Review Kipas Siling Rubine Vetta56 Malaysia

0 20

Kipas siling lama dah pusing slow ? Saya rekemen Kipas Siling Rubine Vetta56 5 bilah dengan 4 kelajuan ini yang memang awesome guys. Saya dah guna 2 unit di rumah saya sejak 1-2 minggu yang lepas dan memang terbaik model ni. Harga pun lebih mampu milik berbanding brand premium yang lain. Paling menarik adalah, kipas siling ini memberikan angin yang kuat. Sangat puas hati. Jom saya review secara ringkas berkenaan kipas siling ini.

Review Produk : KIPAS SILING RUBINE Vetta56 Series – 5 Bilang + 4 Kelajuan

review product kipas siling rubine vetta65 malaysia
RUBINE RCF-VETTA56-5B-GM 56 INCH 5 BLADES 4 SPEEDS CEILING FAN with REMOTE CONTROL

Details model kipas yang saya beli ;

  • Jenama : RUBINE
  • Model : RCF-VETTA56-5B-GM
  • Bilangan Bilah : 5 Bilah
  • Jenis Bilah : ABS
  • Panjang Bilah : 56 inci
  • Kelajuan : 4
  • Remote Control : Ada
  • Warna : Dark Grey
  • Timer : Ada ( 1 , 3, 6 Jam)
  • Output Power : 85W
  • Voltage : 240V / 50Hz
  • Speed (RPM) : 250 +/- 10%
  • Jenis Motor Kipas : AC Motor
  • Warranty Motor : 3 Tahun
  • Warranty Kipas : 1 Tahun dari RUBINE Malaysia.

 

Ini adalah kipas siling RUBINE yang saya beli secara online dari Lazada Malaysia. Kenapa saya pilih model ini berbanding brand lain yang lebih murah macam kipas Deka ? Ini antara 10 sebab kenapa saya pilih model Rubine ni:

  1. Atas faktor jenama itu sendiri. Rubine antara jenama yang boleh di katakan di percayai dan berada dalam ketegori pertengahan, tak terlalu murah dan tak terlalu mahal.
  2. Ikut review dari customer yang pernah guna model & jenama ini, tiada masalah yang remeh-remeh dan jarang rosak.
  3. Ada 5 bilah panjang 56″ yang boleh memberikan aliran angin yang lebih baik
  4. Penarafan 5 bintang untuk penjimatan penggunaan elektrik .
  5. Design kipas yang cantik dengan warna yang menarik. Nampak mewah serta esklusif.
  6. Ada warranty motor kipas yang lama iaitu selama 3 tahun, Jadi, bila jenama ini boleh beri jaminan yang lama, bermakna kualiti item mereka boleh di percayai.
  7. Ada fungsi remote control – Malas nak bangun hanya semata-mata untuk tutup / perlahan kan kipas 🙂 . Just tekan dari remote di tangan settle masalah..hehe
  8. Harga lebih mampu milik. Saya beli 2 set kipas ini (semasa promosi online) pada harga RM386 sahaja – bermakna RM193 seunit. Jika di bandingkan dengan jenama premium seperti Panasonic / KDK, saya perlu bayar RM350 seunit kan. Dengan bajet yang terhad, RUBINE adalah pilihan yang terbaik .
  9. Ada sticker SIRIM pada bahagian motor . Terbaik. Kipas pun senyap , motor tidak berbunyi kuat.
  10. Angin yang kuat – Mula-mula baca komen pengguna lain yang kipas ni berikan angin yang kuat, then di kotak sendiri pun Rubine claim “Strong Wind” . Selepas di pasang & di gunakan, memang best. Angin kuat. Set pada speed 3 pun dah rasa angin yang kuat.

 

penarafan pengunaan tenaga 5 bintang

features rubine ceiling fan 5 blades

kipas angin kuat

 

Mesti korang akan tanya macam mana saya boleh dapat harga kipas ini dengan murah ? RAHSIA NYA – Pastikan beli semasa promotion day sahaja ..hehe. Sepatut nya harga asal untuk 2 Unit adalah RM427.80 , tetapi jika beli semasa promotion sales,  anda boleh nilai kan berapa banyak saya dapat diskaun siap dengan Free Shipping. Ouh ya, order saya ini di hantar menggunakan Lazada Express – So far beberapa kali dapat shipping Lazada Express ni, agak laju jugak penghataran.

harga kipas siling rubine lazada promotion 9.9

Belum pernah beli barang di Lazada ?

Dah siap pasang dua set di dalam rumah saya. Semua DIY buat sendiri , sebab pasang kipas mudah sahaja sebenar nya. Janji cukup tools macam tangga, screwdriver dan sebagai nya. Jika anda tak biasa, boleh panggil kawan / electrician yang bertauliah untuk pemasangan.

pasang kipas

 

Overall, semua memang ok . Tiada masalah dengan produk serta harga yang berpatutan , kena dengan bajet yang terhad untuk rakyat biasa seperti saya ni. Ada lebih duit simpanan, kita beli barangan untuk rumah kita sendiri untuk keselesaan ahli keluarga kita. Jadi, sekarang korang guna kipas siling yang macam mana ? Kongsikan di ruangan komen di bawah ye.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.