5 Cara Buat Duit Online Paling Best

0 1,623

Banyak cara buat duit online yang di ajar oleh cikgu-cikgu pemasaran online, namun ini 5 cara buat duit online yang paling best berdasarkan pengalaman saya sendiri yang mencuba 5 cara buat duit online ni.

Walaupun ada banyak yang di cadang kepada anda untuk buat duit online, tetapi mungkin kita tak perlu nak masuk semua cabang pemasaran tersebut. Cukup kita mula kan dengan beberapa jenis pemasaran yang kita selesa, tidak membebankan serta tidak perlukan modal yang terlalu besar . Yang penting adalah MULA, BUAT dan TERUSKAN BUAT .

Jangan mudah nak berputus asa. Perlu di ingat, apa yang kita buat tu mungkin hasil nya tidak cepat yang kita sangka. Mungkin kita akan dapat hasil nya selepas 3 bulan, atau 6 bulan malah mungkin selepas 1 tahun. Ini realiti nya.

OK, jom kita mula kan bagaimana cara buat duit online sehingga anda dapat pendapatan tambahan untuk menampung kos kehidupan yang semakin meningkat.

5 Cara Buat Duit Online Yang Berkesan dan Tidak Membebankan

1 – Cara Buat Duit Online Dengan Shopee

Kenapa Shopee ? Saya ada senaraikan 5 sebab jual barang di Shopee lebih baik (Baca sini : 5 Sebab Jual di Shopee ) berbanding dengan Lazada, atau website e-commerce yang lain.

Bagi saya yang baru 2 tahun menggunakan platform Shopee sebagai platfrm pemasaran , ia nya amat mudah dalam segala proses menjual dan membeli. Hanya melalui smartphone sahaja dan boleh buat listing item jualan dari mana-mana yang kita selesa.

Jadi, bagaimana cara saya buat duit online melalui Shopee ? Saya kongsikan :

  1. Jual apa yang ada pada tangan kita pada peringkat permulaan. Kata kan kita minat dalam hobi kumpul kereta mainan macam Hot Wheel ,jadi, kita jual barang berkaitan dengan hot wheel. Atau anda minat dalam bidang gajet, anda boleh mulakan dengan menjual item yang modal rendah seperti USB Cable.
  2. Ikuti program dropship kerana dropship adalah salah satu cabang terbaik untuk mulakan perniagaan anda. Tanpa perlu laburkan modal yang besar, anda boleh minta details item yang anda nak jual dari owner produk tersebut untuk anda masukkan dalam kedai Shopee anda.

Cuma dalam kemeriahan Shopee, anda perlu bersaing dengan ramai penjual dari dalam Malaysia sehingga ke luar negara (China khususnya). Namun anda tak perlu risau, kerana dengan cara yang betul, keyword pada listing item yang tepat, anda tetap akan mendapat jualan dari kedai Shopee anda.

Ouh yaa, jika anda serius nak belajar buat duit online dengan platform Shopee , saya nak cadangkan anda ikuti cara-cara / panduan buat duit 4 angka seminggu dengan Shopee ini. Baca details di bawah :

Dengan cara yang betul , saya yakin anda akan mencapai 4 angka seminggu hanya dengan menjual di Shopee sahaja.

2 – Cara Buat Duit Online Dengan YouTube

Ini khas untuk anda yang suka buat video samada video review produk, video travel / bercuti atau video ajar ilmu berkaitan bidang yang kita minati.

Anda tak perlu beli kamera yang beribu ringgit untuk mulakan program buat duit onlne anda , kerana anda boleh gunakan smartphone di tangan anda tu. Itu pun sudah memadai.

Pernah tak dengar kisah budak kecil yang bernama Ryan ? Anak ini telah menjadi jutawan selawal 6 Tahun . Ryan membuat ulasan permainan kanak-kanak melalui Youtube. Jadi, adakah anda masih ragu-ragu lagi yang anda boleh buat duit secara online melalui saluran YouTube .Walaupaun tidak dapat jutawan seperti Ryan tu, tetapi anda masih boleh mendapat pendapatan tambahan untuk di gunakan pada keluarga anda

Cuma resepi terbaik jika anda nak jana pendapatan melalui You Tube adalah, anda perlu KONSISTEN menghasilkan video-video berkualiti. Ini yang paling mencabar jika anda nak menceburi bidang YouTube nie.. Perlu teruskan buat video yang mempunyai konten yang baik.Tak boleh berputus asa yer.

3 – Cara Buat Duit Online Dengan Blog

Cara buat duit online dengan platform blog juga amat saya minati sebab saya suka menulis. Untuk mula menjana pendapatan melalui blog, anda perlukan beberapa langkah sehingga blog anda mampu memberikan pendapatan secara berterusan / pasif ;-

