4 Cara Buat Link Whatsapp Paling Cepat
Banyak cara buat link whatsapp yang di kongsi kan oleh orang lain, tetapi saya ada 4 cara buat link whatsapp dengan lebih pantas dan mudah tanpa perlu kod yang pelik-pelik atau susah payah. Kalau cara lama, kita perlu ambil nombor phone orang yang kita nak mesej dan save kan dalam contact phone dahulu, dan baru lepas tu baru boleh hantar mesej kepada mereka.Lecehkan sebab perlu buat 2-3 kali kerja sebelum boleh start mesej member tu.
Don’t worry, kat bawah ni saya share cara pantas buat buat link whatsapp tanpa nombor . Follow je step nya nanti, pasti dapat bantu anda sedikit sebanyak nanti.
Pertama sekali, anda perlu faham kenapa anda perlu mahir dalam cara buat link Whatsapp ini terutama nya jika anda ada bisnes online atau perlu kerap follow up bakal pelanggan anda :
- Bakal pelanggan anda mudah untuk menghubungi / mesej anda dengan hanya sekali tekan link yang anda share kepada mereka.
- Bakal pelanggan anda tidak perlu simpan/save nombor telefon anda dalam phonebook mereka terlebih dahulu – Buang masa mereka. Time is money.
- Dari link yang anda buat, anda tahu apa yang bakal customer anda nak kerana anda boleh set mesej pendek dalam link tersebut. Jadi, boleh terus deal dengan cepat tanpa perlu berkenalan dahulu dengan mereka.
- Boleh di gunakan di pelbagai platform seperti di Facebook, Instagram, Twitter, Tik Tok atau di mana sahaja platform untuk mudahkan pelanggan anda mencari anda. Just letakkan link di bio / kongsi kan dalam post anda sahaja.
Oleh sebab di atas lah , anda WAJIB mahirkan diri dengan cara simple ni untuk memudahkan proses urus niaga anda. Ada bakal pelanggan kita tak suka buang masa untuk deal dengan anda. Lagi cepat anda senang di hubungi, lebih baik buat mereka dan lebih cepat anda close sale dengan mereka. Anda pun sama bukan ? Tak suka benda yang leceh, lagi cepat lagi bagus.
Jika anda tidak pasti bagaimana nak hasilkan link Whatsapp dengan lebih cepat dan mudah, saya kongsikan tips ini . Semoga memberi manfaat dan boleh membantu anda sebaik mungkin.
4 Cara Buat Link Whatsapp Yang MUDAH dan BERKESAN serta Lebih Pantas
1 ) Guna link rasmi dari Whatsapp sendiri – 100% PERCUMA
Ada 2 cara bila menggunakan Whatsapp sendiri iaitu :
- Guna link sahaja. Copy & paste terus – Lebih sesuai untuk pengguna biasa.
- Guna apps Whatsapp Business – Lebih sesuai untuk korang yang ada buat business, tak kisah lah agen dropship ke atau selalu deal dengan customer di Whatsapp.
Cara 1 – Guna link untuk aplikasi Whatsapp biasa – Recommended.
- Copy format link ini dan save dalam notepad apps dalam smartphone anda supaya senang nak copy paste nanti :- https://wa.me/<phone number> .
- Untuk nombor phone dalam Malaysia, pastikan anda letak nombor “6” di hadapan nombor phone anda yer. Contoh : https://wa.me/6012345678 . Wajib letak nombor “6” di hadapan nombor phone anda yer. Jika tidak letak nombor ‘6’ tersebut, link tersebut tidak akan dapat berfungsi / error.
- Di bahagian phone number tersebut boleh letak nombor anda sendiri jika anda nak orang lain hubungi anda, atau jika anda nak mesej orang lain, boleh letak nombor orang tersebut.
- Jika anda nak letak text di belakang nombor phone anda, sila gunakan link ini : https://wa.me/6XXXXXXXXXX?text=Text%20Text%20Text .
