Yes. Saya kene tipu sebab kegoaan sendiri yang tak nak belajar dari yang lebih pakar dan berpengalaman πŸ™

Cerita nya macam nie.. ( harap dapat ambil iktibar yer .. Jangan jadi macam saya )

Pada permulaan nya, saya mencari cara memborong di China di Google.. Maka terjumpa lah pelbagai cara dan cerita yang menarik dari penulisan orang lain.. Mau nya tak teruja lepas baca , borong barang pada harga RM1.50,tetapi boleh jual di pasaran Malaysia RM15 seunit.. Wahhhhh.. Mata dah ada simbol $$$ ..Β  Bayangkan berapa untung korang bila beli RM1.50, jual RM15.00 .. Masyukkkk…

Kita buat kira-kira sikit yer … Ini main borong .. Kuantiti yang banyak, baru dapat murah..

Contoh Casing Telefon ( kene beli 100 unit minimum )

1 Unit (harga Borong) = RM1.50 @ 100 unit = RM150.00

Tambah kos semua (penghantaran, packaging, kos-kos lain) = RM30

Jumlah kos sebenar : RM150+RM30 = RM180 @ RM1.80/unit

Sampai di Malaysia, kita suvey harga market dalam RM15-RM20/unit. Jadi, kita ambil lah RM15/unit harga jualan.

Keuntungan : RM15 RM1.80 = RM13.20 ( Untung 733%)

Amacam ?? Teruja tengok margin keuntungan di atas. Ini contoh kiraan yang saya korek dari beberapa kawan yang main niche gajet . Realiti memang lebih kurang macam nie..Β  Sorry buat tokey-tokey semua yer.. hahaha.. Sifir nya mudah sahaja, beli borong dengan harga super murah, dan jual semula dengan harga berkali ganda…

Sumber Gambar : unknownfieldsdivision.com

OK .Sambung cerita semula . Saya pun mula lah cari beberapa supplier untuk niche saya .. Dan selepas shortlist kan 3 yang boleh bagi harga agak OK, saya pun decide lah untuk ambil dengan supplier X . Selepas chat beberapa ketika , maka kami pun bersetuju dengan amaun dan cara penghantaran yang akan di lakukan.. masa tu fikir,mudah nya cara memborong di China nie yer .. Tekan-tekan dah dapat ..

Saya beli 10 unit power bank (masa nie power bank belum di ban dari Air-Freight) dari supplier X dengan harga anggaran RM750 termasuk segala kos tambahan . Kata nya akan sampai di Malaysia dalam anggaran masa 7 hari waktu bekerja. So,ok lah..tunggu seminggu sahaja pun.. Tidak lah terlalu lama . ..Rase tak sabar pun ada.. Barang nie boleh jual RM199 ikut harga pasaran ..memang rare ..

Selepas 7 hari menunggu….

Tiada apa-apa berita ..Ahh..sudah ..Hati dah mula tak sedap … No tracking yang di janjikan pun tak kunjung tiba..apatah lagi barang nya ..

 

Masih fikir positif lagi … Cool brader ..

 

Akhirnhya .. Hari ke -10 , baru barang yang di pesan sampai ke rumah .. hehe..seronok bukan main .. apa yang di hajati dah tiba .. pelanggan pre-order dah bayar pun..tunggu barang sampai, dan mula kan pos ke pelanggan yang dah tak sabar -sabar dah.. Jadi,terus sign kat form serahan barang dari kurierΒ  dan terus masuk pejabat .

Jeng..Jeng..Jeng.. ( Dari sini lah saya belajar sesuatu ..)

Masalah yang datang kepada saya adalah :-

  1. Kuantiti tidak mencukupi. Saya order 10 unit ,tetapi saya hanya terima 8 unit sahaja . Rugi 2 unit hilang (seperti gambar di bawah)
  2. Saya anggap 8 unit, rupa nya kurang lagi satu di mana,kotak ada,tetapi isi nya yang tiada .. Total hilang 3 Unit.
  3. Ada 1 unit yang rosak.Tidak boleh di gunakan .
  4. Ada lagi satu unit yang ada bunyi bergegar bila di angkat . Mungkin item ini pernah jatuh dari tempat tinggi .
  5. Jumlah unit hilang dan rosak adalah 4 unit . Kerugian saya adalah RM75 x 4 = RM300 .. Nangis wooo … huuuu
  6. Cuba contact supplier , tiada jawapan dari email atau chat .

