fbpx

Wave Apps Software Akaun Perniagaan Percuma

33 504

Jika anda mempunyai perniagaan kecil dan sedang berusaha gigih untuk membangunkan perniagaan anda, anda masih tidak dapat lari dari mempunyai rekod / data aliran wang masuk dan keluar yang tepat dan sistematik. Ini memerlukan anda untuk menguasai ilmu berkaitan accounting. Tapi bagaimana anda tiada sedikit pun kefahaman mengenai accounting? Anda pening nak buat accounting files anda dalam Excel?  Nak upah accountant luar, pasti  upah nya tinggi dan anda tak mampu lagi?

Jangan bimbang lagi. Kini anda boleh mempunyai Software Accounting untuk syarikat anda sendiri secara percuma. Ya.. 100% Percuma tanpa apa-apa bayaran atau cas tersembunyi.

Wave Apps Software Akaun Perniagaan Percuma untuk perniagaan kecil

 

Wave Apps Software Akaun Perniagaan Percuma Untuk Perniagaan Kecil

Hanya dengan langkah-langkah yang mudah dan cepat, kini anda sudah memiliki sebuah sofware accounting yang bagi kami yang tiada apa-apa basic mengenai akaun ini, software ini sangat membantu dan memudahkan saya untuk mengemaskini setiap sen yang keluar masuk ke dalam akaun semasa saya. Sepanjang pengunaan Wave Apps Software Akaun Perniagaan Percuma, boleh saya kata kan hampir tiada masalah untuk memahami dan update setiap transaksi keluar dan masuk syarikat saya. Jadi, saya amat recommend kan untuk anda yang masih tercari-cari software accounting tu.

Apa yang best dengan Wave Apps Software Akaun Perniagaan Percuma ini adalah :-

  1. PENDAFTARAN MUDAH – Hanya perlu kan nama,email dan beberapa maklumat anda, kini anda sudah pun mempunyai kemudahan software akaun perniagaan percuma anda. Semudah 1,2,3 🙂
  2. LENGKAP –  Walaupun ia percuma,namun software ini memberikan anda pengalaman seperti software yang mahal di luar sana. Jika anda tidak mempunyai asas pengetahuan mengenai akaun,tak perlu risau. Anda akan dapat memahami bagaimana software ini berfungsi dengan cepat. Jika anda lihat di bahagian ‘Dashboard’ Waveapps ini, anda tentu akan faham dengan setiap graf dan terma nya. Ia memudahkan anda dengan menganalisa rekod transaksi anda dan memberi rumusan dengan pada paparan graf. Jadi , anda lebih jelas tentang kesihatan wang syarikat anda.

dashboard waveapps

3. LINK KE AKAUN BANK – Untuk memudahkan anda, pihak Waveapps menawarkan anda untuk menghubungkan software ini terus dengan akaun bank anda.Anda boleh connect dengan bank-bank tempatan seperti Maybank, CIMB, RHB, dan lain-lain lagi. Jangan risau berkenaan sekuriti akaun bank dan wang di dalam bank anda kerana software ini hanya akan memaparkan transaksi keluar masuk wang di dalam akaun anda sahaja. Anda tidak boleh untuk melakukan apa-apa transaksi seperti pemindahan wang,pembayaran bil, pembayaran invois atau apa pun jenis transaksi bank. Waveapps hanya di benarkan untuk memaparkan transaksi sahaja bukan untuk melakukan transaksi.Sila faham betul-betul . Sepanjang penggunaan saya selama lebih 1 tahun ini, alhamdulillah, tiada 1 sen pun yang di ragui keluar dari akaun bank saya.

connect

 

4. KATEGORI TRANSAKSI – Dengan Wave Apps Software Akaun Perniagaan Percuma ini, anda boleh mengkategorikan setiap transaksi anda kepada beberapa kategori yang akan memudahkan anda untuk mengetahui ke mana arah aliran wang anda sama ada lebih kepada perbelanjaan peribadi, atau sewa kedai yang tinggi atau bil utiliti yang terlalu tinggi.Ini memudahkan anda untuk memeriksa tahap kesihatan syarikat anda.

add-cat

 

