Tabung Haji Online Transfer Melalui JOMPAY

0 77

Ada duit lebih ? Sekarang dah boleh Tabung Haji Online Transfer melalui JomPay tau. Jadi, lebih cepat, jimat masa tanpa perlu beratur di pejabat Tabung Haji serta tak perlu lagi beratur di ATM untuk bank in duit ke akaun Tabung Haji anda. Anda hanya perlu buka online banking anda & terus simpan duit anda ke Tabung Haji anda sekelip mata.

Ouh ya, sebelum ni saya ada share bagaimana anda boleh link kan & transfer duit anda ke Tabung Haji melalui CIMB Bank. Jika anda belum baca, sila dapatkan info tersebut di sini :-  Link CIMB ke TH 

Bagaimana Tabung Haji Online Transfer Melalui JomPay ?

Ini adalah kenyataan rasmi dari pihak Tabung Haji berkenaan dengan pemindahan duit simpanan terbaharu ini. Dengan ada nya fungsi ini, ia sangat membantu pihak pendeposit TH. Mana korang yang dapat i-Sinar tu , boleh lah transfer duit anda tu Tabung Haji untuk persediaan haji anda kelak.

Ini adalah cara bagaimana untuk anda simpan duit anda ke Tabung Haji melalui perkidmatan JomPay.

1.. Buka online banking yang anda biasa gunakan seperti Bankislam.biz, Maybank2U , CIMBClicks. dan lain-lain.  Dalam article ini, saya guna cimbclicks.

Cimb Clicks Dashboard2. Klik pada pay & Transfer > JomPAY . Pada page ini, anda WAJIB masukkan info ini supaya duit anda masuk ke akaun anda , bukan lah ke akaun orang lain. Hehe 🙂

  • Biller Code : 60228
  • Biller Name : Tabung Haji-Deposit 
  • Ref-1 : Ada perlu masukkan 15 digit nombor akaun Tabung Haji anda. Check betul-betul ya. Jangan silap, nanti banyak kerja nak buat bila tersalah transfer.

 

Jom Pay Cimb Clicks Ke Tabung Haji

Selepas selesai isi kan detail untuk akaun Tabung haji anda, terus tekan Submit. Done ! Selesai dah. Anda boleh terus check baki akaun TH anda melalui apps official THiJari atau dalam dashboard bank online anda . Mudah sahaja kan? Dalam 2-3 step, selesai urusan anda dengan pihak Tabung Haji.

Anda tak perlu risau bila berurusan dengan JomPay kerana,ia adalah salah satu syarikat yang mendapat kelulusan & lesen dari Bank Negara untuk mengendalikan pembayaran di Malaysia. Dengan JomPay juga, anda boleh bayar bill melalui mereka, yang penting, anda perlu tahu apakah biller code untuk service provider anda.  JomPay juga menyokong pada hampir keseluruhan bank-bank di Malaysia. So, jangan risau okay. Pasti selamat kecuali anda sendiri cuai key in nombor akaun yang salah.

Di saat zaman pandemik sekarang, simpan lah duit anda untuk kegunaan di masa kecemasan kelak. Semoga kita semua selamat .

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.