shipping mereka, akan tambah lagi 3%, jadi total 5% utk item..Jadi, bergantung kepada program seller yang kita join.. Jika nak 0% komisyen, tuan masuk LAZADA. Sekarag masih 0% komisyen. 🙂

  7. damia says

    update la info ni.. mana ada 100% dapat kat seller.

    1. MdAzlan says

      Yes.. terima kasih atas ingatan cik.
      Saya akan update ke latest info dalam masa terdekat.

      Terima kasih singgah ke blog saya 🙂

  8. aeen says

    macam mana nak tahu detail tentang shopee ye, tq

    1. MdAzlan says

      Boleh dapatkan ebook panduan atau join kelas online dari seller berpengalaman 🙂

  9. Asri says

    Sy bermi nat…sila e mail sy

    1. MdAzlan says

      Boleh click sini tuan : Nak Belajar Menjual Di Shopee

Leave A Reply

Your email address will not be published.