7 Aplikasi Travel Yang Wajib Ada Dalam Phone

0 127

Saya sangat saran kan anda untuk install 7 aplikasi travel ini dalam smartphone anda sebelum anda terbang ke luar negara untuk melancong , business trip atau backpaker. Ini bagi memudahkan urusan anda serta mengelakan kekalutan semasa tiba di tempat yang anda tuju kelak lagi-lagi jika anda solo traveler. Jika ada kawan-kawan yang sudah biasa travel keluar negara memang tiada masalah,  just follow sahaja mereka, tetapi jika anda pertama kali nak travel ke luar negera & seorang diri pula, memang blur-blur punya. Confirm sebab saya dah rasa pengalaman tu..hahaha.

Jadi, di sini saya share kan pengalaman saya yang pernah travel ke luar negara berseorangan tanpa ada teman / ejen yang tunggu di airport (macam dalam drama pukul 7 atau dalam filem) . Semua perlu di buat sendiri. Seminggu jugak lah duk study pasal cara travel, apa yang perlu di buat, apa procedure semasa penerbangan antarabangsa, cara tukar ke mata wang asing dan sebagai nya. Jadi, jika anda pertama kali nak travel ke luar negara & sedang mencari info-info berkaitan dengan nya, anda di blog yang tepat kerana saya akan share sebanyak mungkin bagaimana saya travel ke luar negara bersendirian dari masa ke semasa. Stay tuned okay 🙂

 

Untuk post kali ini, saya akan kongsi kan info berkenaan denganapa aplikasi travel yang wajib anda install dalam smartphone anda sebelum anda mula kan perjalanan anda.  Jangan risau, aplikasi tersebut adalah percuma dan boleh di guna kan worldwide selagi smartphone anda ada sambungan internet (mobile data/ WIFI).

 

7 Aplikasi Travel Yang Wajib Ada Dalam Smartphone Anda Untuk Travel Oversea

 

  1.  Google Translate
    • Kenapa Google Translate ini dalam kategori wajib dalam aplikasi travel cadangan saya ? Sebab tak semua orang di luar negara  faham akan bahasa kita mahu pun bahasa inggeris , jadi kita perlu guna kan aplikasi Google Translate sebagai back up jika orang tersebut betul-betul tak faham dengan apa yang kita nak sampai kan. Serius, memang ada sebahagian orang ada yang tak faham & betutur dalam bahasa inggeris di luar sana, kalau mereka faham pun, tetapi ada juga yang mereka tak boleh nak bercakap semula dalam English. Jadi, untuk memudahkan kedua-dua pihak, guna sahaja aplikasi ini.
    • Ada 3 cara untuk anda terjemahkan bahasa asing iaitu :
      • Penulisan : Anda boleh tulis sahaja dalam ruangan bahasa pilihan anda (contoh nya bahasa melayu atau Inggeris) , dan aplikasi Google Translate ini akan convert ayat anda ke bahasa pilihan anda.
      • Kamera : Guna kan fungsi “Camera” di aplikasi tersebut untuk terus terjemahkan apa yang di tulis dalam bahasa asing ke bahasa pilihan yang anda fahami. Contoh anda ke restoran untuk makan, jadi anda hanya perlu buka aplikasi ini dan klik pada ikon “Camera”. Hala kan kemera anda pada ayat / perkataan yang anda nak terjemahan nya, dah siap. Sangat mudah.
      • Suara : Cara ini anda boleh gunakan dalam situasi anda perlu kan jawapan dengan lebib cepat atau anda di dalam teksi yang mana pemandu tak boleh mengguna kan smartphone ketika memandu. Anda hanya perlu tekan butang ” Microphone” di aplikasi ini, cakap apa yang anda perlu kan/ soalan anda dan aplikasi ini anda sampaikan/bercakap terus ke pihak ke-tiga tersebut.
    • Memang mudah ada aplikasi travel seperti Google Translate ini. Setakat sekarang, info terjemahan nya agak tepat dan mudah di fahami. Jadi, anda tak perlu lagi buat bahasa isyarat / isyarat badan dengan pihak ke-tiga di sana. Stress nanti, sorang cakap A, lagi sorang faham B .. Last-last, semua tak settle & blur blur .

