fbpx

Senang nya Tukar Astro Ke Njoi

9 9,275

Senang sangat tukar Astro ke Njoi , cuma PM Facebook Page Astro dan cuma follow sahaja step untuk tukar Astro ke Njoi yang mereka beri kan. Mudah. Aku buat dalam 24 jam saje, dah boleh menikmati siaran Njoi yang FREE tu.

Mari aku tunjukkan cara -cara untuk tukar Astro ke Njoi untuk tahun 2020 ni. Yang baik nya Astro Njoi adalah, korang tak perlu bayar yuran bulanan dah.  Memang FREE sampai bila-bila. Cuma yang tak best nya adalah, siaran Astro Njoi adalah TERHAD. Tak banyak siaran yang best, banyak cerita lama yang berulang-ulang serta kualiti siaran bukan lah High Defination (HD) .

Tetapi jika korang tak kisah dan target korang adalah untuk BERJIMAT perbelanjaan bulanan tu, so, pakej Astro Njoi adalah pilihan paling tepat untuk korang.

 

CARA TUKAR ASTRO KE NJOI PALING MUDAH, CEPAT DAN SAH UNTUK TAHUN 2020

Pakej Astro Njoi 2020Cara ini lebih sesuai jika korang nak tukar akaun Astro yang lama , sudah terminate atau tamat kontrak dengan Astro. Jika akaun Astro korang masih ada tempoh kontrak / ada tunggakan , sila hubungi pihak Astro untuk langkah seterus nya.

 

Cara untuk tukar Astro ke Njoi adalah :

  1. Pastikan akaun Astro anda tiada tunggak , sudah tamat kontrak atau tiada apa-apa masalah dengan akaun korang tersebut. Jika tidak pasti, korang contact dahulu Astro untuk kepastian ya.
  2. Pastikan semua kelengkapan Astro korang dalam keadaan yang baik. Yang paling penting adalah dekoder dan piring satelit berfungsi dengan baik.  Jika rosak, mungkin anda perlu buat akaun yang baru / beli dekoder yang baru dari Astro.
  3. Jika akaun dan kelengkapan Astro sudah sedia dan tiada masalah, korang boleh terus hantar mesej @ PM terus ke Facebook Page ASTRO.
  4. Korang boleh tanya kan apa soalan / nak request apa-apa perkhidmatan dengan terus berkomunikasi melalui PM smartphone korang.
  5. Pihak Astro admin akan minta nombor akaun Astro anda untuk mereka semak status akaun tersebut . Jika ok, korang boleh proceed untuk tukar Astro ke Njoi. Sebalik nya, jika ada masalah, korang kena settle kan dulu masalah tersebut.
  6. Setelah di periksa dan tiada masalah berkaitan akaun korang, admin Astro akan beri mesej di bawah :

Cara Tukar Astro Ke Njoi 2020

Jadi, untuk aktifkan akaun Njoi korang, korang perlu modal kan RM50 sebagai yuran pengaktifan akaun Astro Njoi korang. RM50 ni korang bayar masuk ke akaun Astro orang sedia ada yer. Sama macam korang bayar bil bulanan Astro korang sebelum ni. Jadi, masukkan RM50 ke akaun Astro korang. Jangan minta bayar cash ke admin Astro tu. Mereka tak kan terima sebarang transaksi luar / personal. Selepas selepas pembayaran, korang reply semula admin Facebook Astro tadi untuk pengesahan pembayaran. Bila semua dah ok , dan Astro setuju untuk tukar Astro ke Njoi , korang akan dapat mesej ini :

Aktif Selepas Tukar Astro Ke Njoi

Untuk kes aku ni, akaun NJOI aku dah mula aktif dalam masa kurang 24 Jam dari masa aku terima mesej di atas. So, dah boleh tengok siaran Astro Njoi secara PERCUMA tanpa risau akan bil bulanan lagi. Jimat banyak bossku.

Soalan korang mesti nak tahu, apa saluran / siaran / Channel yang adalah dalam Njoi kan? Refer kat bawah ni .

Siaran Channel Astro Njoi

Korang akan dapat siaran TV percuma macam TV1 , TV2, TV3 dan sebagainya, serta beberapa channel / saluran dari Astro sendiri seperti ,Prima 105 , OASIS 106, Warna 132 ,Awani 501 dan lain-lain lagi. Memang tak banyak pun, dan semua nya adalah channel basic Astro . Cerita yang di hidangkan juga adalah cerita-cerita lama. Tapi aku tak kisah pun, sebab aku jarang tengok TV sangat .Bak kata orang, saje pasang TV untuk buat bising rumah..hehe.

Yang penting sekali, tiada tambahan komitmen setiap bulan.. Itu yang buatkan aku ENJOYYYYY.. 🙂 Jadi, sekali lagi aku bagitau, nak tukar Astro ke Njoi , pastikan korang akan akaun Astro , tiada tunggakan serta semua aksesori Astro korang dalam keadaan baik .

Jumpa lagi guysss.. Jika ada sebarang soalan, drop kan soalan korang di bawah okay. Bye.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

9 Comments
  1. Amir says

    Td aku ada buat cmni gak down gred astro ke njoi..tp dorg minta bayar Rm199.. apsal org lain tak kena bayar.. tolong la aku ni

    1. MdAzlan says

      Mungkin tuan ada tunggakan / atau akaun tuan masih dalam kontrak denga Astro.Boleh call direct dengan Astro untuk mereka semak

      1. Niswari says

        Salam. Kalau guna dekoder lama tu bayar Rm50 saja ke? Bukan Rm399??

        1. MdAzlan says

          Wasalam. Yes. RM50 sahaja untuk convert akaun ke Njoi. Kalau nak convert baru semua sekali, baru kene bayar RM399.
          Terima kasih.

    2. areseeree says

      saya pun kena 199…

      1. Nurul says

        Asslm..maaf bertanya. Kalau dah dpt siaran njoi tu.. Boleh ke kita nk langgan astro first?
        Ada cara tak?

        1. MdAzlan says

          wasalam, yes.boleh.. terus langgan di saluran 480.

  2. Steve says

    Hello En. Azlan,

    Boleh Tanya conversion Astro ke njol charge $50 Masih Ada? Sy Masih ada decoder Astro Lama. Thx..

    1. MdAzlan says

      Hi tuan, yes. Perlu masukkan RM50 ke dalam akaun Astro untuk aktifkan Njoi. Boleh guna decoder Astro lama, asalkan ia masih berfungsi dengan baik serta kad nya juga masih ada. Nanti pihak Astro akan minta no siri dekoder serta no kad astro untuk aktifkan akaun nJoi tuan.

      RTerima kasih

Leave A Reply

Your email address will not be published.