Ustaz Ajar Doa Bebas Hutang
Ustaz ini ajar doa bebas hutang yang sangat ringkas ini tetapi amat besar kesan nya sehingga di beritahu bahawa, jika kita amalkan doa bebas hutang ini , insyallah, hutang kita akan selesai walaupun kita ibarat hutang kita tersebut sebesar Bukit Uhud . Siapa yang tidak impikan untuk bebas dari segala hutang betul ?
DOA BEBAS HUTANG YANG IBARAT SEBESAR BUKIT UHUD
Simple sahaja kan doa bebas hutang ni ? Amalkan setiap kali anda selesai solat dengan bersungguh-sungguh. Insyallah, berkat dengan doa serta usaha serta perancangan anda, semua hutang anda akan selesai dengan lancar . Percaya lah, perancangan Allah adalah terbaik.
Namun, kita di galakkan untuk berusaha untuk membayar hutang kerana, membayar hutang itu wajib, Jangan tangguh kan hutang, kerana jika ajal sudah sampai, tetapi anda meninggal dalam keadaan berhutang, ia adalah memberi kesan kepada kita di alam barzakh nanti.
Di kesempatan ini, saya nak kongsikan satu cara untuk langsaikan hutang-hutang anda yang bertingkat-tingkat tu , tetapi ini mengambil masa dan memerlukan kesabaran serta nafsu anda. Cara tersebut adalah “snow ball method” . Mungkin anda biasa dengar cara ini bila anda mencari info-info berkaitan dengan cara langsaikan hutang-hutang anda..
- Bayar hutang yang terkecil dahulu. Langsaikan habis hutang-hutang kecil. Dalam waktu yang sama, hutang yang lain di bayar seperti biasa.
- Bajet hutang kecil yang sudah langsai tadi, anda top up kepada bayaran bulanan hutang terkecil yang ke-2 . Terus kan bayaran bulanan sehinggan hutang ke-2 habis.
- Ulang proses dari point #1 dan 2 , untuk hutang-hutang lain yang seterus nya sehingga anda berjaya langsaikan semua hutang anda.
P/S – Cuma dengan proses snowball effect ini, ia akan mengambil masa lebih lama/ perlahan, tetapi cara ini amat berkesan.
Harus di ingatkan , dalam proses anda melangsaikan segala hutang-hutang anda, pastikan anda tidak tambah hutang anda dengan membeli barang lain yang bukan keperluan. Sila STOP serta merta dari menambah hutang baru anda. Dalam masa, sila amalkan doa bebas hutang yang di ringkas tadi.