Cara Refill Ink Printer HP Lebih Jimat Duit

8 6,109

Ini cara refill ink printer HP yang bantu aku menjimatkan duit dan masa aku. Memang senang sangat nak top up atau refill dakwat dalam ink catridge printer anda. Sebab, jika setiap kali ink printer habis, lepas tu anda nak beli ink baru, anda perlu laburkan lebih RM30-40 untuk 1 cartridge.  Kalau sebulan perlu guna 4-5 kali cartridge , dah berapa nak keluarkan modal kan..Kopak wehh kocek.

Jadi, korang jangan risau, cara yang saya guna pakai ni perlukan modal yang sangat murah, boleh guna sampai bila-bila serta boleh guna pada pelbagai jenis printer yang anda sedang guna. Dalam tutorial saya ni, saya guna kan printer HP okey.

 

CARA REFILL INK PRINTER HP UNTUK LEBIH JIMAT DAN TAHAN LAMA

 

1- Beli pakej refill ink yang mengandungi dakwat hitam atau warna, picagari serta ink holder seperti di bawah.  Boleh cari di Shopee, ramai seller jual set refill ini (contoh set kit seperti di bawah – harga pun tak lah mahal sangat)

set refill ink beli shopee
Picture referring to Set Refill Ink HP Kit from Shopee.

 

2- Keluarkan cartridge ink anda dan pastikan kedudukan lubang ink pada catridge anda. Mungkin kedudukan lubang dakwat berbeza mengikut model serta jenama, tetapi secara asas nya, setiap cartridge mesti ada lubang refill untuk ink. Dalam tutorial saya ini, saya guna ink dari Hp. Ada lubang untuk ink hitam serta warna.

catridge hp 680 lubang ink pada catridgehp

3- Isi ink dalam picagari dalam 4 ~ 5ml sahaja. Kemudian, cucuk ke dalam lubang dakwat seperti di atas. Cuma pastikan, jika ink hitam, mestilah di masukkan dalam lubang untuk dkwat hitam sahaja. Jangan masukkan ink hitam dalam lubang untuk dkwat berwarna.

4-  Tutup kembali bahagian pelekat penutup pada ink cartridge anda dan attachkan semula ke printer anda kembali. Selesai. itu sahaja. Jika anda nak pastikan dkwat tersebut sudah di serap dan berfungsi dengan baik, boleh test print satu dokumen.

Jadi, itu lah cara refill ink printer HP yang saya selalu guna pakai. Namun, ada juga kelemahan menggunakan cara ini iaitu, lebih kerap anda refill / top up ink ke cartridge anda, lebih cepat cartridge anda akan rosak. Tetapi ia ambil masa juga lah nak rosak, cuma saya sarankan anda untuk beli satu lagi cartridge baru untuk standby in case masalah cartridge tengah-tengah malam buat asignment anda.

Benda boleh jimat kan, buat apa nak susah-susah beli yang baru. 🙂

8 Comments
  1. Azini Amiza Binti says

    Encik, saya dah cuba tapi bila print tak keluar ink. Ada tips tak ya encik? Your advice is highly appreciated

    1. MdAzlan says

      Antara sebab ink tak keluar adalah ink nya tak sampai ke bawah.
      Jika cik beli set top up , ada di sediakan penyedut supaya boleh sedut ink tu ke bahagian bawah

      Jika sudah buat penyedut tu, kene lihat catruidge cik,biasa nya kalau catridge lama maybe ada masalah tersumbat di bahagian dalam . Ini terpaksa beli catridge baru .

      Terima kasih 🙂

      1. Sya says

        berapa kali/bekas kita boleh dpt bila topup

        1. MdAzlan says

          lebih kurang sama dengan yang asal.

  2. rinabuabakar says

    salam encik saya, saya dah cuba pakai yang jenis refill tu tapi kan encik dekat printer saya tak boleh detect ink dan printer saya jadi blink, saya pakai printer jenis hp 2135 tu. Adakah bermaksud cartridge saya dh rosak encik?

    1. MdAzlan says

      wasalam. Yes..salah satu sebab mungkin catridge tu dah rosak.
      Sebelum tu boleh restart semula printer.

  3. Jasmine says

    Salam. Saya nak tanya, utk printer hp 2135 ni kalau kita just guna ink hitam shj, tak nak guna tri colour.. Boleh ke?

    1. MdAzlan says

      Boleh tuan. Masuk ke setting , dan pilih “Black” sahaja.

Leave A Reply

Your email address will not be published.