Semak Tempat Mengundi Daftar Pemilih 2022

0 204

Pilihanraya 2022 akan di adakan tak lama lagi. Jom semak tempat mengundi anda sekarang dan buat perancangan perjalanan anda & keluarga terutama yang pasangan akan membuang undi di kawasan yang berlainan. Lagi jauh kawasan mengundi, lagi lah anda perlu untuk merancang perjalanan anda kelak.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri telah pun secara rasmi nya membuat pengumuman bubar parlimen pada Oktober 10, 2022 dan pilihanraya umum ke-15 perlu di lakukan dalam tempoh 60 hari dari tarikh bubar parlimen.

 

Cara Semak Tempat Mengundi / Check Daftar Pemilih Untuk Pilihanraya Umum Ke-15 2022

 

Jom semak dahulu daftar pemilih anda di laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

Langkah 1 : Masuk ke MySPR Semak di laman rasmi ini – https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih

 

semak tempat mengundi pru ke-15 tahun 2022

Langkah 2 : Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor perkhidmatan untuk Polis / Tentera. Isikan juga askara ‘Captcha’ sebagai frasa keselamatan dan klik pada butang “Semak”

 

Langkah 3 : Anda sudah dapat maklumat daftar pemilih untuk pilihanraya umum kelak.Saya akan mengundi di Negeri Sembilan. Anda akan mengundi di mana nanti ? Boleh kongsikan di ruangan komen di bawah.

 

 

Semak tempat mengundi anda seawal mungkin, kerana bila anda check last minit nanti, kebiasaan nya laman web tersebut mungkin akan lebih perlahan berbanding waktu biasa.

Dalam laman web rasmi SPR tersebut, anda juga boleh semak nama calon-calon wakil rakyat di kawasan pemilihan anda kelak serta boleh semak keputusan rasmi pilihanraya umum pada hari mengundi nanti. Jadi, saya bukan nak mewakili mana-mana parti, anda pilih lah wakil rakyat yang boleh mewakili suara anda di Dewan Rakyat kelak, bukan hanya mereka yang 5 tahun sekali anda baru tahun kewujudan mereka.

Selamat mengundi dan memilih.

Leave A Reply

Your email address will not be published.