Tips Pelajar Cemerlang Simple Tapi Berkesan
Tips Pelajar Cemerlang. Semua oarang yang bergelar pelajar mendambakan tittle “Pelajar Cemerlang”. Tak kira lah korang tu pelajar sekolah rendah, sekolah menengah mahupun pelajar universiti , cemerlang itu pasti ada dalam kotak minda korang.. Lagi lah cemerlang itu adalah harapan ibu bapa korang jugak kan..
Saya tak lah cemerlang dalam pelajaran saya, tapi saya nak kongsikan tips pelajar cemerlang yang saya dapat lihat dari seorang sahabat saya semasa belajar di UTM Kuala Lumpur dulu. Die sangat cemerlang dalam bidang akademik.. Ambil kos Kejuruteraan Mekanikal pulak tu.. korang tau-tau lah jika orang yang amik kos mekanikal nie memang power kan.. Susah subjek nya..
Tapi saya dan kawan-kawan pelik, setiap kali peperiksaan , sure pointer nya 3.7~3.9 setiap semester. Gila power beb.. Asyik die yang dapat dekan setiap sem.. Tengok lifestyle nya takda lah “skema” sangat..petang-petang turun jugak main bola jugak, time makan dia makan .. hujung minggu pegi lepak kat area KLCC atau jika duit PTPTN dah agak kering , dia akan stay di bilik dan main game “General” atau “Red Alert” ..Itu lah lebih kurang cara hidup die di kampus.. Ada kawan kiteorang yang study siang malam, tapi kurang cemerlang berbanding sahabat kitaorg tu..
Tips Pelajar Cemerlang Simple Tapi Berkesan
Ada satu hari tu, saya sempat berjumpa dengan dia di cafe dan tetiba tergerak mulut untuk tanya:
” Bro, apa rahsia ko boleh dapat dekan setiap sem ek? Tengok ko lebih kurang dengan kiteorang jer.. hehe ”
Jawapan die : Jaga sunguh-sunguh 2 perkara nie.. JANGAN TINGGALKAN SOLAT & RESTU IBU BAPA.
” Macam mana boleh jadi macam tu bro? Simple jer nak buat nie ”
Jawapan die : Lan, dengar sini. Memang nampak simple dan mudah jer 2 perkara tu..tetapi, masalah nya, ramai yang tak buat..Terutama sekali bab solat tu.. Dengan umur kita yang remaja dan bergetah ni, berapa kali ko lengkapkan solat 5 waktu tu ? #deepjiwa
Dengan solat tu lah sebenar nya kita mohon pertolongan dari Allah SWT. Ia juga akan menyedarkan kita bahawa setiap ilmu yang kita dapat dan ilham/ingatan kepada ilmu tu datang nya dari Allah SWT. Allah yang bantu & izinkan otak aku ingat semula apa yang aku belajar dulu aku.. Dengan itu, aku mudah nak jawab setiap soalan dalam kertas tu..
Bagaimana Allah nak tolong jika kita angkuh tidak menyembah nya sedangkan semua ilmu ini adalah dari-Nya ?
” Yang bab restu tu macam mana pulak bro ? ”
Jawapan die: Ok .Macam nie.. ko pernah belajar dulu kan..masa mata pelajaran Pendidikan Islam.. Doa siapa kan yang paling ampuh dan akan di makbulkan dengan segera ??
” Ibu kita lah ”
Jawapan die: Pandai. Jadi, kenapa kita sia-sia kan tawaran yang Allah sediakan di depan mata kita. Allah dah bagi jalan untuk kita senang dengan doa dari seorang ibu. Jaga hati mak ayah kita, buat dia gembira, layan sebaik mungkin. mintak mereka doakan kita setiap hari, Insya Allah, segala urusan & kehendak kita akan jadi lancar lagi mudah.
Aku takda lah tips pelajar cemerlang yang hebat. Kalo ko nak tips lain tu, ko google jer lah..hehe.. So far, 2 perkara ni jika ko istiqamah jaga nya, Insya Allah, ko akan berjaya dan selamat dunia akhirat. Hidup kita ni bukan untuk dunia saje, tapi kena selalu fikir, di mana kedudukan kita di akhirat nanti sama ada selama-lama nya di dalam nikamt kesenangan Syurga atau di seksa setiap masa di dalam Neraka.
” Ok bro..terima kasih atas tips nie.. tak terfikir aku sampai macam nie..terima kasih 🙂 ”
Kepada semua yang bergelar pelajar tak kira berapa umur anda atau tahap pendidikan anda, jaga lah 2 perkara ini (solat & restu) supaya anda kekal cemerlang setiap masa dalam pelajaran , pekerjaan dan akhirat anda.