Cara Mudah Tukar Duit Syiling di Maybank

14 49,468

Senang sahaja nak tukar duit syiling di Maybank sebenar nya . Lebih senang apabila cawangan bank berdekatan anda mempunyai mesin penukaran duit syiling di dalam premis mereka. Cuma kalau macam saya tinggal di Johor, hanya ada 3 cawangan sahaja yang menawarkan Coin Deposit machine (CDM) iaitu Johor Bahru, Skudai dan Batu Pahat. Jika anda tinggak jauh dari kawasan tersebut, alternatif lain adalah tukar duit syiling tersebut di kedai-kedai runcit je lah.

Saya ada setengah balang duit syiling yang saya sempat kumpul dalam tahun 2018. Macam tak banyak sebab saya dan banyak berbelanja, bayar bill atau bayar apa-apa guna kan kad debit serta perbankan interent . Jadi, tak banyak dapat kumpul duit syiling .. hehe. Zaman dah canggih ni, beli ikan sayur pun pakai cashless.

OK, jadi mari saya tunjukkan cara mudah tukar duit syiling di Maybank bagi mereka yang berada di kawasan bank yang mempunyai “coin deposit machine” – Macam mana nak tahu bank mana yang menyediakan “coin deposit machine” ? – Sila rujuk laman web Maybank di bawah sini :

Lokasi Coin Deposit Machine Maybank : www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/

 

Cara Mudah Tukar Duit Syiling di Maybank

 

Step 1 Tukar Duit Syiling di Maybank – Sedia kan syiling anda.

Ini sangat penting, kalau tiada duit syling, macam mana nak tukar ..hehe.. gurau jer.. Dan lagi satu, kalau tak banyak , mungkin hanya beberapa ringgit sahaja, baik guna sendiri . Tak perlu asingkan yer ikut nilai syiling tersebut kerana machine CDM tu akan auto kira nilai syiling tu nanti. Cuma mungkin kalau anda tukar duit syiling di kedai-kedai runcit berhampiran rumah, perlu lah di asingkan mengikut nilai syiling. Jadi, mudah lah orang kedai tu bagi duit kertas kepada anda. Tak lah perlu nak kira satu-satu lagi. 

Mudahkan urusan orang lain, insyallah, urusan kita kelak akan di permudahkan serta lebih murah rezeki.

 

Step 2 Tukar Duit Syiling di Maybank – Pergi ke Cawangan Maybank

Pergi ke mana-mana bank yang mempunyai mesin deposit syiling seperti di bawah . Macam kes saya, saya pergi ke Maybank. Namun, saya perlu tempuh perjalanan 1 Jam untuk sampai ke cawangan bank yang mempunyai mesin tersebut. Sebab itu, jika dah banyak syiling, baru berbaloi untuk anda buat tukaran syiling ini. Ouh ya, anda perlu ada akaun dengan pihak bank yang anda nak pergi tukar ya. Maksud nya, jangan anda pergi ke RHB, sedangkan anda tiada akaun simpanan dengan mereka. Kerana, pihak bank akan terus depositkan nilai tukaran syiling anda tadi terus ke dalam akaun bank anda. Tiada cash ya. 

 

Step 3 Tukar Duit Syiling di Maybank – Masukkan duit dalam CDM

Untuk CDM di Maybank, ada beberapa step yang anda perlu buat bagi melancarkan proses deposit anda.

  1. Pastikan anda mempunyai akaun Maybank – WAJIB ada. Jika tiada, anda tidak di benarkan untuk mula kan proses tukaran syiling ini kerana, ia akan melibatkan sistem pada mesin tukaran duit syiling ini.
  2. Pastikan hanya syiling duit Malaysia sahaja yang di terima semasa pengiraan. Duit syiling dari negara lain tidak akan di kira. Jika ada syiling yang rosak / reject / syiling negara lain / token game akan di pulangkan semula dari machine ini. 
  3. Selepas selesai proses pengiraan syiling , mesin akan keluarkan satu slip jumlah pengiraan syiling anda tadi. Jadi, terus bawa slip ini ke pegawai bank yang bertugas di kaunter untuk mereka masukkan nilai tukaran tadi terus ke dalam akaun simpanan Maybank anda.
  4. Selesai dan anda boleh check baki akaun anda selepas selesai dapat resit dari pegawai berkenaan. Jika anda nak guna cash , boleh keluarkan duit tadi di mesin ATM. 

Ini lah 3 langkah mudah untuk anda tukar duit syiling di Maybank , tanpa perlu merayu-rayu pada taukey kedai untuk tukar duit syiling dengan mereka. Sebenar nya, kebanyakkan kedai sangat suka apa bila kita cakap nak tukar duit syiling dengan mereka sebab, mereka tidak perlu lagi bersusah payah pergi ke bank untuk menukar duit syling mereka.

Kad Maybank Anda Nak Expired ? Boleh tukar secara online je – Baca sini :- Cara Tukar Kad Maybank Online

Jom kita kumpul duit syiling semula . Hujung tahun ini dah boleh tukar dan buat belanja makan dengan keluarga atau pergi melancong cuti-cuti Malaysia.

14 Comments
  1. FATEIHAH BINTI AB RAHMAN says

    hi, bank akan charge tak kita tukar duit syiling?

    1. MdAzlan says

      Tiada cas di kena kan semasa saya berurusan dengan Maybank.
      Untuk bank lain, tidak pasti.

  2. Fareez says

    boleh dapat duit tunai tak?

    1. MdAzlan says

      Boleh. Selepas siap kiraan , mesin akan keluar kan resit. Then bawa ke kaunter bank , isi borang dan duit tersebut akan di masukkan terus ke dalam akaun bank . Then, tuan boleh ke ATM untuk keluarkan duit tersebut.

  3. Ramlan says

    Kebanyakkan banyak mesen tak berfungsi dengan baik.yang saya dah cuba.cimb ambank bank islam.sila baiki perkhidmatan.bank negara tolong check laaaa.

    1. MdAzlan says

      Mungkin berbeza ikut cawangan. Lagi pun, mesin sangat terhad, jadi pengguna ramai, lalu kebarangkalian untuk rosak sangat tinggi.

  4. Mohd farid bin mohd razali says

    Saya ada syiling banyak dalam 500 lebih tapi saya jauh nak g mybank saya duduk sekat setia alam

    1. MdAzlan says

      Mungkin tuan boleh tukar di kedai2 runcit berhampiran.. Biasa nya mereka mesti nak, cuma mungkin tak nak dalam nilai yang banyak..
      try dalam Rm100 sekali tukar.. 🙂

      Terima kasih singgah blog saya

    2. Liya says

      Encik contoh saye nak tukar rm1000 , dapat semua atau ade tolak upah?

      1. MdAzlan says

        100% dapat. Sepanjang saya buat penukaran, setakat ni tiada apa-apa cas di kena kan. Duit akan di masukkan dalam akaun bank.

  5. yahuuu 🌹 says

    Nak tanya..dekat maybank sogo ada tempat untuk tukar duit syiling?

    1. MdAzlan says

      Maaf cik, boleh check semula di laman web rasmi Maybank

  6. Masrien says

    Berapa lama masa utk kaunter maybank mengira balik duit syiling tersebut dn saya bru sahaja membuat pnukaran sylling ke kaunter maybank dan pegawai tersebut suruh tinggalkan no hp shj

    1. MdAzlan says

      Maaf cik, jika tukar di kaunter, saya tak pernah buat lagi. Saya tukar duit guna kan mesin , cuma mesin tu memang tak semua cawangan anda.

Leave A Reply

Your email address will not be published.