Software Screen Recorder Percuma untuk PC Laptop

4 1,230

Software Screen Recorder Percuma untuk PC Laptop. Bagi seorang usahawan yang menjalankan perniagaan berasaskan training / seminar / anda seorang boss yang mempunyai ramai agent di bawah anda, pastinya anda amat memerlukan sebuah software screen recorder untuk memberikan latihan /update terkini secara terus ke staff/agent anda sama ada melalui online / offline.

Ada sesetengah training terutama yang melibatkan laptop/PC amat memerlukan pengajaran terus dari skrin PC untuk lebih memahami step-step yang perlu di buat . Biasa ramai cikgu-cikgu dalam perniagaan online gunakan kaedah training ‘screen recorder’ ini.

Bagi yang dah Pro dan memang selalu gunakan kaedah screen recording ini, pasti nya mereka akan menggunakan software Camtasia , salah satu software untuk screen recorder terbaik di pasaran.  Cuma bagi anda yang baru nak bermula ni, pastilah perlukan software screen recorder PERCUMA sebagai langkah awal untuk membiasakan diri dengan kaedah latihan ini.

FlashBack Express – Software Screen Recorder Percuma dari Blueberry Software. 

flashback-express-software-screen-recorder-percuma

Saya telah mencuba sendiri menggunakan software ini . Ia amat mudah untuk di gunakan dan amat mesra pengguna. Yang penting, ia nya 100% PERCUMA.Cuma jika anda perlukan beberapa features tambahan seperti edit audio/video atau zoom /pan effect, anda boleh upgrade pakej Flackback Express anda ke FlashBack Plus/Pro yang berharga harga USD39/USD99 sahaja.

software-screen-recorder-percuma

Bagaimana nak download software FlashBack percuma ini ??

Antara Kelebihan FlashBack Express ini adalah :-

  • REKOD SUARA – Anda boleh rekod suara atau bunyi sekeliling melalui PC speaker dan mikrofon anda.
  • WEB CAM – Anda boleh share kan latihan anda terus kepada staff/agent anda secara web cam.Ini lebih memberikan personal touch kepada mereka.
  • REKOD AUTOMATIK – Software ini mampu merekod skrin anda dalam tempoh masa yang anda tetapkan. Sesuai untuk di gunakan semasa online recording
  • TIADA HAD LIMIT – anda boleh terus rekod skrin anda selama yang anda suka. Tiada had limit.
  • SESUAI UNTUK WINDOWS – Software ini sesuai pada Windows XP / 8 / 9 / 10.
  • MUDAH GUNA – Ia software yang mudah di gunakan & mesra pengguna.

Jadi, anda tak perlukan bajet yang besar untuk start rekod skrin anda lagi. Ia nya software screen recorder Percuma yang semestinya anda patut miliki. 🙂 . Muat turun sekarang !

4 Comments
  1. zik says

    bagus software macam nih.. memang sangat diperlukan orang2 business online ..

    1. MdAzlan says

      Betul tuan..Lebih fokus pada biz berasaskan training & buat video panduan.

  2. akubiomed says

    Bagus software ini dan dahlah percuma.

    1. MdAzlan says

      Betul tuan.. Perlu cara untuk kurangkan kos pada paling minima . 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published.