Tukar Alamat Mengundi Secara Online Jer

0 214

Nak masuk musim PRU / PRN dah ni. Jom tukar alamat mengundi secara online, memang mudah geng lagi-lagi buat anda yang tak sempat nak perlu ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia atau pejabat Pos Malaysia berdekatan anda. Sebab apa perlu tukar alamat mengundi ? Ini bagi memudahkan anda untuk membuang undi di kawasan kediaman anda sekarang, bukan alamat asal yang jauh dari kediaman anda. Ingat tak masa PRU ke-15 yang jalan jem sebab ramai balik ke kampung untuk mengundi. Lagi-lagi jika kampung anda tersebut jauh dari kediaman semasa anda, jadi anda perlu keluarkan modal yang besar untuk perjalan pergi dan balik .

Bayang kan anda tinggal di Johor, tetapi perlu balik ke Kelantan / Terengganu untuk pangkah calon ahli parlimen / ADUN anda. Ingat yang satu undi anda tu sangat berharga , tetapi jika ada pilihan yang lebih baik, lebih baik undi di kawasan yang anda duduki kan. Jika anda apa-apa permintaan yang anda nak, boleh terus ajukan masalah anda pada wakil rakyat anda

Jadi, bagaimana cara nya untuk tukar alamat mengundi ? Jom saya tunjukkan.

 

Cara Tukar Alamat Mengundi Secara Online 

 

cara tukar alamat mengundi secara online

Sumber info : website SPR Malaysia

 

Anda boleh follow step-step di atas untuk menukar tempat mengundi mengikut alamat di kad pengenalan anda. Tapi, sebelum anda boleh memohon untuk menukar tempat mengundi, anda perlu update dahulu alamat di kad pengenalan anda kerana pihak SPR akan merujuk kepada alamat yang tertera di kad pengenalan anda. Bagaimana nak tukar alamat kad pengenalan anda ? Rujuk post ini : – Cara Tukar Alamat Kad Pengenalan MyKad 

 

Ada lagi satu cara untuk tukar tempat mengundi yang lebih cepat, tetapi anda perlu hadir sendiri ke pejabat Pos Malaysia yang berhampiran dengan anda. Anda hanya perlu bawa kad pengenalan asal untuk pengesahan. Cuma jika anda jenis sibuk bekerja serta pejabat Pos Malaysia agak jauh dari tempat bekerja, cara tukar tempat mengundi secara online lebih baik untuk anda.

Jadi, selepas anda sudah menukar tempat mengundi anda kelak, anda tidak perlu lagi lah bersesak untuk pulang ke kampung hanya untuk membuang undi anda.

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.