APA TEKNOLOGI FAST CHARGING PALING PANTAS UNTUK 2018 ?

Dengan teknologi yang paling hebat ini, tahu kah anda ia mampu mengecas bateri smartphone OPPO Find X Lamborghini (3400 mAh) dari 0 ~ 100% hanya dalam masa 35 minit sahaja.
.
Yaa..Anda hanya perlu tunggu 35 minit dan anda boleh terus guna untuk meneruskan aktiviti seharian tanpa perlu risau low bateri isu.

Ia adalah teknologi pengecasan pantas dari OPPO iaitu SUPER VOOC

KENAPA TEKNOLOGI SUPER VOOC INI TERBAIK DAN MENGUJAKAN ?

1) Hanya 35 minit sahaja di perlukan untuk cas penuh bateri 3400 mAh dengan menggunakan charger Super VOOC ini . Sangat pantasdan menjimatkan banyak masa anda.

2) Kuasa bateri smartphone akan mencapai 34% hanya selepas 10 minit proses pengecasan, dan 50% selepas 15 minit penegcasan dan dapat 92% selepas 30 minit. Laju kan ?

3) Menurut Oppo, smartphone One Plus 6 (menggunakan Teknologi Dash Charge) , hanya mencapai sekitar 60% kuasa bateri di saat Find X + Super VOOC sudah complete 100% . Jika di banding kan dengan iPhone X (2658 mAH) dan di cas menggunakan USB-C PD, iPhone X hanya mampu mencapai 50% sahaja dalam masa 30 minit pengecasan. Pemenang adalah SUPER VOOC.

4) Antara rahsia bagaimana Super VOOC boleh mengecas bateri smartphone dengan sangat pantas ini adalah pada kedudukan susuan bateri smartphone yang di cas. Bateri Oppo Find X ini terbahagi kepada 2 sel bateri iaitu 1700mah x 2 = 3400 mAh. Jadi, sebenar nya , dalam masa yang sama ia mengecas 2 bateri serentak dalam satu satu masa. 

5) Output dari Super VOOC adalah 10V/5A . Lebih tinggi berbanding dengan teknolgi lain seperi Huawei SUper Charge yang mana output adalah 5V/5A

6) Super VOOC di jana dengan 50 Watt output. Untuk pengetahuan anda, Huawei Super Charge untuk Mate 20 Pro pun hanya 40W . Jadi, Super VOOC adalah raja bagi pengecasan pantas setakat Disember 2018 .

7) Antara model fon yang support Super VOOC adalah Oppo Find X serta R17 Pro baharu. Mungkin untuk masa hadapan, teknologi Super VOOC ini akan di perluaskan dengan lebih banyak model baru yang menyokong teknologi ini. 

Jika kalian tak suka tunggu cas bateri fon lama-lama, boleh guna smartphone Oppo untuk menikmati pengecasan terpantas di dunia , Super VOOC.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *