Tips Borong China – Bayar Guna Bank Tempatan

2 1,350

Semua orang dah tahu cara untuk borong China sebab dah banyak panduan yang di terbit kan oleh otai-otai di Malaysia bagaimana nak borong China semua barang yang beli murah, tetapi jual 2-3 kali ganda. Mudah sahaja nak memborong di China. Hanya perlu duduk depan laptop, bayar dan tunggu barang sampai . Jika anda mengguna kan penghantaran melalui udara , anggaran akan sampai dalam hari 7 waktu bekerja , manakala untuk melalui laut (lebih murah), perlu kan dari 30-40 hari waktu bekerja.

Jika anda nak belajar bagaimana nak buat duit dengan memborong di China secara online,kami recommend panduan di bawah :- (ramai dah guna panduan ini dan mula jana pendapatan mereka )

 

Mungkin anda fikir, macam mana borong China ? Susah tak nak buat bayaran ? Perlu guna kad kredit ke? atau perlu buka akaun luar negara untuk mula borong di China ? atau lebih menakutkan, anda takut salah bayar supplier dan rugi banyak ?

Memang banyak persaoalan dalam minda anda, tetapi kini tak perlu risau sangat, anda tak perlu pelbagai cara bayaran yang susah kerana tahu tak yang anda boleh terus buat bayaran menggunakan bank-bank tempatan Malaysia. Contoh macam CIMB, Maybank, RHB, dan banyak lagi.. Mudah jer sekarang.. Mari saya tunjukkan apa bank yang anda boleh guna kan ..

 

Tips Borong China – Bayar Guna Bank Tempatan Tanpa Perlu Kad Kredit

ok.Mari kila lihat apa bank yang anda boleh guna kan untuk membuat bayaran :

Ini adalah senarai bank-bank atau perkhidamatan pembayaran yang boleh anda guna kan semasa membuat pembayaran tempahan anda melalui website Toaboa .

Di lihat dari senarai penuh ini, anda boleh memilih :

Akaun dari Bank-Bank Tempatan – Maybank , CIMB, RHB, Public Bank, Hong Leong, Ambank, Bank Mualamat, Bank Rakyat , BSN, HSBC , OCBC, UOB, Bank Islam, Alliance Bank dan Affin Bank .

Penyedia Perkhidmatan Pembayaran – Air Asia BIG Loyalty, Boost, Merchantrade Money

Untuk bank-bank tersebut, anda boleh bayar terus mengguna kan akaun simpanan anda. Jadi, tak perlu gunakan kad debit, kad kredit atau apa-apa medium pembayaran lain. Amaun yang di bayar akan di tolak terus dari akaun simpanan anda. Setelah pembayaran di buat, anda akan menerima notifikasi pembayaran melalui email anda. Jadi, boleh terus check baki wang anda dalam akaun untuk kepastian. Sepanjang 2 tahun saya memborong di China melalui website Toaboa, alhamdulillah, semua transaksi berjaya dan tiada masalah besar yang berlaku .

Sangat mudah kan untuk borong china terus dari depan laptop anda ? Tak perlu susah-susah dah.. Cuma anda perlu pastikan ada wang yang mencukupi dalam akaun bank anda, dan boleh mula shopping dari China .

Untuk memborong melalui China ini, saya amat sarankan anda menggunakan laptop / desktop untuk memudahkan proses pembelian, proses pembayaran kerana ia akan lebih lancar dan lebih details. Bukan shopping melalui aplikasi Toaboa dari smartphone tak bagus, cuma ada sesetengah fungsi yang masih terhad, tidak seperti dalam paparan laptop anda.

 

Sepanjang proses pengalaman borong China saya, ada 1 kali saya menghadapi issue berkaitan item yang saya order melalui Toabao iaitu beberap barang saya hilang semasa terima .Tapi tak mengapa, saya belajar dari kesilapan . Baca sini : Kena Tipu Aku !! 

Jadi, saya harap dengan perkongsian bagaimana anda boleh terus buat bayaran tempahan semasa proses borong China anda, ia akan memudahkan anda memborong dengan lebih banyak tanpa perlu fikirkan apa-apa risiko lain. Sebenar nya anda amat bertuah apabila anda dah tahu cara memborong dari China hanya dari laptop sahaja, tanpa perlu ke China yang memerlukan perbelanjaan yang lebih besar dari segi penerbangan, hotel, kos-kos lain (makan, tambang ..etc) . Anda hanya perlu kan sebuah laptop dan sambungan internet, dan dah boleh mula kan proses borong China anda.

Apa-apa pun, sebelum nak bertindak, sila pastikan anda ada ilmu yang betul untuk memborong supaya anda tak rugi di kemudian hari. Serius nak belajar cara betul borong China, sila rujuk di sini >> Borong China Cara Pro <<

2 Comments
  1. Wan says

    Salam cik azlan, saya wan dr kelantan. Sangat² berminat nk belajar borong di china. Sy pon ada baca di google untuk ilmu. Tp kebanyakkan tak sepenuhnya bagitau dan kalau nk pegi kelas borong agak mahal. Sy tak mampu cik azlan. Kalau cik azlan ada e book teknik borong china yg lama² tu boleh tak jual murah² kat saya. Sy kerja tak seberapa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kos hidup semakin meningkat untuk menyara keluarga. Besar harapan sy untuk mempelajari teknik borong di china dgn cik azlan. In sya allah.. Aamiiin.

    1. MdAzlan says

      Waalaikumsalam.

      Maaf. Setiap ebook yang ada pada saya mempunyai hak milik dari penulis. Jadi, pembeli tidak di benarkan menjual semula atau copy paste sebarang maklumat dalam ebook kepada tatapan umum. Maaf, kerana ini adalah berkaitan hak milik .

      Maaf sekali lagi.

Leave A Reply

Your email address will not be published.