RHB Personal Loan Mudah Lulus ?

0 8

Orang kata RHB personal loan mudah lulus berbanding apply di bank-bank lain. Betul ke ? Saya boleh tunjukkan info-info yang berkaitan dengan personal loan dari RHB tersebut, cuma saya tak jamin akan confirm lulus kerana anda masih perlu untuk memenuhi terma & syarat untuk apply personal loan tersebut. Berdasar kan info-info perbandingan yang saya tunjukkan di bawah, memang ada chance lah orang kata 🙂

Semak info di bawah sebelum anda decide untuk buat pinjaman peribadi anda ok.

 

Betul Ke RHB Personal Loan Mudah Lulus Berbanding Bank-Bank Yang Lain ? 

 

Info ini di keluarkan oleh RinggitPlus.com (Updated sehinggan November 2022) .

Ok, anda bandingkan terma & syarat untuk RHB personal loan berbanding dengan penyedia kewangan / bank yang lain. Antara syarat yang sangat baik untuk anda adalah :

  1. Monthly income yang rendah – Ini antara kenapa saya boleh kata kan RHB personal loan antara yang berpotensi tinggi untuk mudah lulus kerana anda tak perlu kan basic / gaji bersih yang tinggi untuk memohon pinjaman peribadi anda bersama dengan mereka. Dengan gaji minimum RM1500 sudah boleh memohon pinjaman peribadi di RHB Bank Malaysia.

Bagi anda yang tidak mempunya gaji yang besar melebihi RM2000 sebulan ataupun anda fresh graduate yang baru bekerja tak sampai setahun, syarat minimum pendapatan rendah ini sangat membantu untuk membolehkan peluang personal loan anda untuk lulus , dengan syarat, anda juga tidak mempunyai banyak komitmen lain seperti hutang loan lain. bank boleh dapat tahu dengan details secara kasar berapa komitmen bulanan anda.

AEON Credit Service juga menawarkan syarat pendapatan minimum terendah berbanding bank-bank yang lain.

2. Tempoh pinjaman sehingga 84 bulan @ 7 Tahun – Anda boleh pilih tempoh pembayaran maksimum sehingga 7 tahun. Jom kita buat kira-kira berapa yang anda perlu bayar jika anda bercadangan untuk ambil pinjaman sebanyak RM15’000 dan bercadangan nak bayar semula dalam tempoh 7 tahun.

 

rhb personal loan calculator by ringgit plus 2022

Untuk pinjaman dengan RHB personal loan sebanyak RM15’000, anda perlu buat bayaran sebanyak RM350.57 sebulan dengan interest sebanyak 13.76% p.a . Mungkin ada orang akan kata , wahh.. banyak nya kena bayar tetapi jika anda memang sangat memerlukan untuk membayar keperluan anda seperti buat pinjaman untuk majlis perkahwinan, pembelajaran, selesaikan hutang-hutang lapuk atau combine hutang dalam satu hutang sahaja dan sebagainya. Bergantung kepada atas tujuan apa anda buat loan tersebut. Jika anda buat loan untuk beli barang-barang bukan keperluan / nak ikut trend semata-mata, lebih baik elak kan yer.

Untuk apply RHB Personal Loan – Tekan sini .

 

Jadi bagaimana ? Confident nak apply RHB personal loan selepas pertimbangkan info-info di atas ?

Seperti yang saya tekan kan di atas, saya tak jamin ia 100% confirm lulus, tetapi jika ikut syarat yang di perlukan, ada peluang yang cerah. Nak lagi senang dan terpaling confident, anda boleh check score CRISS / CTOS anda. Lagi tinggi score CRISS / CTOS anda, lagi cerah peluang loan anda lulus dengan mudah tanpa perlu submit dokumen tambahan atau risau pinjaman anda di tolak. Jika anda tak perlukan amaun loan yang tinggi, boleh buat kerja lain atau main saham BSKL sebagai pendapatan sampingan anda

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.