fbpx

Semak Bil Air Online SAJ Johor

4 29,156

Sepanjang PKP, anda boleh semak bil air online SAJ Johor tanpa perlu tunggu bil fizikal dalam post box kalian kerana sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) , kemungkinan tiada / perlu lebih masa untuk staff SAJ akan buat semakan meter air dari rumah ke rumah. Jadi, anda boleh terus semak bil air online SAJ Johor terus dari desktop atau smartphone anda.

Ini cara bagaimana untuk anda semak bil air online SAJ Johor untuk lihat bil bulanan terkini atau jika ada apa-apa tunggakan bila yang lepas.

Cara Semak Bil Air Online SAJ Johor

 

Cara #1 – Klik terus ke website rasmi Ranhill Syarikat Air Johor (SAJ) di :- https://ranhillsaj.com.my/

 

Cara #2 – Klik pada icon ” E-Billing ” untuk terus ke bahagian bil dan pembayaran. Ada juga perkhidmatan lain, tetapi jika berkaitan dengan anda, anda boleh gunakan juga seperti nak buat aduan berkaitan air dan lain-lain lagi.

Semak Bil Air Online Saj Johor

 

Cara #3 : Anda akan di bawa ke bahagian login seperti di bawah. Di sebab kan anda 1st time nak guna perkhidmatan e-biling, jadi anda perlu buat daftar pengguna (user) baharu . Klik terus pada “New User? Register Now” .

Semak Bil Air Online Saj Johor Pendaftaran

Anda perlu lengkap kan semua butiran di ruangan yang di minta seperti nombor akaun, nama, nombor kad pengenalan , dan sebagainya.  Pastikan anda lengkap kan ok mana yang penting. Jika tiada nombor telefon rumah / pejabat, boleh kosongkan. Saya tak letakkan info di ruangan tersebut. Terus isi kan nombor handphone sahaja. Selepas dah isi (pastikan maklumat betul dan sama dengan details di bil lama anda- SEMAK DULU terutama nombor akaun ) , terus tekan “SUBMIT”

Semak Bil Air Online Saj Johor Daftar

 

Cara # 4 –  Anda akan terima satu email pengesahan dari SAJ . Sila rujuk email anda  (seperti di bawah)  . Jika tiada di bahagian inbox, sila cari di bahagian promotion / Spam .  Seterus nya, anda perlu klik pada bahagian ” click here ” sebagai pengesahan email kepada pihak SAJ untuk link kan akaun anda tadi dengan sistem mereka,

Pastikan klik pada “click here” ok. Jika tidak, akaun anda tidak akan di aktif kan dan anda tidak boleh login ke dalam e-billing SAJ. Macam mana nak semak bil air online SAJ Johor kalau tak boleh login kan. Jadi, ini amat penting yer.

Semak Bil Air Online Saj Johor Email

Selepas anda klik pada “click here” di email anda tadi, anda akan terus di bawa ke bahagian registation form seperti di bawah. Buat username dan password yang mudah untuk anda ingat untuk login kelak.

Semak Bil Air Online Saj Johor Mesti IsiSetelah anda klik ” register”, tahniah, akaun anda sudah di aktifkan dan anda boleh dah login masuk ke akaun / dashboard untuk semak bil air online SAJ Johor anda.

Semak Bil Air Online Saj Johor Success 1

Cara #5 – Anda perlu login semula menggunakan username dan password anda tadi, dan anda akan di bawa ke halaman dashboard akaun SAJ anda seperti di bawah.

Semak Bil Air Online Saj Johor Bil History Usange

Setakat bulan April ini, saya tiada tunggakan untul bil air SAJ saya. Clear 🙂 . Jadi, jika anda tunggakan atau bil yang baru, amaun tersebut akan di paparkan di bahagian “outstanding balance” . Anda boleh terus bayar amaun tersebut dengan tekan butang “Pay Now” dan anda boleh buat pembayarabn terus melalui online transfer .

 

Semak Bil Air Online Saj Johor Payment Fpx Bayaran

 

Jadi ini lah cara bagaimana untuk anda semak bil air online SAJ Johor anda tanpa perlu tunggu bil kertas / tunggakan sehingga berbulan-bulan. Takut lagi lama anda tangguh, nanti tak boleh mandi pulak. Air dah kene potong. 🙂 . Cuma sepanjang PKP ini, saya tidak pasti bagaimana pihak Ranhill SAJ nak keluarkan amaun yang perlu di bayar. Adakah ia sama kaedah pengiraan seperti TNB yang menggunakan amaun sama dengan bil bulan March untuk penbayaran  bulan April. Bila PKP sudah tamat, mereka akan buat pengiraan semula berdasarkan nilai penggunaan yang sebenar nanti.

Di harap, cara semak bil air online SAJ Johor ini dapat membantu anda buat bajet bulanan sepanjang PKP ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

4 Comments
  1. halijah says

    Terima kasih atas tutorial cara daftar bil online SAJ

    1. MdAzlan says

      Sama-sama

  2. miezza says

    Terima kasih . Akhirnya saya berjaya semak bil SAJ online .

    1. MdAzlan says

      Alhamdulillah..sama2.. gembira dapat bantu.

Leave A Reply

Your email address will not be published.