- Perlu letak “%20” sebagai jarak antara satu-satu perkataan yang anda nak guna. Contoh : https://wa.me/6012345678?text=saya%20nak%20beli%20baju
- Cara ini paling baik untuk anda yang buat bisness online, sebab anda boleh bagi terus info kepada pelanggan anda dengan apa yang mereka nak tanpa perlu corner sana sini.
Cara 2 – Cara buat link di aplikasi Whatsapp Business
Ini cara buat link whatsapp paling cepat, mudah dan menggunakan link yang sah dari aplikasi Whatsapp sendiri. Namun, ada syarat nya, anda perlu menggunakan aplikasi Whatsapp business , bukan apps Whatsapp biasa. Ada beza juga dari segi fungsi antara kedua-dua apps tersebut.
Yang best nya bila anda guna apps Whatsapp Business, anda boleh terus dapatkan link Whatsapp anda dari dalam setting aplikasi Whatsapp bussiness itu sendiri. Pihak Whatsapp sudah sediakan link untuk anda. Bagaimana nak dapat short link whatsapp anda , follow flow di bawah :
Buka Whatsapp Business > Klik Setting > Klik Business Setting > Klik “Short Link”
Anda hanya perlu copy dan paste link tersebut dan boleh share terus kepada bakal pelanggan anda. Mudah. Sepanjang saya menggunakan link rasmi Whatsapp Business ini, saya rasakan ia nya lebih laju loading / masuk ke paparan Whatsapp berbanding link whatsapp biasa yang lain.
Selain dari default link , anda juga boleh customize dengan letakkan apa mesej yang anda nak pelanggan anda sent kepada anda. Jadi, senang untuk anda tahu apa yang bakal pelanggan anda mahukan. Cuma link nya akan jadi panjang, tetapi tak perlu risau. Anda boleh gunakan link shortener seperti Bit.ly untuk mendapatkan link yang pendek.
2) Cipta link dengan website Wasap.my – PERCUMA
Ini antara cara buat link Whatsapp yang saya gunakan sejak fungsi link direct Whatsapp di perkenalkan kepada umum. Ia nya juga amat mudah untuk di gunakan. Cara nya adalah seperti ini :
- Anda perlu kan link ini :- https://www.wasap.my/ pada permulaan link yang anda nak hasilkan. Jangan salah alamat yer.. Contoh nya taip Wassap / Wasup / Watsap , ia tak kan berfungsi kerana salah nama alamat link.
- Pada bahagian belakang link tersebut, anda perlu masukkan nombor telefon anda. Contoh : https://www.wasap.my/6012345678 . Sama seperti cara no.1 tadi, anda perlu letak nombor ‘6’ di awal nombor telefon anda untuk ia berfungsi – nombor 6 mewakili nombor telefon dari Malaysia.
- Anda boleh masukkan mesej yang anda nak pelanggan tag produk/ servis anda di belakang link nombor 2 tadi. Jangan letak “space” di mesej tersebut ok. Contoh : https://www.wasap.my/6012345678/nakbelicable . Jadi,setiap kali customer anda tekan link ini, anda akan dapat mesej ” nak beli cable” dalam Whatsapp anda. So, mudah lah anda nak share any info berkaitan cable sahaja kepada mereka.
- Anda boleh terus copy link tersebut dan share dengan pelanggan anda. Jika anda tak nak share link yang panjang, anda boleh gunakan link shortener seperti bit.ly yer.
Itu sahaja.. Mudah kan? Yang penting bila guna kan wasap.my ini, pastikan link yang di gunakan adalah betul . Anda boleh terus copy paste link yang saya buat di atas, dan ubah mana bahagian yang anda perlukan.
3) Gunakan link dari Walink – PERCUMA
Langkah-langkah cara buat link Whatsapp menggunakan Walink lebih kurang sama dengan cara-cara di atas. Cuma ada sedikit perbezaan bila anda menggunakan Wa link ini iaitu :
- Anda boleh bina terus link Whatsapp anda dari form yang ada dalam website ini. Jom saya tunjukkan cara nya :
- Masuk ke https://create.wa.link/
- Skroll ke bahagian bawah page website ini, anda akan jumpa satu form ‘ Create Your Free Link here ‘
- Isi kan semua maklumat yang di kehendaki seperti nombor phone, text dan sebagai nya. Menarik nya bila guna Wa Link ini , anda boleh letak kan Emoji pada text anda tersebut.