 

 

 

2. Air Asia Apps

  • Kebanyakan orang Malaysia akan guna Air Asia sebagai penerbangan pilihan utama untuk travel di dalam negeri ataupun travel ke luar negara. Jadi, untuk anda yang sering menggunakan perkhidmatan Air Asia, anda wajib ada aplikasi travel ini yer kerana di dalam apps ini mempunyai maklumat berkaitan setails penerbangan, status flight check in, review e-boarding pass, info pintu berlepas/departure gate dan sebagai nya.
  • Aplikasi Air Asia ini di gelar sebagai Super Apps, kerana dalam aplikasi ini ada pelbagai lagi fungsi-fungsi lain seperti :
    • Ride ( e-hailing di bawah Air Asia group – Nak kena mana-mana boleh gunakan perkhidmatan Air Asia ride ini. Tambang yang di kena kan agak rendah berbanding e-hailing yang lain)
    • Lakukan tempahan flight & hotel : Anda boleh terus buat tempahan tiket untuk flight & hotel melalui aplikasi ini. Biasa nya ada banyak promosi / kupon dari masa ke semasa
    • Listen : Berfungsi sebagai online radio – anda boleh dengar lagu dari online radio ini sambil menunggu flight anda. Ia nay percuma ya.
    • dan pelbagai lagi fungsi-fungsi menarik khas untuk pelanggan Air Asia.
  • Kenapa saya nak anda install aplikasi ini ? Kerana, semua info berkaitan penerbangan anda ada di dalam apps ini.
    • Online check in – Anda boleh terus buat online checking melalui apps ini sahaja tanpa perlu ke kaunter check-in. Sangat mudah dan boleh di laku kan pada bila-bila masa serta menjimatkan masa. Anda tak perlu beratur di kaunter Air Asia di lapangan terbang lagi untuk check ini. Anda boleh terus ke baggage drop off counter untuk check in luggage anda.
    • E-Boarding Pass – Jika anda tak sempat nak print boarding pass anda, jangan risau kerana anda boleh guna kan e-borading pass semasa pemeriksaan di pintu masuk nanti. Tak perlu risau lagi. Jika anda pengguna Apple Iphone, e-boarding pass anda boleh di attach kan di dalam Apple Wallet apps anda.
    • Live notification – Apps ini akan menghantar notifikasi ke smartphone anda bila pintu berlepas akan di buka atau jika ada perubahan pada jadual penerbangan. Tak perlu lah anda nak sentiasa check flight info di kaunter check in.

 

aplikasi travel air asia apps malaysia 2023
Download Air Asia Apps di sini

 

 

3. MYairports

  • Ini adalah aplikasi yang di bangun kan oleh Malaysia Airport Holdings Berhad yang akan memberikan info-info berkaitan penerbangan yang berlepas & tiba di Kuala Lumpur International Airport (KILA Terminal 1 & KLIA Terminal 2) . Namun, aplikasi travel ini hanya akan memaparkan flight info untuk penerbangan melalui KLIA1 & KLIA2 sahaja. Untuk info-info di lapangan terbang lain, anda boleh rujuk melalui Air Asia apps (jika ada menggunakan Air Asia) atau check di lapangan tersebut.
  • Aplikasi travel ini sangat berguna untuk anda yang ada penerbangan di KLIA 1 & KLIA 2. Sama seperti Air Asia apps, aplikasi ini akan membantu anda memberi notifikasi terus ke smartphone anda seperti perubahan jadual penerbangan atau bila pintu berlepas mula di buka untuk process check in.
  • Dalam aplikasi ini juga terdapat info / perkhidmatan seperti :
    • Transport – Info berkaitan pengangkutan di KLIA 1 & KLIA 2. Untuk pengetahuan anda, ada penerbangan yang memerlukan anda untuk menukar terminal berlepas samada dari KLIA 1 ke KLIA 2 atau sebalik nya. Di sini, pihak MAHB ada menyediakan bas shuttle percuma untuk mereka yang perlu tukar terminal penerbangan mereka. Jika anda tak nak naik bas, anda boleh juga menaiki keretapi KLIA Express (ada tiket di kenakan)
    • Dining – Info-info berkaitan restoran yang anda di KLIA 1 & KLIA 2.
    • dan banyak lagi fungdi-fungsi apps ini.

4. Uber

  • Untuk memudahkan anda ke mana-mana destinasi yang anda nak tuju, aplikasi travel Uber ini akan sangat membantu. Dulu di Malaysia ada Uber, namun sekarang hanya tinggal Grab dan beberapa perkhidmatan e-hailing yang lain.Fungsi sama seperti Grab di Malaysia. Anda boleh tempah kenderaan untuk menuju ke distinasi pilihan anda, atau tempah penghantaran makanan terus ke bilik penginapan anda.
  • Sesetengah review mengatakan rate teski lebih berbaloi, cuma bagi pendapat saya, Uber lebih mudah di akses dan lebih mudah di dapati tanpa perlu tunggu teksi di tepi jalan. Kita boleh lakukan pembayaran terus melalui kad kredit / debit kita.
  • Di luar negara, jangan terkejut yang kereta Uber mereka ada yang menggunakan Tesla yer. Bukan kaleng-kaleng bro..Jadi, jika anda nak pengalaman menaiki kereta-kereta berjenama dan yang jika di Malaysia , kereta-kereta yang Uber gunakan tersebut di katergori kan sebagai kenderaan golongan M40/T20, anda boleh merasai pengalaman menaiki kenderaan tersebut melalui Uber apabila di luar negara.
  • Cara pembayaran untuk Uber adalah menggunakan cash atau kad kredit. Lebih mudah anda link kan kad kredit anda dengan akaun Uber anda, dan setiap kali anda menggunakan Uber, tambang anda akan terus di bayar menggunakan kad kredit anda tadi.
uber taiwan travel 2023
In progress booking Uber untuk balik ke hotel

