Cara Cari Supplier Produk Terlaris di Shopee
Nak start berniaga di Shopee, tapi masalah terbesar sekali adalah nak jual apa ? Jom saya tunjukkan cara cari supplier untuk produk terlaris di Shopee Malaysia. Ada produk tu sebenar nya harga sangat murah dan memang boleh buat untung lah. Masyukk.. Ini juga antara rahsia bagaimana otai-otai Shopee boleh maintain menjual di Shopee walaupun Shopee sejak kebelakangan ini banyak sangat issue.
Cara ini juga boleh di guna pakai jika anda sekarang adalah penjual di Shopee, tetapi sales semakin slow lagi sendu. Anda boleh mula cari supplier produk yang berkaitan dengan produk yang anda sedang jual sekarang. Jangan lah anda jual aksesori kereta / aksesori telefon, tetapi alih-alih nak jual baju baby pulak. Jauh sangat tu. Cari yang relevan dengan kedai kita yer.
Ini cara senang yang saya gunakan bila plan nak bawa masuk produk baru ke dalam kedai Shopee saya . Cara ni macam biasa je, tetapi boleh beri idea yang direct tanpa kita perlu pening fikir apa benda nak jual lepas ni. Kebanyakkan yang membeli di Shopee lebih tertarik dengan item yang terjual dengan banyak, ada feedback dari customer lain yang banyak serta rating jualan yang baik.
Cara Mudah Lagi Senang Cari Supplier Serta Produk Terlaris di Shopee Malaysia
Langkah 1 – Anda login ke akaun Shopee anda. Boleh login di PC / laptop / smartphone . Selepas login, anda terus cari bahagian “Kategori” dan cari kategori yang berkaitan dengan produk yang anda sedang jual sekarang. Jangan terlalu jauh sangat ketegori yang anda pilih yer, cari yang berkaitan kerana, apabila customer anda masuk ke kedai anda, mereka akan scroll dan dapat lihat produk baharu yang anda upload .
Contoh saya pilih kategori “Home & Living ” .
Langkah 2 – Anda klik pada butang “Top Sales ” dan nikmati lah data yang Shopee keluarkan ini. Lihat lah jualan bulanan untuk setiap item dalam kategori ini, contoh towel Chelsea di bawah ni, kata kan ramai yang beli 1 helai tuala pada harga RM9.14, dengan jualan 10’000 helai sebulan, bermakna seller ini menjana jualan sebanyak RM91’400. Banyakkan sales sebulan ? Ini baru satu item, kalau campur sales dari item-item lain, confirm mereka ni boleh menjana 6 angka sebulan.
Lagi sekali, andaikan tuala ni mereka ambil untung 5% sahaja dari total sales, anggaran untung sebulan jual tuala ni adalah RM4500. Macam mana ?
Saya tidak lah mahu anda cari item yang sama dengan seller ni, dan jual produk yang sama, tetapi anda boleh ambil idea apa produk yang cari pembeli Shopee cari. Selepas itu, anda boleh cari supplier serta produk dari kategori yang sama, tetapi cari design / bentuk / warna / corak yang berlainan.
Langkah 3 – Bila dah dapat idea, ini masa untuk cari supplier / tempat untuk borong produk terlaris di shopee yang kita plan nak bawa masuk. Antara tempat yang anda boleh cari supplier murah untuk produk baru anda adalah di 1688.com . Ramai kawan-kawan seller saya yang rekemen website ini untuk borong barang direct dari kilang di China dengan harga yang lebih murah.
Ini contoh set tuala yang saya dapat dari website borong 1688. 1 set tuala yang cantik ni selepas convert duit RM adalah RM6.30. Di Shopee, ada yang jual pruduk ini pada harga serendah RM8.99. Jadi, di sini anda dah untung RM2.70/unit. Jika anda boleh jual 100 unit sebulan, dah dapat RM269 keuntungan
* Desclaimer – Ini hanya kiraan kasar sahaja tanpa ambil masuk kos-kos lain seperti penghantaran, tukaran wang asing, fees dan sebagainya. Saya hanya nak bagi konsep yang anda boleh guna pakai dalam mencari produk anda.
Ok, kalau anda kata anda macam rasa tak best cara saya ni, no worries. Saya ada lagi satu cara yang lebih bebaloi , cepat dan lagi berkesan kerana ia di kongsikan oleh otai Shopee sendiri. Panduan ini sangat lengkap dan mudah untuk anda ukuti. Hanya perlu follow step yang di kongsika oleh otai tersebut. Saya rekemen anda untuk dapatkan panduan ini sekarang kerana pihak penulis ada memberikan 3 bonus extra untuk anda :
- Bonus #1 : 100 Produk Laku Keras + Supplier
- Bonus #2 : Rahsia Jadi Founder Produk Laris Dengan Pantas
- Bonus #3 : Senarai Sulit – 200 Kedai Terlaris di Shopee
Bagaimana nak claim bonus panduan ni ? Dapatkan full info dan offer bonus dengan tekan gambar bawah ni sekarang ! Jangan risau, harga mampu milik dan boleh buat keuntungan berkali-kali. Insyallah, berbaloi.