- Anda boleh lihat preview bagaimana info yang anda masukkan tadi akan muncul di paparan mesej Whatsapp anda nanti. Selepas selesai, klik pada ‘ Create my wa.link ‘ untuk dapatkan link anda.
- Selesai. Copy link yang anda buat tadi, dan share dengan pelanggan anda . Selain link, anda boleh juga download QR code, dan share terus pada customer anda nanti. Sangat menarik fungsi ini. Recommended !!
Cuma untuk buat link Whatsapp ini, anda perlu bina link anda menggunakan form online di PC / smartphone anda kerana, link yang bakal anda share nanti tidak mempunyai nombor telefon dan mesej dari link tersebut. Anda tidak boleh buat secara manual.
Yang bagus nya Wa.link adalah, ia sudah siap sedia kan short kan link untuk anda tanpa anda perlu pendekkan guna bit.ly .
4) Guna aplikasi Link Generator for Whats dalam smartphone – PERCUMA
Ini antara cara buat link whatsapp yang senang sebab anda boleh terus hasilkan Whatsapp link terus dari apps tersebut. Memang sangat mudah.
Antara kelebihan menggunakan aplikasi di smartphone anda adalah :
- Jika ada penjual yang tidak share Whatsapp link mereka dan hanya share nombor telefon sahaja, dengan apps ini, anda boleh terus mesej seller tersebut dengan hanya masukkan details nombor telefon serta mesej yang anda nak sampaikan. Selepas itu tekan “Send” . Fungsi ini sama dengan bila ada tekan link Whatsapp. Jadi, tak perlu lah anda nak tunggu seller tersebut share link.
- Jika anda seller, anda boleh terus generate link Whatsapp melalui apps ini . Masuk kan details, dan copy link yang terhasil, Lalu share dengan pelanggan anda. Kadang nak buat link macam cara 1-3, perlukan masa serta perlu access ke website tersebut, jadi bila anda menggunakan terus apps, ia akan mempercepatkan urusan anda kelak.
Bagi anda yang cari option untuk cara buat link Whatsapp tanpa perlu taip secara manual atau perlu masuk ke website terlebih dahulu, aplikasi ini amat membantu anda.
Ada banyak lagi cara buat link Whatsapp yang mungkin lebih mudah, tetapi saya recommend 4 cara ini sebab , ia nya biasa di gunakan sepanjang saya berurusan dengan pelanggan saya. Urusan perniagaan anda kini dah lebih mudah dengan ada nya fungsi sebegini kerana :
- Anda dah tak perlu simpan nombor pelanggan anda dalam phonebook sebelum menghubungi mereka.
- Untuk pelanggan pula, mereka lebih mudah untuk hubungi anda kerana ia lebih cepat dan sangat mudah. Mudah lah proses close sale anda
- Anda boleh share link tersebut di mana-mana akaun sosial media anda. Insyaallah , semoga anda dapat lebih ramai pelanggan anda selepas ini. Aminnn.
Jadi, jika anda ada cara lain yang lebih canggih atau mudah, anda boleh kongsikan di ruangan komen di bawah supaya lebih ramai yang mendapat manfaat bersama. Di harap dengan 4 cara buat link Whatsapp ini, anda akan mendapat lebih ramai pelanggan. Aminnnn..Murah kan rezeki kami semua. Ouh yaa, jika anda cari cara buat link untuk apps Telegram anda, boleh follow step di artikel ini : Cara Buat link Telegram.
Assalamualaikum. Nak tanya kalau boleh share ilmu.
Yg org buat WhatsApp blaster, semestinya akan ada guna whatsapp api, kan? Atau mcmana?
Terima kasih.
Waalaikumsalam tuan.
Yes. Perlu guna official API dari Whatsapp .
macammana nak delete link yg ada
Dalam bahagian setting
Hi Bos, mcm mana nak cancel wasap.my?
hi boss, perlu cancel terus dalam website wasap.my
atau perlu track semula link-link wasap boss tu, dan delete secara manual.