Seronok Bercuti di Taman Buaya Melaka Ayer Keroh

0 2,294

Tak tahu nak bawak anak-anak ke mana masa cuti sekolah? Recommended anda bawa mereka ke Taman Buaya Melaka di Ayer Keroh, Melaka. Tak jauh dari toll exit Ayer Keroh, jadi tak perlu nak hadap jem di bandar Melaka jika anda tiada plan nak masuk ke tengah-tengah bandar Melaka. Ini pengalaman saya dan keluarga melawat ke Taman Buaya Melaka pada cuti sekolah awal bulan Jun 2022.

 

Ini lokasi taman tersebut di kawasan Ayer Keroh. Paling best, taman buaya ini berdekatan dengan banyak tempat-tempat menarik di Melaka seperti Zoo Melaka, Muzium Lebah, Taman Mini Malaysia, Melaka Wonderland Theme Part & Resort dan banyak lagi. Kawasan ini juga tak jauh dari kawasan pentadbiran negeri Melaka, jadi senang nak cari kedai makan, Mydin Ayer Keroh pun dekat-dekat je .. So, memang rekemen jika anda malas nak hadap jem di tengah-tengah bandar Melaka.Tapi dalam maps, taman ini di remarks sebagai “Rekreasi”, kenapa ada rekreasi ni yer ? Boleh bermain dengan buaya ke camner ? 🙂 .. Nanti saya cerita kan di bawah. Ada lokasi menarik untuk anak-anak anda.

maps melaka ayer keroh

 

Pengalaman Melawat Taman Buaya Melaka Ayer Keroh Semasa Cuti Sekolah Jun 2022

 

Ini info paling penting yang akan anda cari kan iaitu berapa harga tiket masuk Taman Buaya Melaka ni ? Harga tiket semasa lawatan saya pada June 2022 :

harga tiket taman buaya melaka june 2022

Waktu operasi taman buaya Melaka ini adalah dari 9:00pagi sehinggan 6:00petang. Harga tiket bagi saya masih berpatutan dan tidak terlalu tinggi. Nak lebih jimat, boleh datang semasa hari bekerja biasa, murah RM3 / orang. Saya pergi masa cuti sekolah, jadi bayaran tiket masuk adalah RM19/orang untuk dewasa dan RM14/orang untuk kanak-kanak. Untuk anak-anak bawah 5 Tahun, masuk percuma. Semasa di kaunter, staff akan offer untuk anda beli makanan haiwan berharga RM10 sahaja.

Beli tiket secara online boleh dapat harga lebih murah di sini >> Tiket Online Murah

 

Confirm anak-anak akan lebih seronok kerana boleh bagi makan pada haiwan (jangan risau, bukan makanan untuk buaya) seperti arnab, rusa, ayam, itik & burung unta. Ini juga cara untuk mereka kenal haiwan-haiwan dengan lebih dekat lagi.

 

beri arnab makan
Arnab jinak betul..Comel-comel arnab kat sini

 

feed rusa melaka
Beri makan rusa makan pulak

 

Memang anak-anak anda akn seronok bila masuk ke sini. haiwan-haiwan nya sangat jinak dan tak takut dengan manusia di sekeliling mereka. Dalam taman buaya Melaka ini selain dari buaya, ada juga haiwan lain seperti Arnab, Rusa, Kura-Kura, Ularm Burung, Burung unta dan ayam itik.Untuk buaya pulak. memang banyak jenis buaya yang boleh kita belajar seperti buaya tembaga, buaya siam dan lain-lain cuma “buaya darat” sahaja tidak di pamerkan. 😛 .. Di sini saya serta kan beberapa gambar semasa lawatan kami di sini. Cuma boleh saya katakan, taman buaya ni tidak lah terlalu besar, haiwan yang ada dalam ni juga tidak sebanyak dari Zoo Melaka, tetapi masih berbaloi untuk anda spent harga tiket bawah RM20 untuk keseronokan anak-anak anda.

 

 

Tadi saya ada highlight yang taman ini ada perkataan rekreasi kan ? Ini lah sebab nya :

kolam air mandi

 

Ada kolam mandi yang boleh tahan besar juga. Jadi, jika anda ke sini dan bawa anak-anak, jangan lupa sediakan juga baju basahan serta tuala mandi untuk mereka ya. Selepas penat pusing melihat haiwan-haiwan, boleh lah mereka releks dan sambung keseronokan mereka dengan bermain air pulak. Bilik mandi untuk salin baju ada di sedia kan. Jangan risau, kolan mandi ni tak dalam, jadi sangat sesuai untuk anak-anak kecil anda. Berbaloi juga bila ada kolam air macam ni. Tak lah terhad hanya untuk lihat haiwan sahaja.

 

Secara keseluruhan nya, memang seronok anak-anak saya bila masuk ke taman buaya Melaka ni. Cuma di sini saya highlight kan kelebihan serta kekurangan pada pandangan peribadi saya yang anda boleh jadi rujukan sebelum anda datang ke sini :

 

Kelebihan :

  • Taman haiwan yang bersih dan tersusun.
  • Tidak hanya terhad untuk lihat buaya sahaja, tetapi ada beberapa variasi haiwan lain.
  • Ada kolam air untuk mandi mana. Kolam yang bersih serta luas.
  • Harga tiket masuk yang tidak terlalu mahal & berpatutan.
  • Lokasi tidak jauh dari toll exit Ayer Keroh

 

Kekurangan (Boleh di tambah baik di masa hadapan ) :

  • Parking terhad,perlu berkongsi dengan mereka yang datang makan McDonald di sebelah taman ini.

 

Jika anda berkesempatan, anda boleh lihat petugas taman buaya Melaka memberi makan kepada buaya-buaya di sangkar pada setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad) pada jam 11:00 Pagi dan 3:00 Petang. Jadi, datang awal dari masa tersebut untuk berpeluang melihat buaya makan. Datang lah ke sini, seronok. 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published.