14 Item Yang Perlu Di Bawa Semasa Travel Oversea

0 124

Anda ada plan nak travel ke luar negara ? Ini 14 item yang anda wajib bawa semasa travel. Tanpa item-item yang saya senarai kan di bawah ini, anda pasti berkemungkinan akan menghadapai beberapa masalah semasa perjalanan anda kelak. Seperti yang anda sedia maklum, perjalanan antarabangsa tidak sama dengan di perjalanan domestik kerana anda perlu sedia kan lebih banyak dokumen dan bawa item yang bersesuaian dengan negara/ destinasi yang anda akan kunjungi.

Saya pernah beberapa kali terbang ke luar negara, jadi di sini, saya kongsi kan senarai 14 item yang wajib anda sedia kan dan bawa semasa travel ke luar negara kelak.

 

14 Item Yang Anda Perlu Di Bawa Semasa Travel Oversea

 

  1. Passport & Visa

Passport & Visa ini ibarat “nyawa” sepanjang perjalanan antarabangsa anda. Tanpa passport serta Visa ini, anda pasti nya tak boleh nak keluar dari Malaysia , apatah lagi mendarat di negara yang anda ingin lawati Lagi teruk,jika passport atau Visa anda hilang semasa di luar negara, lagi lah masalah besar akan melanda anda. Untuk perjalanan dalam Malaysia pula (domestik) ,anda tak perlu kan passport /visa, cuma perlu bawa kad pengenalan anda sahaja .

Cadangan saya, sila buat beberapa salinan fotostat passport dan visa anda. Just for standby in case anything happen. Sedia kan payung sebelum hujan okey.

Dan sebelum anda menempah tiket untuk penerbangan antarabangsa ,anda perlu pasti kan passport anda mestilah masih aktif sekurang-kurang nya 6 bulan dari tarikh tamat tempoh. Jika anda kurang dari 6 bulan, ada akan ada masalah semasa pemeriksaan oleh pihak immigration kelak.

passport and visa travel overseaUntuk Visa, ada negara yang memberikan pengecualian visa dalam tempoh tertentu, serta ada juga negara yang memerlukan anda apply visa sebelum anda di benar kan memasuki negara mereka.  Anda perlu mohon serta mendapat kelulusan visa sebelum anda terbang ke negara yang anda tuju. Sila rujuk di website-website kedutaan negera tersebut untuk maklumat lanjut.

 

2. Powerbank (Maksimum capacity : 20’000mAh)

Powwerbank sangat penting ya kerana smartphone anda sangat memerlukan kuasa bateri yang mencukupi supaya anda boleh berhubung di sepanjang perjalanan anda seperti membuat tempahan hotel ataupun teksi dan sebagainya. Jadi untuk memastikan smartphone anda mempunyai kuasa yang mencukupi, sila bawa sekurang-kurang nya sebuah powerbank bersama-sama dengan anda sepanjang masa.

Untuk pengetahuan anda, maximum capacity bateri powerbank yang anda boleh bawa adalah 20’000mAh dan power bank tersebut juga boleh di bawa naik ke dalam cabin dan perlu di simpan bersama dengan anda. Ia tidak boleh di simpan di dalam luggage yang anda check in di kaunter kerana atas faktor keselamatan. Powerbank adalah device elektronik yang mempunyai lithium bateri yang bersifat sangat mudah terbakar apabila ada tekanan dan suhu yang tinggi.

Boleh bawa powerbank naik flight ? Baca sini : https://sifupowerbank.com/power-bank-boleh-bawa-naik-flight/

Namun jika anda terlupa bawa powerbank anda, anda masih boleh mengecas smartphone anda di tempat-tempat mengecas bateri yang di sedia kan di lapangan terbang. Apa port changer die sediakan, cuma pergerakan anda akan agak terhad kerana anda perlu stay di meja tersebut sehingga anda mempunyai kuasa bateri phone yang mencukupi.

