Rahsia Murah Rezeki Yang Melimpah Ruah
Rezeki. Semua orang mendambakan rezeki yang mereka dapat hari ini di lipat gandakan dengan melimpah ruah. Ini biasa bagi seorang manusia yang suka kan kesenangan dalam kehidupan mereka. Namun , ada ketika yang kita di timpa masalah yang menyempitkan kehidupan kita . Sebenar nya, Allah menurunkan sesuatu masalah kepada hambanya supaya hamba tersebut mampu berusaha dan belajar untuk mencari jalan keluar dari masalah tersebut dan dalam masa yang sama, supaya kita lebih mengenali-Nya dan mendekatkan diri kepada sang Pencipta Segala Isi Alam ini.
Rahsia Murah Rezeki Yang Melimpah Ruah
Dalam usaha kita mencari rezeki yang halal, pastikan kita merujuk kepada Al-Quran & Hadis supaya setiap usaha kita tersebut mendapat pertolongan-Nya , di permudahkan dan berada di landasan yang betul. Allah berfirman: Selagi kita berpegang kepada dua perkara ini, kita tidak akan sesat buat selama-lama nya iaitu Al-Quran dan Hadis.
Terdapat beberapa rahsia murah rezeki yang boleh di jadikan panduan dan rujukan sepanjang usaha kita tersebut. Antara nya adalah :-
- Bersyukur Dengan Apa Yang Telah Di Kurniakan.
- Sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang Allah kurniakan kepada anda. Allah lebih mengetahui yang apa yang di kurniakan kepada anda adalah yang terbaik dari Nya. Kita tahu, jika ikutkan hati, semua tak cukupkan 🙂 . Ada masa nya anda akan bandingkan kenapa orang lain dapat guna kereta besar, rumah besar, mewah dan boleh melancong keluar negara, sedangkan anda masih di takuk lama walaupun lebih kuat berusaha dari orang lain. Mesti pernah terdetik kan persoalan sebegitu ??
- Jadi, kata kunci untuk rahsia murah rezeki adalah : SYUKUR . Hargai lah apa yang ada pada anda sekarang. Allah sudah aturkan itu yang terbaik untuk anda. Mungkin dengan apa yang anda ada sekarang, membuatkan anda lebih bahagia & kurang masalah. Ada orang duit nya banyak, tetapi komitmen bulana nya tinggi, selalu stress memikirkan cara nak bayar kemewahan mereka sampai kan ada yang terjebak mencari rezeki dari sumber yang salah / berhutang sesuatu yang tak perlu. Adakah itu kebahagian sebenar nya? Fikir dan positifkan jiwa anda.Kembali lah pada yang Maha Kaya .
- Ambil jaminan dari Allah ini sebagai sumber kekuatan anda :- ” Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih ” – ( Surah Ibrahim: 7 )
- Beriman & Bertakwa Dengan Sebenarnya.
- Lakukan lah semua amalan yang di perintah kan oleh Allah SWT dengan sebaik-baik mungkin dengan seikhlas hati. Pastika semua ibadah tersebut hanya lah kerana Allah SWT tanpa memberikan syarat untuk di balas dengan kurniaan rezeki . Itu hak Allah untuk memberikan rezeki kepada sesiapa yang Dia mahukan.
- Daripada Al-Quran, ” Sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi ” – (Al A’raf :96 )
- Perbanyakkan Sedekah
- Sedekah meliputi pelbagai bentuk,tidak hanya pada wang ringgit sahaja. Sumbangan dari segi tenaga ,masa atau ilmu juga di kira sebagai rezeki . **Petikan dari buku Mudahnya Menjemput Rezeki (Bab 1 m/s 2 )
- Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaat nya, sama ada halal ataupun haram , sama ada baik ataupun buruk
- Banyak manfaat dari bersedekah. Jika kita tanya pada orang-orang beriman yang telah berjaya dalam kehidupan nya sekarang, pasti beliau akan nasihatkan kita untuk perbanyakkan sedekah. Bantu lah orang lain supaya Allah bantu penuhi hajat kita. Ramai yang takut untuk keluarkan sedikit dari rezeki yang telah di kurniakan kepada mereka.Bagi mereka, jika beri apa yang ada di tangan, makin kurang lah . Tetapi , cuba anda renung akan janji-janji Allah kepada orang yang beristiqamah bersedekah iaitu :
- ” Sesiapa berbuat demikian kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan di balas seimbang dengan kejahatan nya.Mereka sedikit pun tidak di rugikan (di zalimi) “.( Al-An’am 6:160)
- ” Sesiapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia “- (Al-Hadid 57:11)
- Nah..Masih belum yakin untuk menambah nilai sedekah anda ? Yakin lah yang ini janji Allah yang Maha Esa dan pasti di tunaikan.Dia maha mengetahui. Jika janji manusia, kita masih boleh rasa was-was. Jika sebelum ini tabung jumaat lalu dan kita masukkan RM1, cuba anda ganda kan secara berperingkat dari RM2 , RM5, RM10,RM20, RM50 dan seterus nya.
