Tarikh Pembayaran BPN Bantuan Prihatin Nasional 2.0

0 273

Bila tarikh pembayaran BPN Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang PM umumkan pada 23 September 2020 yang lepas ? Ramai yang tanya soalan ni sejak pengumuman di buat. Mungkin mereka terlepas pandang / tidak sempat mengikuti pengumuman tersebut kan. 

Tarikh Pembayaran BPN Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Tarikh Pembayaran Bpn Bantuan Prihatin Nasional 2 0

Ini lah tarikh pembayaran BPN Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang akan di kredit kan terus ke akaun bank anda yang telah lulus BPN Fasa 1 yang lepas.  Tidak perlu nak mohon apa-apan atau isi borang , kerana jika anda adalah penerima BPN Fasa 1, anda akan secara automatik menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa 2. Jadi, tidak perlu risau lah kan. Hanya tunggu dan semak akaun simpanan anda bermula dari : 

Pembayaran Pertama : Di masukan ke akaun kita bermula Oktober 2020. Tiada tarikh tepat, namun anda boleh mula check dari 24-Oktober sehingga 30-Oktober-2020. Jika anda mempunyai online banking, anda boleh terus check dalam apps-apps banking di smartphone anda. Jika tiada apps banking dalam smartphone, anda perlu pergi ke mana-mana ATM untuk buat semakan terus akaun simpanan anda.  

Pembayaran Kedua : Akan di kreditkan ke akaun anda dalam bulan Januari 2021. Tiada tarikh tepat. Namun, kita akan dapat info tersebut dalam penghujung Desember 2020 nanti. 

Namun, berapa pula yang kita dapat kali ni ? Jika semasa fasa 1, kita dapat RM500 sehingga RM1600, jadi untuk BPN 2.0, kita akan dapat setiap seorang yang layak sebanyak : 

Tarikh Pembayaran Bpn Bantuan Prihatin Nasional 2 0 Jumlah

Jadi, mari lah kita gunakan bantuan dari kerajaan ini pada perkara yang penting dan utamakan keperluan untuk keluarga terlebih dahulu berbanding kehendak kita. Sebab, di fasa tempoh pemulihan COVID-19 ini, ramai yang terjejas serta ekonomi pun masih lemah, maka kita perlukan cash di dalam poket kita untuk menghadapi kemelesetan ekonomi nanti. 

Jika ada kawan-kawan anda bertanya bila tarikh pembayaran BPN Bantuan Prihatin Nasional 2.0 ,  sila sebarkan artikel ini yer. Untuk lebih details berkaitan BPN 2.0, anda boleh dapatkan terus info yang sahih lagi rasmi di laman web LHDN di sini : https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ_BPN_BM.pdf

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.