Syarat dan Cara Pengeluaran KWSP Akaun 3
Anda dah check baki KWSP Akaun 3 ke belum ? Jika ada plan nak keluarkan duit KWSP anda, ini syarat dan cara pengeluaran KWSP Akaun 3 yang perlu anda tahu. Senang je nak keluarkan duit KWSP anda, hanya pakai apps di smartphone sahaja. Sambil tengok movie kat Netflix pun boleh withdraw duit anda.
Sebelum anda nak buat pengeluaran KWSP Akaun 3 anda, ini adalah syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh pihak KWSP :
- Berumur di bawah 55 tahun.
- Anda perlu ada sekurang-kurang nya RM50 dalam akaun 3 (akaun fleksibel) tersebut. Jika kurang dari RM50, maaf anda perlu tunggu sehingga cukup RM50 ya.
- Permohonan pengeluaran hanya di benarkan sekali sahaja dalam satu hari dan tertakluk pada baki dalam akaun fleksibel / akaun 3 anda. Contoh anda dah mohon keluarkan RM100 untuk hari ini, anda perlu tunggu keesokan hari untuk keluarkan duit anda.
- Jika ini adalah pertama kali anda nak keluarkan duit KWSP anda atau amaun pengeluaran melebihi RM30,000 dalam satu-satu masa, anda perlu hadir ke pejabat KWSP yang berdekatan untuk pengesahan pengeluaran / cap jari. Ini sebagai salah satu langkah untuk elakan issue scammer.
So, okay je lah kan. Tak lah leceh macam nak keluarkan duit dari KWSP akaun 2 anda kan. Pengeluaran KWSP akaun 3 ni lebih mudah, cepat & fleksibel bagi memenuhi keperluan kewangan anda.
Dah check semua syarat memang confirm lepas, jom saya tunjukkan cara pengeluaran KWSP Akaun 3 melalui aplikasi KWSP i-Akaun. Anda wajib ada aplikasi ini dalam smrtphone anda yer. Download percuma di Google Play Store dan Apple Apps Store .
Cara Pengeluaran KWSP Akaun 3 Walaupun Anda Tengah Makan Nasi Lemak di Warung Tepi Jalan
Anda boleh ikut langkah-langkah di bawah ya. Jika anda yang kurang pasti atau salah info, anda boleh drop kan komen anda di kotak komen di bawah. Jika saya ada info lebih, saya akan bantu anda.
Buka aplikasi KWSP i-Akaun di smartphone anda. Aplikasi ni Wajib dalam smartphone anda ye.
- Klik pada Tab “Pengeluaran” dan terus klik pada ” Mohon pengeluaran “
- Pada tab jenis pengeluaran, sila pilih “ Akaun Fleksibel “
- Di bahagian pengeluaran akaun fleksibel tersebut, anda akan lihat berapa baki simpanan Akaun 3 yang boleh di keluarkan.Seperti yang saya sudah terangkan syarat pengeluaran di atas, baki terkini akaun fleksible atau akaun 3 mesti lah minimum RM50. Jika cukup baki akaun anda, klik pada ” Keluarkan simpanan “
- Seterus nya, KWSP akan beri peringatan berkaitan pengeluaran anda. Klik ” Ok“
- Masuk kan amaun RM pengeluaran KWSP yang anda perlu kan, kemudian klik ” Teruskan “
- Pilih akaun bank yang anda hendak duit pengeluaran KWSP anda di masuk kan. Jika tiada akaun lagi, klik butang ” Tambah Bank ” untuk masukkan maklumat bank anda.
- Pastikan akaun bank yang anda pilih masih aktif ya. Ini untuk elakkan duit anda tak dapat di proses oleh pihak KWSP.Klik pada butang “Ya, Saya Pasti “
- Anda perlu sah kan sekali lagi maklumat yang anda dah masuk kan tadi.
- Di bahagian Perakuan Pengeluaran, klik butang ” Terima ” untuk KWSP proses kan permohonan anda.
Berapa hari anda akan terima bayaran setelah anda memohon untuk keluarkan duit KWSP anda ?
Menurut pihak KWSP, anda akan terima bayaran pengeluaran tersebut dalam tempoh 7 hari waktu bekerja selepas permohonan di luluskan. Jadi, anda perlu bijak merancang bila anda perlu start mohon pengeluaran KWSP kerana proses pemohonan perlukan masa. Bukan macam keluarkan duit dari akaun bank anda.
Untuk lebih memahami langkah-langkah pengeluaran KWSP akaun 3 , sila rujuk gambarajah di bawah:
Selesai. Itu sahaja cara yang perlu anda buat untuk pengeluaran KWSP akaun 3 / akaun fleksible anda.Untuk pengeluaran KWSP Akaun 3 pertama kali, anda perlu hadir ke pejabat KWSP berdekatan untuk pengesahan cap jari. Untuk pengeluaran seterus nya, anda boleh terus buat melalui aplikasi KWSP i-Akaun sahaja tanpa perlu hadir ke pejabat KWSP lagi. Ini salah satu langkah keselamatan oleh pihak KWSP bagi mengesahkan yang anda adalah individu yang betul mengeluarkan duit anda, bukan pihak ke-3.