5. SIMPAN RESIT – Resit sangat penting dalam accounting yang akan di jadikan sebagai bukti transaksi syarikat anda. Tapi masalah kita adalah, mungkin kita simpan resit,tetapi bila tiba waktu untuk audit, resit tersebut hilang ataupun tulisan nya yang dah pudar / hilang. Jadi, dengan Waveapps ,anda boleh terus scan atau ambil gambar resit dan terus upload ke software ini untuk rekod rujukan anda di masa akan datang. Resit fizikal juga anda perlu simpan seperti biasa yer. Bagi saya, saya lebih suka untuk simpan rekod resit ke dalam Waveapps ini. Tak perlu pening bila tiba waktu audit nanti.

4-verify

Anda boleh muat naik resit anda melalui PC ataupun Smartphones melalui Apps “Receipts by Wave” – Dapatkan apps ini di Google Play Store atau Apps Store anda.

 

6. INVOIS – Dengan Waveapps juga, anda boleh menghasilkan invois kepada pelanggan dengan lebih profesional dan sistematik.Ini akan menambahkan keyakinan pelanggan kepada perniagaan anda. Invois ini juga anda di link dengan dashboard anda.Jika pelanggan telah membayar amaun seperti di dalam invois anda, Waveapps akan merekod kan pembayaran menerusi transaksi di akaun bank anda.

7. GAJI – Jika anda bos dan ada beberapa staff di bawah anda, fungsi “Payroll” di Waveapps ini akan membantu anda semasa pembayaran gaji staff anda. Ia akan merekod kan dan terus di masukkan ke dashboard anda sebagai “Payroll” dan anda boleh semak jumlah pembayaran gaji mengikut bulanan.

Jadi, Wave Apps Software Akaun Perniagaan Percuma ini adalah software yang bukan hanya percuma, tetapi lebih lengkap untuk pernigaan kecil yang memerlukan satu software accounting yang terbaik dan mudah di fahami. Tiada yuran bulanan mahupun tahunan di kenakan kepada anda. 100% PERCUMA.

Daftar akaun Waveapps anda di sekarang !!

33 Comments
  1. Arieon says

    Maklumat yang betul-betul berguna. Kebetulan pasangan saya sedang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan sebagai langkah pertama. Sudah masuk 3 bulan berniaga secara kecilan tetapi belum ada rekod kewangan yang sempurna.

    Baru 3 bulan pun dah rasa payah untuk merekod aliran keluar masuk wang. Kalau dah ada perisian percuma ini memang sangat membantu saya dan pasangan saya.

    1. MdAzlan says

      Alhamdulillah tuan. Saya sekarang dah lebih 5 bulan menggunakan Aps ini dan ia banyak membantu memudahkan rekod transaksi saya.. Free saje..hehe..Selamat beramal tuan..Semoga perniagaan kalian di berkati oleh Allah.

  2. cik tom says

    macam menarik je bro review apps ni..percuma pulak tue..ciktom nak daftar jugak la akaun wave ni..mana tau in future berguna..thanks ye!

    1. MdAzlan says

      Yup..Free, itu yang bagus untuk mereka yg sedang nak mula berniaga.. lebih sistematik kan.. 🙂

  3. Mus says

    Terbaiklah apps ni.. boleh recomemend dengan kawan2 nanti.. thanks for sharing..

    1. MdAzlan says

      sama2 tuan..saya guna alhamdulillah..sng nak tgk mana kebocoran ..cuma kene rajin bukak dan update software nie..

  4. raihanah says

    menariknya apps ni, isnyaAllah nak cuba nanti. thanks for info ya

    1. MdAzlan says

      Sama-sama .. 🙂 .Semoga sukses hendak nya

  5. titan says

    jujurnya, whassap memang sangat membantu untuk buat duit sekarang nih.

    1. MdAzlan says

      Setuju bro..Whatsapp pun free jer.huhu..berbanding dulu kene close sales guna SMS.. sebulan mau berpuluh2 jer modal utk SMS.hehe..

