Tips & Cara Nak Beli Barang Di Shopee Malaysia
Bagaimana cara nak beli barang di Shopee ? Jika anda adalah first time download Shopee apps dan niat nak beli sesuatu di Shopee, ini adalah artikel yang akan membantu anda sampai anda boleh dapat barang yang anda order tadi. Ada tips dan trick sebenar nya bile nak beli barang di Shopee. Jika salah cara nya, anda mungkin akan dapat harga yang mahal atau tidak berkualiti.
CARA NAK BELI BARANG DI SHOPEE UNTUK JIMAT DAN LEBIH MURAH.

Cara ini sama sahaja untuk pembelian melalui laptop atau smartphone. Jadi, untuk artikel ini, saya akan banyak gunakan paparan dari smartphone kerana ia lebih mudah dan boleh terus membeli item kegemaran anda di mana-mana & bila-bila masa sahaja.
Jom, saya kongsikan basic flow cara nak beli barang di Shopee :
1- Anda tulis apa barang yang anda nak cari di Shopee. Taip sahaja apa yang anda cari di ruangan search di atas sekali (yang ada kanta) . Atau jika anda nak cuci-cuci mata dulu, atau nak tengok apa-apa promosi terbaharu Shopee, anda boleh scroll ke bawah. Ada banyak barang yang di offer kepada anda terutama semasa acara jualan besar seperti Sales 11.11 atau 12.12 setiap tahun.
Nak Belajar Cara Jual Barang di Shopee Malaysia ? Info tepat di bawah ini.
2- Ini contoh barang yang saya nak beli iaitu USB Cable Type C . Seperti yang anda akan lihat, ada banyak USB cable yang anda perlu pilih. Nanti di artikel lain share bagaimana nak filter item seperti USB cable dari segi harga serta kualiti. Jadi, katakan saya pilih USB cable dari jenama ini.
3- Untuk pilih warna atau jenis atau specs yang mengikut specs smartphone anda, anda perlu pergi ke tab “Select Variation” . Macam USB cable di bawah, ada beza dari segi panjang cable . Jadi saya pilih panjang yang saya nak. Then pilih berapa kuantiti yang anda nak, dan tekan “Buy Now” . Atau jika anda belum nak beli / tunggu gaji baru beli, anda pilih “Add to cart” . Nanti bila dah ada duit, anda boleh terus ke cart anda dan buat pembelian. Tak perlu nak pilih-pilih lagi. Jimat masa.
4- Selepas anda tekan butang “Buy Now” tadi, anda akan di bawa ke ruangan Shopping Cart ini. Itu adalah harga barang yang anda nak beli tadi. Untuk teruskan pembelian, tekan terus “Checkout”
5- Ini adalah rungan checkout -Last step sebelum anda boleh order barang anda tu.Pastikan alamat anda betul. Tengok semula kuantiti yang anda nak order (ada kes dia salah tekan kuantiti, nanti perlu bayar mahal ). Then, scroll ke bawah sedikit untuk lihat info kos postage yang anda perlu bayar . Ada banyak pilihan shipping di Shopee, ada Pos Laju, J&T, Ninja Van, CityLink atau Shopee Express. Anda boleh pilih mana service shipping yang anda suka. Namun, kos nya akan berbeza mengikut syarikat penghantaran.
6- Jadi, untuk memulakan pembelian, cuma tekan terus “Place Order” . Nahhh.. Anda dah berjaya buat pembelian barang di Shopee. Tahniah.
7 – Jadi, sekarang penjual Shopee sudah terima order anda. Anda akan dapat lihat status ” To Ship” – Ini bermakna, penjual perlu process order anda dalam tempoh 48 Jam dari masa yang anda order tadi. So, sila tunggu dalam tempoh 48 Jam untuk penjual hantar pesanan anda.
8- Bila penjual sudah hantar barang anda di kurier, status order anda tadi akan betukar ke “To Receive” . Jadi, di fasa ini, anda perlu tunggu sahaja pihak abang kurier hantar barang terus ke alamat anda. Kebiasaan nya, dalam 1-3 hari, anda akan terima barang yang anda pesan tadi. Untuk status penghantaran terkini, anda boleh klik pada order anda dan anda akan lihat status di mana barang anda dah sampai.
9- Bila barang anda dah sampai, anda akan terima notifikasi dari system shopee anda. Check dahulu barang yang anda terima tadi, test dahulu sebelum click “Receive Order” . Sebab jika anda dah tekan butang Receive tersebut, anda tidak boleh pulangkan item tersebut jika berlaku apa-apa kerosakan pada item anda tu . Anda ada masa 3 hari untuk test dahulu barang tersebut. Jika tidak berpuas hati / rosak selepas beberapa kali dulu , anda boleh pulangkan semula kepada penjual anda & anda boleh dapat semula duit anda.
Barang Ada Masalah ? Ini Cara Cancel Order Shopee Anda.
Jadi, ini adalah cara nak beli barang di Shopee Malaysia samada melalui smartphone atau laptop. Nak mudah, guna sahaja smartphone anda. Dalam tandas sekali pun, anda boleh shopping online di Shopee.. Hehe. Ada dah beli apa di Shopee ? Share dalam ruangan komen di bawah.