Supplement Peninggi Badan – Realiti atau MITOS ?

5 878

Supplement Peninggi Badan  yang banyak di jual di pasaran benar-benar boleh meningkat kan ketinggian anda ? Lambakan promosi dan testimoni pengguna supplement tersebut pastinya akan membuatkan sesiapa akan teruja untuk menambah ketinggian badan yang sedia ada. Mungkin ada antara anda yang stress bila melihat orang lain lebih tinggi dan nampak mereka seolah-olah lebih sempurna dari anda.

Short business man standing next to tall man
Sumber Gambar : Google Image by Google .com

Tetapi, jika dari sudut pandang seorang pakar /doktor bertauliah , adalah benar supplement peninggi badan tersebut mampu untuk menambah ketinggian badan seseorang ?

Supplement Peninggi Badan – Realiti atau MITOS ?

Artikel ini di tulis oleh Dr.Mahyuddin Mohamed , iaitu Orthopaedic Surgeon di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) .

Artikel Asal dari FB Dr.Mahyuddin:- https://www.facebook.com/drmahyuddin/posts/10208439648621796?pnref=story

Ubat Peninggi Badan

Mungkinkah anda menambah ketinggian dengan mengambil Produk Supplement UBAT TINGGI?
**************************************
Saya ditanya mengenai Ubat Tinggi yang dijual dipasaran. Ubat Tinggi? Terkedu saya. Ramai sebenarnya yang nak jadi tinggi ni, ala2 Angelina Jolie gitu.

Anda ditipu hidup2. Ini MITOS. Jika anda sudah mencapai usia dewasa, ketinggian TIDAK akan berlaku lagi. Apatah lagi produk ini mendakwa boleh menambahkan ketinggian antara 2cm ke 15 cm. WoW! Tingginya saya nanti!

Buat individu & syarikat yang menjual supplement, jika nak dakwa apa2 sekalipun, biarlah ada dasar ilmunya. Bukannya sekadar testimoni semata. Kalau nak juga berdasarkan testimoni, di sini saya share juga testimoni orang yang dah pakai produk ni & TAK TINGGI PUN!

Tahukah anda yang sebenarnya kita boleh tahu anggaran ketinggian kita atau ketinggian anak kita nanti? Mari saya bincang berdasarkan ilmu.

Anggaran Ketinggian maksimum yang kita boleh capai boleh dianggarkan melalui 3 kaedah.

1. Kaedah Umur 2 tahun x 2
2. Kaedah Carta ketinggian
3. Kaedah Potensi Ketinggian Genetik

  • Kaedah 1 adalah paling mudah. Anda cuma perlu ukur ketinggian anak anda semasa dia berusia 2 tahun, dan anda darab dengan 2. Contohnya, jika pada umur 2 tahun ketinggian anak anda 34 inci, ketinggian pada umur dewasa nanti ialah 64 inci.
  • Kaedah 2 pula ialah boleh digunakan sekiranya semasa anda membaca artikel saya ni, anak anda telah pun melebihi umur 2 tahun ?. Anda cuma perlu plot ketinggian anak anda pada usia sekarang & ikut garisan pada graf ketinggian untuk tahu anggaran ketinggian anak anda bila dia dewasa kelak (lihat graf).
  • Kaedah 3 adalah paling special. Kenapa? Kerana anda boleh merancang ketinggian anak anda sebelum anak anda lahir lagi tau!

Caranya begini:
1. Kira ketinggian isteri anda (ibu)
2. Kira ketinggian suami anda (bapa)
3. Dapatkan purata ketinggian anda & pasangan (ibu & bapa)
4. Tambah 2.5 inci daripada ketinggian purata utk tahu anggaran ketinggian anak lelaki
5. Tolak 2.5 inci daripada ketinggian purata utk tahu anggaran ketinggian anak perempuan

Itulah anggaran ketinggian anak2 anda nanti! ? So, kesimpulannya, jika nak anak2 tinggi, carilah pasangan yang tinggi!

(Kaedah Potensi Ketinggian Genetik mempunyai ketepatan 68% (plus minus 2 inci) dan 95% (plus minus 4 inci) daripada ketinggian sebenar anak anda)

Ketinggian berlaku secara khususnya pada bahagian growth plate atau physis tulang2 manusia. Dan ketinggian kita bermula apabila kita akil baligh atau menempuh puberty. Apabila growth plate telah tutup sepenuhnya ketinggian akan berhenti. Biasanya ini berlaku pada usia 13-15 tahun bagi wanita & 15-17 tahun bagi lelaki.