- Pasti akan akan dapat rasakan perubahan selepas itu. Cuba lah.. Yakin..Yakin..Yakin..Yakin… 🙂 . Untuk lebih rahsia mengenai sedekah, & bagaimana sedekah menjadi magnet rezeki, rujuk di SINI .
- Menyambung Silaturahim
- Menyambung ikatan silaturahim antara sesama manusia juga antara rahsia murah rezeki . Jika kita lihat orang yang mempunyai ramai kawan-kawan , pasti nya anda lihat mereka ini di permudahkan sebarang urusan / masalah yang di hadapi. Sebagai contoh mudah , jika dia ada masalah kereta rosak, pasti akan ada rakan/kenalan yang boleh membantu di saat sukar tersebut. Nampak kan bagaimana silaturahim boleh membantu rezeki kita ?
- Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abi Hurairah RA yang berkata, Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud ” Siapa yang suka untuk di lapangkan rezekinya dan di akhirikan ajalnya (di panjangkan umur nya), maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim “
- Bertawakal Dengan Setiap Usaha Kita
- Penting nya kita berusaha untuk mencapai setiap impian yang kita hajati, bukan hanya mengharapkan tuah atau nasib yang baik sahaja. Katakan anda seorang peniaga dan nak jumlah jualan 1 Juta pada akhir tahun.Jadi, anda pasti lah anda akan ganda berusahakan, serta belajar startegi pemasaran, strategi produk yang di keluarkan, cara uruskan syarikat & akaun serta sebagai nya.Jadi, segala yang anda buat ke arah impian anda itu lah termasuk dalam usaha anda. Selepas berusaha , serahkan segala nya pada yang Maha Perancang. Mungkin kita dah lihat apa yang kita rancang itu adalah yang terbaik, tetapi Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita di masa hadapan.
- Renung lah pada perlakuan burung , si burung keluar pagi berterbangan dan berkicauan ke sana ke mari untuk mencari makanan , jauh terbang, dan dengan izin-Nya, burung ini dapat juga membawa makanan pulang ke sarang . Allah Maha Pemurah & Penyayang. Usahalah dahulu, dan dalam waktu yang sama,tawakal kepada-Nya . Ini lah rahsia murah rezeki yang di amalkan oleh orang yang berjaya dalam kehidupan nya.
- Rasullah SAW bersabda , ” Seandainya kamu bertawakal kapada Allah dengan sebenar-benr tawakal, pasti kamu mendapat rezeki sebagaimana burung di beri rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang ” (HR Umar bin Al-Khattab dari Imam Ahmad, At Tirmizi )
- Perbanyakkan Istigfar Mohon Keampunan.
- Lagi rahsia murah rezeki adalah dengan memperbanyakkan beristigfar ,memohon kemapunan Allah atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan . Ini antara cara untuk memperoleh rahmat dari-Nya.
- Hadis Rasulullah SAW , bermaksud ” Sesiapa tekun beristigfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar daripada tiap-tiap kesempitan serta di beri rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka ” ( HR Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim )
Jadi, ini antara 6 rahsia murah rezeki yang boleh di jadikan panduan dan rujukan dalam kehidupan anda seharian. Soal rezeki adalah hak Allah , Allah yang akan tentukan setiap rezeki kepada hamba-Nya kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita di masa akan datang.
Saya di sini mendoa kan anda supaya anda serta keluarga anda di murahkan rezeki, di beri pelindungan dari-Nya serta mendapat rahmat dari Allah SWT . Amiinnn .
Sumber Rujukan : – Buku Mudahnya Menjemput Rezeki – Fathuri Salehuddin & Ruangan Wasilah Da’i Harian Metro – Hamidah Ab Razak (05-03-2017)