 

3. Itinerary (Jadual details perjalanan)

Itinerary boleh di kata kan seperti jadual perjalanan anda. Dalam itineary, ia mempunyai details yang lengkap berkaitan dengan perjalanan anda seperti tarikh dan masa penerbangan (pergi dan balik) , alamat hotel (bila check in & check out) dan sebagai nya. Kebiasaannya, itineary akan di sediakan kan oleh pihak syarikat pelancongan jika anda membuat tempahan pakej pelancongan melalui mereka. Untuk anda yang uruskan nya secara persendirian tanpa melalui agen pelancongan, memang tiada itinerary.

Untuk memudahkan urusan pemeriksaan imigresen semasa anda tiba di negara yang anda tuju nanti , saya sarankan anda print details / tiket online penerbangan pergi dan balik serta tempahan hotel yang mempunya tarikh masuk & keluar dari negara tersebut.Ini bagi mengelakan anda di syaki yang anda nak terus menetap di negera tersebut, bukan untuk tujuan melancong / kerja-kerja rasmi anda.

 

4. Universal Adapter Charger

Barang wajib bawa semasa travel seterus nya adalah universal adapter charger. Charger ini sangat-sangat membantu anda kelak kerana, tak semua negara di dunia ini mempunyai bentuk soket yang sama dengan negara kita.Di Malaysia, kita mengguna kan soket jenis 3 pin UK. Tetapi, soket 3 pin tersebut tak boleh di gunakan di negara-negara lain seperti Taiwan, China, Perancis, Jepun dan sebagai nya.

Jadi, sebelum anda bertolak ke lapangan terbang, sila semak terlebih dahulu jenis soket untuk negara yang anda akan lawati kelak. Untuk lebih mudah, saya recommended untuk anda beli dan standby satu universal travel adapter kerana hanya dengan satu charger ini sahaja, anda boleh gunakan di mana-mana negara nanti tanpa mengira apa jenis soket yang di gunakan di negara tersebut. Semasa mula-mula travel dulu, saya menggunakan universal travel adapter dari jenama McDodo. Serius memang sangat membantu. Boleh dapatkan melalui link ini :  Mcdodo Universal Travel Adapater

mcdodo universal travel adapter 2024Beli travel adapter yang all in one, di mana kaki atau pin adapter ini boleh di laras kan mengikut kesesuaian negara yang anda lawati.

 

5. Taxi / Uber apps

Ada beberapa aplikasi yang sangat di galakan untuk anda install sebelum anda tiba di negara yang akan anda lawati. Sila install e-hailing aplikasi Uber, kerana ia akan memudahkan anda bergerak ke satu destinasi ke satu destinasi. Ia ibarat e-hailing Grab lah di Malaysia.

Namun, anda orang kata Uber mahal sangat, better cari teksi. Ya, mungkin betul juga, tetapi ia bergantung kepada masa, jarak tempat serta kesediaan teksi di tempat penginapan anda di sana . Ada kawasan yang tidak mempunyai akses untuk teksi, atau anda perlu berjalan ke hentian teksi untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. Berbanding dengan Uber, anda boleh buat tempahan di smartphone sahaja dan tunggu di tempat yang anda tetap kan semasa tempahan .

Tetapi jika anda hendak berjimat, tiada masalah. Anda boleh menggunakan pengangkutan awam di negara tersebut, cuma anda perlu rajin bertanya dengan watga tempatan di sana bagaimana hendak naik , harga tiket serta di mana anda perlu turun nanti. Untuk dapatkan harga yang lebih berpatutan , saya galakkan anda untuk mengguna kan teksi yang mana rate yang lebih rendah dan murah berbanding e-hailing

 

6. Kad Kredit / Kad Debit

Seterus nya, barang yang wajib di bawa semasa travel adalah kad kredit atau kad debit. Bagi saya, apabila anda berada di luar negara , lebih mudah untuk anda membuat pembayaran mengguna kan kad kredit/ kad debit berbanding duit cash. Salah satu sebab nya adalah, jika anda nak menggunakan duit cash di sana, anda perlu mencari ATM atau money changer untuk tukar duit MYR ke duit tempatan.