7. Bila di teliti semula, rupa nya ada kesan kotak ini di toreh dan di tampal semula untuk mengaburi mata penerima . Lihat kesan tersebut pada gambar di bawah .

 

 

Jelas saya sudah terkena. Saya rugi RM300 . Dan tambah pula perlu pulangkan duit pelanggan yang sudah bayar deposit sebelum itu. Anggaran kerugian saya adalah RM500 .. Ini yuran keegoan yang saya perlu bayar.. Kerana ego dan bajet pandai , maka tanggung lah kerugian RM500 … πŸ™ πŸ™

Kesilapan yang saya lakukan adalah :-

  1. Fikir pandai .Boleh buat sendiri tanpa perlu merujuk kepada orang yang lebih berpengalaman memborong di China.
  2. Tempah menggunakan laman web persendirian yang tiada jaminan dari pihak pembekal. Bukan melalui website oline shopping yang terkenal seperti AliExpress /Taoboa.
  3. Berat/malu nak bertanya kepada orang lain .

Selepas dari peristiwa itu , saya agak tertekan dengan situasi tersebut . Barang tak dapat jual, dan perlu tanggung kerugian . Titik lotak dari peristiwa tersebut, saya mula bertanya kepada beberpaa kenalan saya dan rujuk dalam beberapa forum , akhir nya saya jumpa panduan lengkap terbaik cara memborong di China secara selamat dan berkesan . Dari situ, baru lah saya tahu yang ada cara selamat bila kita nak memborong barang secara online di China. Bukan main order jer, tak tahu hujung pangkal ..

Banyak lagi barang murah di China yang kita dapat terokai dari laman web Taoboa nie… Harga pun murah .. dan pasti nya, kita akan ada cara dan prosedur yang selamat bila berurus niaga dengan Taoboa .

Dalam panduan ini saya belajar 5 rahsia yang di simpan oleh orang yang dah berjaya dalam memborong di China , iaitu : –

  1. Bagaimana nak cari produk yang ‘Hot”dan konfom laku keras .
  2. Apa produk yang tak boleh anda borong dan salah di sisi undang-undang.
  3. Cara yang betul dan selamat memborong di Taoboa
  4. Bagaimana nak jual produk borong di pasaran tempatan
  5. Belajar proses jualan anda dan teknik ayat ‘manis’

Saya memang rekeman anda yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia memborong ini, anda perlu dapatkan panduan ini .Jangan jadi seperi saya sebelum ini,yuran ego saya adalah RM500.

Anda nak rugi RM500 atau hanya perlu laburkan sedikit modal anda untuk dapatkan panduan yang lengkap dan terbukti berkesan.Tak perlu fikir jauh atau pening, hanya perlu copy paste sahaja setiap step yang di ajar dan anda akan dapat barang yang anda hajati dengan selamat .

Terus dapatkan di sini . Saya dah belajar dari kesilapan saya, dan panduan ini mengubah 100% cara memborong di China yang saya amalkan sebelum ini .

Seperti yang guru saya kata kan, rendahkan ego anda demi sebuah kejayaan ….Tidak kalah seseorang jika rendahkan ego nya dalam mengejar sebuah impian.

Jom memborong !! πŸ™‚ Pilih cara memborong di China yang betul .

8 thoughts on “Saya Kene Tipu ! Ini Cara Memborong di China Yang Betul”

  1. yang minat nak memborong dr China, memang digalak dpt servis drp provider yang dah establish nama..banyak kes kena dpt brg tp tak memuaskan..tq for the sharing bro

    1. Betul tuan.. untuk memborong dalam talian , kene tawakal sebab mempunyai risiko tinggi jugak . Banyak kene belajar lagi. πŸ™‚

      Thanks for your input.

    1. Betul tuan.Pengalaman berharga .. buang ego, belajar dari yang berjaya dan tiru terus org tersebut . πŸ™‚

    1. Bayaran untuk item serta bayaran untuk shipping .

      Cukai bergantung kepada nilai barang serta jenis item yang anda borong
      Tak silap, ada sedikit cukai jika ambil borong atas RM500 ..

      Terima kasih

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *