Semak Geran Khas Prihatin LHDN Bermula 3 June 2020

0 327

Anda boleh mula semak Geran Khas Prihatin LHDN (GKP) yang anda sudah mohon dari 01 hingga 15 May 2020 bermula dari 03 June 2020 di laman web rasmi LHDN. GKP atau Geran Khas Prihatin adalah salah satu inisiatif dari pihak kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membantu syarikat / perniagaan kecil yang terkesan dengan impak isu COVID-19 di Malaysia.

Cara Semak Geran Khas Prihatin LHDN (GKP) 2020

Ini perkongsian rasmi dari pihak LHDN berkaitan dengan bila dan bagimana anda boleh semak Geran Khas Prihatin LHDN anda.

 

Cara Semak 1 – Masuk ke portal rasmi GKP di : https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login

Cara Semak Geran Khas Prihatin Lhdn FrontCara Semak 2 – Masukkan No. Kad Pengenalan anda di ruangan ID Pengguna. Pastikan anda sudah mendaftar dan membuat permohonan untuk Geran Khas Prihatin (GKP) ini, Jika anda tidak pernah memohon , anda tidak akan boleh akses kandungan di website ini.

Cara Semak Geran Khas Prihatin Lhdn 2020

P/S – Status permohonan Geran Khas Prihatin ini di semak pada 2/June/2020. Jadi, untuk keputusan rasmi sama ada LULUS , KIV atau Gagal hanya akan di ketahui bila anda semak geran khas prihatin LHDN bermula 03/Jun/2020 sahaja.

Jika LULUS , anda akan menerima pembayaran tersebut yang akan di kredit kan ke akaun bank anda bermula 15 June 2020.

Namun jika anda GAGAL dalam permohonan GKP ini, anda boleh membuat rayuan ke LDHN bermula 03 Jun sehingga 15 Jun 2020. Keputusan rayuan pada 22 Jun 2020, dan jika LULUS, pembayaran akan di kredit ke akaun anda bermula 29 Jun 2020.

Amaun yang bakal anda terima jika permohonan anda lulus adalah sebanyak RM3000 secara one-off (sekali bayar). Yang bagus dengan program GKP ini adalah, duit bantuan ini bukan lah pinjaman , jadi anda tidak perlu buat apa-apa bayaran selepas penerimaan wang GKP anda.

 

Cuma perlu di ingat, kepada yang lulus, sila gunakan duit tersebut ke arah yang baik seperti bayar hutang stock dengan pembekal, atau menambah lagi stock sedia ada, atau melabur dalam sesuatu niche lain yang boleh mengganda kan wang tersebut. Jangan ambil kesempatan menggunakan wang tersebut untuk beli gadget /  tukar smartphone baru. Lebih baik gunakan pada perkara yang boleh membawa keuntungan lebih besar di masa akan datang.

Mudahkan cara semak Geran Khas Prihatin LHDN untuk tahun 2020 ini. Saya doakan permohonan anda lulus dan boleh kembangkan lagi perniagaan anda .

Leave A Reply

Your email address will not be published.