Kebiasaan nya, jika anda membuat tukaran wang dengan money changer, mereka akan mengenakan  cas serta mengikut kadar tukaran matawang asing yang mana ia akan berubah-ubah setiap hari. Jangan lupa juga, cas untuk menukar duit juga berbeza-beza mengikut setiap syarikat penggurup wang. Apa yang anda tukar hari ni, tak kan sama dengan jumlah yang akan anda dapat tukar esok. Jadi untuk memudahkan urusan pembelian anda,lebih baik guna kan kad kredit atau kad debit anda sahaja.

Kebiasaanya , untuk kad kredit, anda boleh terus gunakan di luar negara,  di mana-mana kedai atau perkhidmatan di sana, tetapi  untuk kad debit , anda perlu mengaktifkan terlebih dahulu dengan bank tempatan sebelum anda berlepas ke negara tersebut. Sila call pihak bank atau aktif kan nya melalui website atau apps banking anda.

 

7. Mi segera , biskut dan minuman 3 in 1 .

Sejujurnya, bab makan adalah perkara paling mencabar apabila anda berada di luar negara terutama apabila anda pergi ke negara yang majoriti penduduk nya bukan beragama islam. Tidak di nafikan, pasti ada kedai-kedai yang menawarkan makanan halal, tetapi kebiasaan nya, lokasi-lokasi kedai tersebut agak jauh dan banyak tertumpu di bandar-bandar utama sahaja. Itu pun tak banyak kedai yang menawarkan makanan halal , boleh di bilang dengan jari.

Lagi satu masalah, kos pengangkutan untuk ke kedai tersebut juga tinggi. Jadi amat lah tak berbaloi jika anda perlu keluar setiap hari. Antara alternatif lain untuk anda mendapatkan makanan halal adalah:

      1. Uber Food
      2. Grab Food
      3. Restoran di dalam hotel ( sila semak ada status Halal atau tidak)
      4. Paling mudah, anda bawa sahaja biskut, mee segera dan minuman 3 in 1. Dah tentu 100% halal.

 

8. Earphone / Headphone

Saya amat galakkan untuk anda membawa sebuah earphone ataupun headphone di sepanjang perjalanan anda terutama ketika anda berada di lapangan terbang dan semasa anda menunggu pintu gate pelepasan di buka. Sambil-sambil menunggu tu, boleh lah anda layan movie atau lagu dari smartphone anda kan. Jika tiada device ni, memang bosan beb. Lagi-lagi bila anda perlu transit penerbangan , lagi lah lama anda perlu tunggu di lapangan terbang itu nanti.

Anda juga boleh menggunakan earphone/headphone tersebut semasa dalam pesawat. Tak lah bosan sepanjang perjalanan nanti. Namun, jika anda travel ke luar negara yang perjalanan nya lebih jauh dan lama, kebiasaan nya , pesawat tersebut ada mempunyai infotainment di dalam nya. Ada skrin di kerusi penumpang yang anda boleh tengok movie atau dengar lagu.

 

9. Travel insurance

Lagi item yang anda perlu bawa semasa travel adalah insurans.  WAJIB ya. Tiada kompromi lagi. Tolong pastikan anda mempunyai full coverage travel insurance yang semasa anda travel ke luar negara kelak. Malang tidak berbau, jadi bagi memastikan anda mempunyai perlindungan yang baik dan lengkap sepanjang anda berada di luar negara , travel insurance adalah amat di galakkan.

Sebelum ini, anda pasti pernah baca ada rakyat Malaysia yang jatuh sakit ataupun terlibat dengan kemalangan di luar negara dan kos perubatan semasa di hospital adalah sangat-sangat tinggi.Jadi, untuk elak kan sebarang masalah yang lebih besar, anda patut mengambil insuran sebelum anda berlepas dari negara kita. Ambil full insurans ok yang akan cover lebih menyeluruh, jangan ambil pakej yang murah sebab nak jimat duit.

Antara travel insuran yang anda boleh dapatkan adalah dari Touch N Go. Buka apps Touch n Go anda dan klik pada icon ” Safe Trip”. Ada beberapa pilihan di sedia kan untuk anda, dan cas  nya pun agak berpatutan. Jika anda travel menggunakan travel agency, sila semak dengan agen pelancongan anda ya.