  6. man says

    macam mane nak download software ni tuan?? mohon pencerahan sikit

    1. MdAzlan says

      Ini software online.Tak perlu download. Hanya perlu log in untuk akses software ini.
      Link ke software: https://www.waveapps.com/

      Daftar lah tuan. Percuma dan sangat mesra pengguna. Ini utk software yang sesuai pada perniagaan kecil.Jika dah expend besar , bg saya tak sesuai lagi.Sebab ini hanya lah basic.

  7. Olie says

    Macam mantap je app ni..pening tak kalau mula2 nak guna tu tuan?

    1. MdAzlan says

      Mudah saje tuan. :-). Hanya klik2,dan Waveapss akan analyze data tuan dan transform ke graf / carta. Bagi saya,ini sangat basic .Cuma kita perlu rajin update. Dan jika tuan perlukan audit tahunan, ini sangat memudahkan tuan utk menjimatkan masa audit nnt sbb rekod sudah ada sepanjang tahun.

  8. akubiomed says

    Boleh nak guna sebab ia PERCUMA. Memang terbaiklah. 🙂

  9. Hba says

    Tp payroll kt malaysia blm boleh guna kan?lg 1 sy guna akaun rhb reflex…mcm xleh link…sbb tgh try apps ni…

  10. razliana says

    tak bahaya ke letak username n password bank akaun ke dalam application ni

    1. MdAzlan says

      Sehingga masa komen ini di tulis, alhamdulillah..tiada masalah duit hilang.. Ia hanya sekali masuk untuk autorized pihak Waveapps untuk kemas kini akaun di Waveapps , bukan akaun bank anda.

  11. mie says

    selamat ke nak link ke acc bank nie admin…takut plak rase huhu…

    1. MdAzlan says

      Setakat ini selamat kerana ia hanya authorize Waveapps utk dapatkan info terbaharu dari pihak bank.
      Pihak Waveapps tidak boleh memindah, mengeluarkan atau usik walaupun 1 sen dari duit dalam akaun bank anda.

  12. Yong says

    Hi, disini saya ingin kongsikan juga salah satu software accounting yang terbaik di Malaysia untuk semua jenis perniagaan, iaitu Reach Accountant Software, which base using Cloud System .
    Ketahui software ini dengan lebih details http://blog.reachaccountant.my/2016/10/11/cloud-erp-pos-accounting-sistem-di-malaysia/

    Dan anda boleh layari website Reach Accountant and live chat bersama mereka at http://www.reachaccountant.my/ .

    or directly call them at 0183888393 (Yong Atira) / +60327145010

    1. MdAzlan says

      Terima kasih encik atas perkongsian 🙂
      Mana yang berminat,boleh contact PIC di atas yer,.

  13. FAZILATON Khamis says

    Saya masih baru dalam bidang ini, kalau buat dropship sahaja, adakah sistem ini sesuai untuk perniagaan saya?

  14. MOHD ADI HAFIZ says

    Memang terbaik untuk bisnes kecil waveapps… Sy sendiri guna dr 2012, byk perubahan yg dibuat oleh waveapps… Dan dah 3 tahun juga sy buat training intensive guna software ni…

    http::/mudahaccounting.com

  15. Azhar says

    Saya dah cuba pakai. Tapi macamana nak masukkan Salary Payment?

  16. noorazli norzidlan says

    asalamulaikum bos macam mana sya nak masuk system ni

    1. MdAzlan says

      Boleh daftar secara PERCUMA

  17. Nazrul says

    Jika mengunakan apps nie.. Akaun perniagaan tidak akan terdedah ka pada mana² pihak yang tidak sepatutnya..

    1. MdAzlan says

      TIada. Software ini hanya akan sync dengan akaun bank terpilih sahaja.
      Serta ia tiada kuasa untuk ubah / transfer / ambil duit dari bank.. Ia hanya boleh view/paparkan aliran keluar masuk ..

  18. Razanah binti Jayus says

    assalamualaikum, nak tanya bagaimana nak daftar

    1. MdAzlan says

      Waalailumsalam

      Ikut langkah2 sign up di website terserbut. Pendaftaran PERCUMA

      TERIMA KASIH

  19. nurhairulliza says

    Admin data2 trs direct link dengan Internet ye. ? tak perlu save software dlm PC Masing2?

    1. MdAzlan says

      Yes, Betul

Leave A Reply

Your email address will not be published.