 

 

5. Muslim Pro

  • Bagi anda yang beragama islam, aplikasi travel, Muslim Pro ini adalah sangat di perlukan terutama anda yang travel keluar negara. Anda boleh dapat info berkaitan waktu solat kerana aplikasi ini mepunyai akses ke seluruh pelusuk dunia. Jadi, mudah lah anda untuk dapatkan info berkaitan solat walaupun anda berapa di negara yang bukan majoriti islam.
  • Selain itu, aplikasi ini juga menyediakan fungsi mencari kiblat bagi memudah mencari arah kiblat walau di mana jua anda berada serta memberikan notifikasi terus ke smartphone anda apabila sudah masuk nya waktu solat di kawasan yang anda lawati.

 

 

6. Curreny Exhange

  • Aplikasi  travel seterus nya yang wajib ada dalam smartphone anda adalah currency exhange. Selain perlu standby kad kredit, anda juga perlu sedia kan cash dalam matawang negara yang anda lawati. Ini kerana, tak 100% kedai atau perkhidmatan yang menerima pembayaran melalui kad kredit/ kad debit. Ada kedai-kedai biasa yang hanya prefer cash sahaja untuk urusan jual beli.
  • Anda boleh buat tukaran ke matawang asing sama ada di Malaysia atau apabila tiba di negara tersebut. Namun anda perlu semak dulu kadar tukaran wang asing melalui apps currecy exhange kerana nilai tukaran mata wang adalah tidak tetap untuk setiap hari. Ada hari nilai tukaran tinggi, ada hari yang tukaran nya rendah.
  • Kebiasaan, di setiap lapangan terbang utama di setiap negara ada menyediakan perkhidmatan tukaran mata wang asing. Cuma anda perlu semak dahulu kadar belian & jualan untuk mata wang yang anda nak tukar. Ada syarikat / bank yang mengenakan jualan nilai wang pada rate yang tinggi, ada yang lebih rendah.

 

aplikasi travel untuk tukar duit currency
Xe currency apps – Untuk tahu kadar tukaran wang asing semasa

 

 

7. Airline Apps

  • Ini aplikasi travel pilihan yang anda boleh install, terpulang kepada anda. Bagi saya, lebih mudah ada aplikasi yang khas dari syarikat penerbangan semasa di luar negara. Ini kerana, syarikat penerbangan tersebut akan menghantar info/maklumat berkaitan jadual/ sebarang perubahan pada penerbangan anda nanti.
  • Sebagai contoh, saya terbang ke Taiwan menggunakan China Airline. Jadi, aplikasi China Airline tersebut akan menghantar reminder yang penerbangan akan datang.

 

 

Ini lah 7 aplikasi travel yang saya guna kan sepanjang saya travel secara solo di luar negara. Anda ada aplikasi travel yang sering anda gunakan apabila travel ke luar negara ? Jom kongsikan di ruangan komen di bawah.

 

Jangan terlalu risau ok, kerana di setiap lapangan terbang akan ada pihak yang akan membantu anda. Anda perlu cari kaunter pertanyaan , dan minta staff tersebut untuk ajar serta tunjukkan cara untuk anda check in, luggage drop off, di mana kaunter imigresen , bagaimana hendak ke pintu berlepas dan sebagai nya.

Bak kata orang-orang tua kita, malu bertanya ,sesat jalan. Antara petua lain, anda follow je signboard yang ada di lapangan terbang tersebut. Kebiasaan nya, sistem di lapangan tebang amat sistematik.

Secara rumusan nya, untuk terbang ke luar negara, ada follow flow ini :

Check in flight di kaunter syarikat penerbangan > Drop kan luggage (jika ada) > kastam/ security check > pemeriksaan passport > terus ke gate berlepas anda > naik pesawat dan selamat tiba ke destinasi.

 

Tak susah.. Jangan fikirkan sangat. Tenang is good. Nanti saya update post berkaitan cara untuk travel ke luar negara. Sila share info aplikasi travel ini kepada kawan-kawan anda yang ada plan nak travel yer. Harap dapat membantu mereka.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.