 

10. Bahan bacaan (buku) serta pen. 

Basic item yang wajib anda bawa semasa travel kelak. Ini bagi memudahkan anda untuk mengisi apa-apa borang atau perlukan sebarang pertolongan dari rakyat tempatan di sana. Anda juga boleh bawa buku untuk di baca di sepanjangan perjalanan anda nanti. Boleh lah elak kebosanan sambil menambah ilmu.

 

11. Toiletries

Saya jenis orang yang menjaga kebersihan diri. Jadi, saya akan bawa toiletries saya sendiri terutama sekali ubat gigi & berus gigi sebab kebiasaan nya berus gigi & ubat gigi yang di sedia kan oleh hotel/homestay tidak sesuai dengan saya. Untuk sabun mandi /shower, tiada masalah , ok sahaja. Jadi untuk jimat kan ruang luggage anda, anda beli lah set berus gigi & ubat gigi untuk traveller. Ambil yang size kecil je, setakat ni boleh lepas pemeriksaan kastam / airport. Jangan di bawa yang besar tu. Ini di sebabkan, pihak keselamatan airport menghadkan kuantiti cecair yang boleh di bawa di dalam beg / luggage.

Untuk pencuci muka, shaver, dan sebagai nya tu, terpulang kepada anda.

 

12. Luggage lock

Saya ada menggunakan lock tambahan pada luggage saya termasuk beg sandang yang bawa supaya lebih selamat dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Mana lah tahu kan, sebagai langkah berjaga-jaga bila berada di luar negara. Risau juga dengan ragam orang sepanjang perjalanan kita kelak. Saya lebih prefer untuk anda dapatkan lock yang kecik bernombor berbanding kunci, kerana ia lebih selamat serta kurang kan risiko untuk anak kunci tersebut hilang. Dah satu hal nak cari tukang kunci kat negara orang nanti.

Recommended TSA certified padlock : Refer HERE.

tsa padlock

13. Panadol atau ubat-ubatan ringan

Anda boleh bawa ubat-ubatan ringan seperti ubat sakit tekak, panadol, dan sebagai nya sebagai persediaan jika anda mengalami masalah kesihatan yang tidak serius semasa berada di luar negara nanti. Bagi anda yang mungkin pertama kali pergi ke negara yang berbeza musim dengan Malaysia, pasti nya badan anda akan terkejut dengan perubahan suhu di sana nanti. Jadi, untuk elak kan masalah kesihatan yang lebih serius, anda bawa lah ubat-ubatan yang bersesuaian.

Di galakkan anda untuk bawa ubat dari jenis tablet, elak kan ubat cecair kerana seperti yang saya kata kan tadi, untuk cecair ada had limit berapa ml yang anda boleh bawa. Untuk maklumat lebih lanjut, sila check dengan doktor anda serta dapatkan khidmat nasihat dari pihak agen pelancongan anda.

 

14. Neck pillow

Jika tempoh penerbangan anda panjang dan jauh, saya sangat recommend untuk bawa bersama neck pillow (dapatkan di SINI) supaya tengkuk anda tak sakit sepanjang tempoh penerbangan anda. Serius, jika anda jarang travel dengan kapal terbang dan tak biasa tidur duduk, memang tengkuk anda akan sakit. Rasa macam nak tersabut leher.Hehe.Ye lah, untuk anda yang terbang dengan kelas ekonomi, anda bukan boleh baringkan seat anda macam seat kereta anda. Kecuali anda tempah business class yang anda boleh baring dan kerusi yang boleh laras ke kedudukan paling bawah. Cuma itu lah, sediakan duit nya lah..haha.

neck pillow samel

 

Baik lah, ini lah antara beberapa item yang anda perlu sediakan dan bawa semasa travel ke luar negara. Untuk anda yang biasa travel oversea, apa kata anda kongsi kan juga apa lagi item / apps yang boleh di sedia kan sebelum dan semasa kita berada di negara orang. Anda boleh kongsikan input anda di ruangan koemn di bawah.

 

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.