Seronok Bercuti Di Pantai Desaru Johor

2 5,457

Pantai Desaru Johor memang best. Tiada apa lagi nak kata, melainkan seronok nya saya sekeluarga bercuti di Pantai Desaru Johor pada hujung minggu lepas. Jika datang ke negeri Johor, wajib singgah di Pantai Desaru ok.. Bawa semua ahli keluarga datang sekali luangkan masa bersama. 

Anda boleh pergi ke Pantai Desaru Johor ini dengan menggunakan Lebuhraya Senai-Desaru yang mengambil masa sekitar 40 minit jika anda masuk dari Plaza Tol Senai untuk ke Bandar Penawar dan seterus nya ke Pantai Desaru ini. 

Paling mudah, anda buka Waze / Google Maps , pasti akan tiba di sini. 🙂 Jom, saya kongsikan serba sedikit pengalaman saya bercuti di Pantai Desaru Johor ini.

 

Seronok Nya Bercuti dan Berkelah Di Pantai Desaru Johor

Seronok Bercuti Di Pantai Desaru Johor
Angin kuat di Pantai Desaru Johor. Terbang rambut anak.

Masa saya pergi ke sini, musim angin kuat.Alhamdulillah, cuaca baik, cuma angin kuat .Jadi, ada bendera merah di pasang di sekitar kawasan pantai bagi memberi amaran kepada pengunjung, yang ada risiko untuk mandi di saat angin kuat. 

Namun, sebab dah sampai ke sini, jadi saya tetap terus kan niat 🙂 . Rugi lah dah datang jauh-jauh kan. Cuma tidak boleh mandi terlalu jauh dari pesisir pantai serta, jika ombak terlalu kuat, kita perlu beredar dengan segera. Anda juga boleh check keadaan cuaca di website sebelum datang sini. Buat nya hujan, dah tak boleh lah nak mandi manda..Bahaya..

 

Bercuti Di Pantai Desaru Johor Parking Kereta
Parking Luas. Senang cari parking.

Parking memang luas. Jadi, senang untuk anda nak bawa ramai-ramai untuk berkelah nanti.Tak perlu risau bab parking. Bawa bas pun muat ni. Cuma untuk masuk ke kawasan pantai, anda akan di kena kan bayaran tau.Ada penjaga tol di laluan masuk ke sini.Tak silap, untuk kereta ,anda di kenakan duit parking RM2 (* betul kan jika saya silap..Lupa dah) .. Tapi yang pasti , memang akan di kenakan bayaran masuk. 

 

Bercuti Di Pantai Desaru Johor Gerai Jualan

Gerai-gerai jualan juga ada di buka di sekitar kawasan pantai. Ada gerai menjual makan, menjual peralatan mandian, pelampung, baju mandi untuk anak-anak dan pelbagai lagi. Jadi, anda tak perlu risau jika tak sempat nak masak dari rumah. 

Salah satu best di kawasan Pantai Desaru Johor ini adalah, ada nya kawasan tempat rehat yang luas.Di sini juga di sertakan tempat untuk anda BBQ. Jadi, tak perlu lah anda buat ungun api atau bawa bekas BBQ dari rumah. Anda hanya perlu bawa jaring dan arang untuk BBQ. 

Bercuti Di Pantai Desaru Johor Port Bbq

 

Jom jenguk pula di kawasan pantai. 

Bercuti Di Pantai Desaru Johor

Bercuti Di Pantai Desaru Johor Berkelah Makan BbqBercuti Di Pantai Desaru Johor Pasir Berkelah

Pantai nya cukup bersih dan selesa untk berkelah di sini. Jadi, memang sangat recommend untuk anda datang ke Pantai Desaru Johor ini jika anda nak kan pengalaman pantai yang bersih seperti ini. 

Dan lagi satu yang anda patut datang ke sini adalah, di sini ada life guard yang bertugas untuk membantu anda jika ada perkara yang tidak di ingini. Jadi, anda boleh mandi manda tanpa perlu risaukan apa-apa. Cuma jangan terlalu teruja, sampai lupa keselamatan diri ok. Chill jer..Enjoy holiday..

Bercuti Di Pantai Desaru Johor Life Guard

 

Ouh yaa..tertinggal bab penting iaitu tempat mandi / tandas. Anda jangan risau, di sini ada tempat untuk mandi serta tandas yang anda boleh gunakan. Semasa saya di sana, keadaan kawasan tersebut bersih, di selengara dengan baik, ada tukang cuci yang bertugas dan tidak busuk. Jadi, anda tak perlu risau bab itu.. Semua nya baik..hehe

So, ini adalah pengalaman saya bercuti / berkelah di Pantai Desaru Johor bersama keluarga. Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan environment di sini.Salah satu nya sebab , kawasan nya bersih dan selesa. Jadi, mood bercuti tu memang di tahap teringgi lah ..hehe

Ambil peluang dan masa untuk luangkan masa dengan keluarga kita. Hari biasa dah sibuk dengan kerja dan aktiviti harian kan, jadi, hujung minggu adalah masa terbaik untuk bersama (bonding) dengan ahli keluarga kita. Saya amat galakkan anda yang nak berkunjung ke Johor , datang bercuti di Pantai Desaru Johor . Ini lah tempat menarik di Johor.

2 Comments
  1. hakim says

    salam tuan,
    saya bercadang bercuti bersama keluarga di desaru coast. boleh saya tau tempat BBQ yg disediakan di tepi pantai seperti dalam gambar tu boleh digunakan secara percuma?

    dan boleh saya tau lokasi tempat bbq tu berdekatan dengan kawasan mana ya? adakah disediakan sepanjang pantai?

    1. MdAzlan says

      waalaikumsalam. Percuma tuan, selagi tiada orang gunakan. Ia terbuka kepad awam. Tiada bayaran .
      Tempat BBQ bi behampiran parking dan bukan sepanjang pantai..tak silap ada dalam 3-4 tempat BBQ..

      Welcome to Johor tuan. 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published.