Serverfreak Hosting Terbaik Malaysia Untuk WordPress

2 388

Bercakap mengenai hosting terbaik malaysia , ada beberapa penyedia hosting di Malaysia yang menawarkan pakej untuk web hosting seperti Serverfreak, Exabytes, NetKL, DataKl dan sebagainya. Hosting adalah jantung kepada sesebuah website , tanpa hosting, website anda tidak akan di paparkan di enjin carian seperti Google Chrome, Opera, Firefox dan sebagainya.

Untuk website ini dan beberapa website saya yang lain, saya menggunakan Serverfreak sebagai hosting saya. Pada tahun 2016, saya menggunakan hosting luar negara iaitu hosting cap buaya ( Hosgator ) 🙂 . Tetapi  atas faktor kos bulanan ( kadar MYR tinggi berbanding USD ) serta lebih fokus untuk pasaran Malaysia,  maka saya pun fikir hosting tempatan lebih baik dari segi penjimatan dalam jangka masa yang panjang.

 

Dari segi kos, ini perbandingan secara bulana antara Hosgator dan Serverfreak.

Hosgator (USD 11.95 / bulan) = USD11.95 x 4.45 =RM53.18 . Jadi, kos untuk 1 tahun (12 bulan) adalah RM638.

ServerFreak (Hosting WordPress- Pakej Pro) = RM399 /tahun.  – Bayaran secara 1 kali untuk setahun sahaja. Tiada caj bulanan.

Berapa yang saya dapat jimat kan dalam tempoh 12 bulan akan datang ?

RM638 – RM399 = RM239 (Penjimatan 37% berbanding Hosgator)

Dari segi kos, pasti nya Serverfeak memberikan kelebihan dan penjimatan yang lebih baik untuk jangka masa panjang. Di bawah adalah harga pakej-pakej yang di tawarkan oleh pihak Serverfreak Malaysia.

 

Kenapa saya katakan yang Serverfreak adalah hosting terbaik Malaysia untuk WordPress ?

  1. Serverfreak menyatakan bahawa pakej hosting wordpress ini telah di optimasikan secara maksimum bagi memberikan penglaman berblogging dengan lebih baik , pantas dan mudah.
  2. Percuma 1 Domain sepanjang hayat. Jika anda baru nak memulakan website anda, pasti nya ini berita baik bila pihak Severfreak akan memberikan satu nama domain secara PERCUMA tanpa sebarang kos tambahan.Ini membantu anda berjimat.
  3. Di kuasakan oleh LiteSpeed yang memberikan kelajuan terbaik untuk website anda. Bila website anda laju, ia akan membantu menambahkan pelawat dan kedudukan website anda di enjin carian.
  4. Percuma SSL Certificate – Ini yang menarik apabila pihak Severfreak menawarkan SSL Certificate supaya website anda lebih selamat dari pihak yang tidak bertanggung jawab. Jika website anda tiada SSL ,ia akan di kategorikan sebagai tidak selamat (enseure) dan ini membuatkan pelawat yang datang ke website anda , akan terus meninggalkan website anda .
  5. Support dari khidmat pelanggan yang terbaik dan terpantas – Saya pernah mempunyai masalah tak boleh login ke bahagian dahsboard admin wordpress. Seingat saya sudah lebih jam 11 malam. Jadi, saya pun buka tiket aduan ke bahagian teknikal Serverfreak, dan tak di sangka-sangka, 5 minit selepas itu, mereka mula membalas tiket aduan saya walaupun pada tengah malam.

Jadi buat anda yang sedang mencari apa web hosting terbaik Malaysia , dan sedang membangunkan website berasaskan WordPress, maka kami recommended Serverfreak sebagai hosting anda di Malaysia. Yang penting, customer servis yang di tawarkan amat terbaik. Syabas Serverfreak.

Untuk maklumat lebih lanjut , sila klik SINI untuk mendapatkan pakej wordpress Serverfreak anda, Berbaloi-baloi ~~
2 Comments
  1. Murah juga kan.. rugi kalau tak cuba..

    1. MdAzlan says

      Bergantung kepada niche & target blog jugak tuan 🙂 . Sebab blog saya mmg target Malaysia sahaja,jadi lebih elok guna hosting tempatan.

      Murah paling best..hhe..Jimat RM200 lebih setahun.. Boleh beli premium plugin lain..

      Thanks untuk komen tuan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.