Sarapan Pagi Di Kota Bharu – Kopitiam Kita

0 2,114

Sarapan Pagi Di Kota Bharu ,Kelantan sangat mengujakan sebab ini pertama kali saya dan keluarga menjejakan kaki ke bumi Kelantan. Jadi, pagi hari pertama, semenstinya mencari tempat untuk sarapan pagi di Kota Bharu , Kelantan.

Ramai kawan-kawan saya mencadangkan untuk bersarapan di Kopitiam Kita , Kota Bharu Kelantan. Mereka kata yang, ini adalah kedai makan untuk sarapan pagi di Kota Bharu yang paling popular.Ramai selebriti, orang kenamaan, ahli politik yang akan datang sarapan di sini .. Woowww.. Memang sangat mengujakan lah untuk mencuba.Dalam survey saya di Google , ramai juga mencadangkan kedai ini.

Alhamdulillah.. Saya sudah tiba di Kopitiam Kita . Kami datang seawal jam 7.30 pagi, dan masa itu pun, sudah ramai yang sedang bersarapan di sana. Memang betul popular sebab tu satu Malaysia tahu kedai ni. Tak silap, kedai Kopitiam Kita pernah masuk pelbagai rancangan di televisyen seperti Jalan-Jalan Cari Makan .. Power beb..

Tempat Sarapan Pagi di Kota Bharu Kelantan yang Wajib Singgah

Nampak, ramaikan pelanggan mereka. Masa saya dan keluarga ke sana pada hari biasa, tetapi itu pun dah ramai macam ni. Anda bayang kan suasana semasa cuti hujung minggu. Semasa kami sedang enak menjamu selera pun , sudah ada beberapa keluarga yang sedang tunggu giliran di pintu masuk kedai. Jadi, anda perlu datang awal ok.

Apa yang paling saya teruja adalah, kedai ini menyajikan pelbagai jenis makanan tradisi Kelantan. Anda boleh terus pilih sahaja apa makanan yang anda berhajat nak makan seperti nasi kerabu, kuih akok, nasi dagang dan banyak lagi sarapan-sarapan tradisi Kelantan. Mari, saya tunjukkan sampai rambang mata anda nak pilih yang mana.. Kalau boleh, semua nak makan..hehe. Ada juga jenis makanan yang pertama kali kita dengar.

Semua makanan tersebut sudah sedia di bungkus, anda anda boleh terus ambil dan makan. Jika dah kenyang dan rasa nak makan menu yang lain, saya cadangkan anda bungkus bawa balik jer..hehe .Rugi lah datang jauh-jauh, tetapi tak sempat merasa makanan warisan negeri Kelantan.

Lagi menarik dengan Kopitiam Kita Kota Bharu ,Kelantan ini adalah menu istimewa nya iaitu Roti Titab.

Ia adalah sekeping roti tebal yang di bakar, di padankan dengan kaya pandan serta telur separuh masak di atas nya. Apa lagi nak cakap, memang sedap sangat. Kombinasi roti, kaya dan telur memberikan rasa yang kita tak pernah rasa sebelum ni. Roti Titab ini adalah menu wajib yang patut anda cuba.

Dari segi harga, ia amat berpatutan dengan rasa , suasana dan pilihan makanan yang ada. Tidak terlalu mahal. Kami makan banyak dah, dengan nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, air, roti titab yang semua nya bawah RM30. Ok lah kan..

Jadi, jika anda berhajat nak datang sarapan pagi di sini, saya akan sarankan anda untuk datang seawal mungkin supaya anda boleh dapat tempat duduk dan boleh makan dengan selesa.

Kedai ini terletak betul-betul di bandar Kota Bharu, jadi amat mudah untuk cari kedai ini. Nak senang, guna lah Waze. Pasti sampai dengan selamat. Jadi, buat anda yang sedang merancang untuk bercuti di Kelantan, Kopitiam Kita adalah tempat anda wajib datang untuk sarapan pagi di Kota Bharu, Kelantan.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.