Syarat Pengeluaran KWSP Akaun 3
KWSP akaun 3 sudah bermula secara rasmi pada 11 Mei 2024, jadi ini adalah syarat pengeluaran KWSP akaun 3 bagi anda yang ada rancangan untuk keluarkan duit KWSP kelak. Seperti yang anda tahu, anda sudah boleh keluarkan wang simpanan KWSP anda apabila KWSP akaun 3 di wujudkan, lebuh kurang macam pengeluaran ASB anda. Jika sebelum ini, anda boleh keluarkan wang simpanan dari akaun 2 hanya untuk tujuan terhad seperti pendidikan, perumahan dan perubatan.
Dengan adanya KWSP akaun 3 ini, ia dapat membantu para pencarum yang memerlukan wang untuk menampung kehidupan mereka. Jika di semak dari laman rasmi KWSP , ini adalah syarat pengeluaran KWSP akaun 3 anda, sangat simple & tidak ketat seperti akaun 2 :
Ada tiga syarat pengeluaran KWSP Akaun 3 :
- Belum mencapai umur 55 tahun.
- Mempunyai simpanan dalam akaun fleksibel (akaun 3)
- Pengeluaran pada bila-bila masa dengan had amaun pengeluaran mininum iaitu RM50
Ya, ada 3 syarat sahaja dan anda boleh buat pengeluaran tersebut untuk apa jua tujuan yang anda kehendaki. Wang pengeluaran juga akan di masukkan terus ke akaun bank anda nanti. Mudah kan ?
Ia tak seperti akaun 2, di mana wang pengeluaran tersebut akan terus di masukkan ke akaun bank-bank pinjaman anda atau di bayar terus ke institusi seperti PTPTN. Jadi, untuk akaun 2, boleh kata yang anda tak rasa pun nak pegang duit anda tu.
Jadi, bagaimana anda nak keluarkan duit dari akaun 3 anda ? Ada 2 cara iaitu melalui :
- KWSP i-Akaun (melalui laman web atau aplikasi di smartphone )
- Terus datang ke pejabat KWSP yang berdekatan.
Seperti yang saya nyata kan di atas, wang pengeluaran anda akan terus di masukkan dalam akaun bank pencarum tersebut tanpa melalui pihak ke-tiga. Cuma bagi memastikan urusan pembayaran pengeluaran anda berjalan lancarkan, sila pastikan :
- Akaun bank sama ada simpanan atau semasa masih aktif
- Akaun bank tersebut di daftarkan atas nama ahli/ pencarum sahaja (akaun ahli keluarga atau akaun syarikat atau akaun bersama tidak di benar kan ) .
So, walaupun KWSP akaun 3 ini adalah satu pilihan yang baik untuk kita sebagai ahli KWSP, namun di harapkan anda dapat mempertimbangkan untuk mengeluarkan wang dari akaun 3 anda apabila betul-betul memerlukan. Anggap sahaja wang dalam akaun 3 tersebut sebagai wang simpanan kecemasan anda. Hanya keluarkan apabila keadaan betul-betul mendesak sahaja ya. Anda juga perlu fikirkan masa depan sebelum berumur 55 tahun kelak. Betul anda boleh keluarkan duit dari akaun 1 nanti, tetapi alangkah baik nya wang tersebut tak di usik supaya anda dapat lebih banyak dividen setiap hujung tahun.