Simkad YES 4G Support iPhone Ke Tak ?

0 35

Korang mesti selalu tengok simkad YES 4G yang di jual hanya RM1 di Shopee kan. Sangat murah dengan harga RM1, anda sudah boleh dapat satu simkad yang boleh di gunakan semasa PDPR. Yer lah, kalau ada anak 3-4 orang yang ada kelas online,  perlukan data yang banyak sepanjang tempoh PDPR.

Namun, ada sesuatu yang saya dapat detect adalah simkad YES ni tidak support untuk call / message untuk device iPhone. Saya dah cuba pelbagai cara, seperti setting internet lah, restart phone , update software, tetapi masih tak boleh. Jadi, saya ambil keputusan untuk bertanya terus dengan pihak YES sendiri kenapa iPhone saya tidak boleh call atau SMS apabila menggunakan YES ini. Saya dah cuba juga guna simkad Hotlink di iPhone ini, dan semua nya ok.Tiada masalah untuk call dan SMS. Ini jawapan dari pihak YES sendiri.

SIMKAD YES 4G TIDAK SUPPORT UNTUK IPHONE ?

check simkad yes 4g tak support iphone 2021

Malangnya, memang line YES tidak support untuk iPhone buat masa ini, tetapi tak pasti jika mereka upgrade simkad ini di masa akan datang. Jadi, kepada semua pengguna iPhone, anda boleh dapatkan simkad lain seperti Xpax, Hotlink, Digi, UMobile dan sebagainya. Bertabah lah wahai iPhone user.

Bagaimana nak check adakah smartphone anda support simkad ini sebelum anda plan nak beli YES ini ?

Sila check di laman ini terlebih dahulu : https://www.yes.my/supported-devices

Jika anda anda phone Android, tiada masalah lansung. Boleh beli dan guna simkad ni. Untuk iPhone, sila cari simkad dari telco lain.

Namun, jika anda mencari simkad yang khas untuk data sahaja, saya recommended YES ini okay. Murah je pun, RM1 sahaja.

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.