Kalau dah usia 20 tahun atau 30 tahun (malah ada yang 50 tahun), itulah ketinggian kita. Walau apa pun yang anda makan sebagai supplement atau ubat, dah tak boleh tinggi lagi dah.

Malah, kita sebenarnya akan menjadi semakin rendah nanti apabila kita semakin tua akibat tulang mereput (Osteoporosis) dan kebengkokkan tulang belakang (Kyphosis dan Skoliosis). Anda boleh baca artikel saya di Malaysian Medical Gazette (www.mmgazette.com) jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Osteoporosis & Skoliosis.

Nasihat saya, kita terimalah ketinggian yang Tuhan dah tetapkan buat diri kita. Cuba bayangkan jika anda hanya secomel dwarves dalam cerita Sleeping Beauty atau setinggi Hobbits dalam Lord of the Rings. Bersyukurlah.

Kalau nak tinggi jugak?

Satu2nya cara nak tinggi selepas anda mencapai ketinggian maksimum ialah melalui pembedahan pemanjangan tulang melalui Teknik Ilizarov. Teknik ini Pakar Ortopedik gunakan bagi membetulkan tulang yang bengkok, memanjangkan tulang yang pendek akibat kemalangan dan membetulkan deformity tangan/kaki. Namun kami TIDAK melakukan pembedahan ini atas sebab Kosmetik di Malaysia.

Dah tu macamana nak tinggi? Jika anda nak tinggi jugak, memang Boleh. Anda boleh pakai kasut tumit tinggi hehe *gurau aje ?*

Harap dapat kongsikan maklumat ni agar masyarakat kita TIDAK tertipu.

Disclaimer:
1. Saya tiada apa2 kepentingan & tidak berniat menutup periuk nasi sesiapa. Status ini adalah status umum buat semua produk menambah ketinggian.

2. Sebagai Pakar Ortopedik yang mempunyai ilmu mengenai perkara ini, saya tidak boleh biarkan harapan masyarakat yang berkeinginan menjadi tinggi dimanipulasi oleh maklumat yang tidak betul.

3. Ini adalah status peribadi dan tiada kena mengena dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri & pihak hospital.

‪#‎DrMahyuddin‬
Pakar Ortopedik
‪#‎MedicalMythbusterMalaysia‬ (M3)
‪#‎MedTweetMY‬

 

Jadi, untuk anda yang sedang berangan-angan untuk menjadi lebih tinggi, mungkin anda perlu rujuk semula dengan doktor anda supaya anda tidak membazirkan wang untuk sesuatu yang hasilnya belum pasti. Bagi umat islam,setiap kejadian itu adalah sebaik-baik ciptaan dari Allah SWT. Jika di takdirkan ketinggian anda setakat itu , yakin lah itu yang terbaik untuk anda dan pasti ada hikmah di sebalik nya.

Ada banyak supplement peninggi badan di pasaran kita,jadi hati-hati dalam membuat keputusan.

5 Comments
  1. design rumah says

    Entri yang menarik…saya temui laman web ini dari forum luar. hebat cerita perkongsian & pengalaman. saya akan mengesyorkan laman web ini untuk kawan-kawan saya di luar sana.

  2. sabree hussin says

    Saya pernah makan supplement tinggi ni dari jenama yang agak terkenal juga. Appeton.

    Serius, tak ada beza apa pun. Saya ingat supplement tu cuma tak berkesan untuk saya je. Tak tau la kalau orang lain macam mana

    1. MdAzlan says

      Orang2 tuan dulu kata nak tinggi, senggayut kat tiang2..hehehe..

  3. ZAIDI says

    sy nak cuba supplement ini tapi agak kurang yakin .. ada sesiapa bole syorkan supplement yang bagus untuk tambah ketingian saya..???

    1. MdAzlan says

      Encik perlu rujuk dan mintak khidmat nasihat dari doktor bertauliah ya.
      Tidak pasti ada tak supplement untuk tambah ketinggian untuk orang dewasa..

      Terima kasih

Leave A Reply

Your email address will not be published.