  • Dapatkan hosting, domain serta bina website untuk blog anda- Jika tak pasti bagaimana, sila cari / upah orang yang pandai bina website.
  • Konsisten menulis artikel / content dalam blog anda – Ini paling mencabar kerana anda perlukan banyak masa serta perlu perah idea, apa yang yang andanak tulis dalam blog ye..
  • Tarik traffic / pelawat ke blog anda supaya lebih banyak traffic – Anda boleh dapatkan bakal pelanggan.
  • Apply program Ad Sense dari Google.Ini adalah program iklan dari Google khas untuk sesebuah website. Anda perasan yang ada banyak iklan-iklan dalam post blog / website kegemaran anda ? Sebenar nya itu yang cara bagaimana anda boleh menjana pendapatan melalui blog . Setiap kali pelawat klik pada iklan yang ada dalam website anda, anda akan dapat komisyen dari pihak Google. Ia akan di bayar terus ke akaun anda untuk 1 tempoh masa.
  • Dengan blog juga, anda boleh join program Affiliate yang , anda akan dapat komisyen setiap kali ada orang membeli sesuatu ilmu dari link anda, anda akan dapat komisyen untuk setiap jualan.
  • Bila blog anda sudah di kenali ramai, atau bilangan pelawat yang banyak setiap hari, anda boleh buka slot untuk para usahawan beriklan di website anda.,Anda boleh kena kan yuran mengkikut saiz serta tempoh iklan mereka muncul di website mereka.

Jadi, ada banyak cara bagaimana anda boleh buat duit online menerusi penulisan di blog. Ramai yang sudah berjaya tau hanya melalui blog mereka sahaja. Income mereka mencecah 5 angka sebulan. Namun , ia bukan lah boleh di nikmati dalam tempoh 1 bulan / 1 tahun, tetapi ambil masa yang lama untuk mencapai tahap tersebut.

 

4 – Cara Buat Duit Online Dengan Penulisan di Media Sosial

Ini bukan lah skim “login FB dapat duit ” ..hehe.

Ini adalah cara buat duit online yang memerlukan skill menulis yang baik di media sosial anda samada di Facebook atau Twitter. Ia sama seperti blog, yang mana anda perlu konsisten menulis content / info / tips serta di selangseli dengan warna-warni kehidupan anda (selfie, berjenaka, komen di post rakan-rakan anda) . Anda juga perlu bina follower media sosial anda sendiri supaya lebih ramai yang berpostensi membuat pembelian dari anda

Ehh.. Tak faham lah.. Bagaimana cara buat duit online dengan media sosial ni ?

OK. Saya guna 2 platform ini untuk menulis dan share content/ tips dari saya iaitu Facebook serta Twitter.

Secara ringkas nya, ini adalah floe bagaimana cara buat duit online :

  1. Tentukan dahulu apa yang anda nak tunjukkan kepada bakal follower anda kelak.Contoh nya, anda ada ilmu dalam bidang hartanah, jadi, anda boleh tulis tips, cara nak beli rumah, postensi hartanah yang baik, share cara nak beli rumah pertama, tips pilih bank untuk buat pinjaman perumahan dan banyak lagi. Dari gaya penulisan anda ini lah, anda akan mudah di ingati oleh follower anda. Jika carca merba semua nak ulas/ nak share macam-macam tips, follower anda pun akan keliru siapa kah anda sebenar nya.
  2. Share segala content anda secara konsisten setiap hari. Tapi tak perlu lah sampai 10 post sehari. Memadai mulakan dengan 3 post sehari dengan content yang baik serta ada manfaat.
  3. Ini akan ambil masa untuk dapatkan follower yang banyak. Sabar.Sabar..Teruskan menulis dan kongsi kan dengan follower anda.
  4. Jadi, bila anda dah konsisten di wall anda, anda boleh lah selitkan iklan hard sell / soft sell tentang produk anda, atau promote eBook/ panduan cara jana pendapatan atau ambil upah buat review produk orang lain. So, ini lah cara bagaimana anda boleh jana pendapatan anda melalui penulisan di media sosial.

Mula mula anda mungkina akan give up bila like serta engagement kurang, tetapi jangan risau teruskan buat tanpa jemu.Ia akan di balas dengan kejayaan yang manis suatu hari nanti.

5 – Cara Buat Duit Online Dengan Instagram

Orang gelarkan siapa yang ramai followr di Instagram sebagai Instafamous.

Namun, tahukah anda yang, mereka instafamous ini bukan hanya popular semata-mata, tetapi buat yang pandai ambil peluang, mereka boleh buat duit melalui paltform Instagram yang percuma ini.

Bagaimana pulak mereka boleh buat duit ?

OK, kebanyakkan yang saya tahu , mereka ini menjana pendapatan mereka melalui review sama ada produk atau servis dari para usahawan online . Makna nya, mereka akan buat review tentang sesuatu produk pada follower mereka, then mereka akan di bayar mengikut berapa slot dan syarat-syarat yang lain. Ada bayaran puluh ringgit, malah ada juga yang cas sehingga ratusan ringgit bergantung kepada produk.

Nampak tak bagaimana cara buat duit online ini mudah ? Kita yang perlu bijak manfaat kan setiap peluang yang ada di depan mata kita.

Ini lah 5 cara buat duit online yang saya sarankan anda untuk buat dalam mencari pendapatan tambahan setiap bulan. Semua nya perlukan usaha yang berterusan untuk mencapai tahap pendapatan yang stabil setiap bulan tanpa perlu susah payah kerja sana sini. Janji kita usaha, semua nya akan di permudahkan.

Apa yang penting, pastikan rezeki yang kita tu halal dan mendapat rahmat dari Allah SWT . Juga jangan abaikan pelajaran dek kerana sibuk mengejar like, atau follower. Cara buat duit online terbaik hadir dari hati yang bersih.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.