Review Filem : Upin Ipin Jeng Jeng Jeng 2016
Review Filem – Upin Ipin Jeng Jeng Jeng 2016
Alhamdulillah, saya bersama keluarga berkesempatan untuk menonton filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng pada 09-Desember-2016 yang lepas. Sebenarnya, agak lewat dapat menonton dari tarikh pelancaran filem (24/Nov/2016) yang di tunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia sebab saya sedang bercuti di Melaka dan menyelesaikan beberapa urusan penting . Jadi, demi memenuhi hasrat anak-anak yang hari-hari duk tanya ” bila papa nak bawak tengok upin ipin kat wayang nie… ” , saya luangkan masa untuk mereka untuk menonton filem ini.
Mereka memang sangat teruja dari masa kami tempah tiket secara online . Dah tu, sementara nak tunggu untuk masuk ke dalam panggung pun , setiap masa mereka akan tanya..bila lagi nak masuk nie..lambat nya… hehehe..Seronok dengan keletah mereka..
Sinopsis Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng 2016 :
Filem ini berkisarkan tentang seorang budak perempuan bernama Aqish (lakonan Puteri Balqis) , seorang anak yatim yang tinggal di sebuah rumah kebajikan. Namun, segala kegembiraan mereka telah berubah dengan kedatangan si abang jahat (lakonan Gambit) yang ingin mengambil kembali tanah rumah kebajikan tersebut yang di katakan ia adalah milik ayah nya.
Kak Nor (lakonan Sara Ali), anak kepada pimilik rumah anak yatim tersebut yang menjadi tertekan dengan situasi tersebut.Di tambah pula masalah kekurangan dana untuk rumah anak yatim tersebut. Dalam masa yang sama, Awie (lakonan Awie) dan Bo (lakonan Remi Ishak) mempunyai masalah kewangan dan di halau dari rumah sewa mereka. Sehingga membawa mereka kembali ke rumah anak yatim -tempat asal mereka di besarkan.
Maka, dari itu , dengan bantuan Abg Awie & Abg Bo, bermula lah pejuangan mereka untuk mencari dana kewangan untuk menebus kembali tanah yang bakal terjual dengan harga lebih RM400K. Mereka mendapat idea untuk membuat satu konsert amal,namun masalah tiada sponsor yang berminat sehingga lah Aqish berjanji semasa sidang media yang, Upin Ipin yang sebenar akan muncul semasa konsert amal tersebut. Ini yang membuatkan ramai datang ke konsert untuk melihat Upin Ipin yang sebenar membuat persembahan.
Akhir sekali, Upin Ipin tiba-tiba muncul semasa konsert dan meghiburkan semua orang yang hadir. Abang Jahat kembali menjadi baik dan insaf dan berjanji akan buat bakti untuk rumah anak yatim tersebut. Setelah semua selesai, Upin Ipin kembali ke dunia mereka untuk mengembirakan orang lain yang mempunyai masalah seperti Aqish.
Review Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng
Filem ini adalah sebuah filem animasi pertama di Malaysia yang mengabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup. Jadi bagi saya, saya rasakan bahawa filem ini adalah filem yang unik dan belum pernah di hasilkan sebaik ini di Malaysia. Sebelum saya ke panggung wayang, sempat juga baca review dan komen orang yang sudah menonton filem ini.Rata-rata meluahkan rasa kecewa kerena bukan cerita Upin Ipin sepenuhnya, Upin Ipin tak banyak keluar dalam filem , Upin Ipin nampak terlalu kartun, tak best dan macam -macam lagi.
Jadi, saya yang juga peminat filem animasi sebegini , terus kan juga lah niat untuk menonton filem ini. Apa yang saya dapat simpulkan tentang filem ini dari pandangan bola mata saya adalah :-
- Jalan Cerita
- Secara keseluruhan nya, jalan cerita nya agak mudah di fahami , jelas dan tidak terlalu berat. Namun, ianya dari sudut pandang orang dewasa dan anak-anak yang sudah bersekolah. Bagi kanak-kanak kecil pula, sebenar nya agak berat kerana tujuan utama mereka menonton filem ini hanya lah nak tengok kemunculan dan aksi Upin Ipin sahaja. Agak sukar bila anak saya yang 3 tahun asyik tanya , ” bila Upin Ipin nak keluar lagi..Saya tak nak kakak yang nangis tu.. ” .. erkkk..apa nak jawab ek ?
- Watak
- Semua watak dalam filem ini mampu di bawa dengan baik dan pasti nya membuatkan hati anda tersentuh. Puteri Balqis sememangnya layak memegang watak Aqish kerana Aqish perlu kan lebih emosi sepanjang watak ini berjalan. Adik Puteri Balqis mampu mejiwai watak nya dengan baik sekali dan beliau layak mendapat gelaran Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Malaysia.
- Watak lain seperti Awie, Remi Ishak dan Sara Ali juga membantu membawa filem ini lebih menjadi. Ada unsur-unsur kelakar, sedih, dan percintaan.
- Yang Best Sekali
- Cerita aminasi 3D terawal di Malaysia yang di adun dengan agak baik.
- Cerita menghiburkan , watak menjadi dan di bawa dengan baik oleh pelakon-pelakon nya.
- Yang Tak Best Sangat
- Upin Ipin bukan lah watak utama dalam filem ini walaupun ianya adalah filem Upin Ipin. Mereka akan keluar apabila Aqish seru mereka berdua. Bagi kanak-kanak, ini agak mengecewakan mereka. Tetapi, bagi pandangan peribadi saya, ia masih mengekalkan konsep filem animasi 3D seperti filem-filem animasi di luar negara. Mungkin , di Malaysia perlukan masa untuk filem seperti ini berkembang dan di terima dengan baik.
- Bab konsert amal tersebut sebenar nya di buat untuk membantu si Abg Jahat untuk membayar hutang Along sebagai ganti kepada tanah rumah kebajikan tersebut. Bagi saya, ini amat menjengkel kan. Kanak-kanak sepatut nya tidak di ajar tentang hutang Along.Mana kan tidak sewaktu awal-awal kemunculan abang jahat, abang jahat naik kereta Ferrari . Mewah dan kaya, tetapi tak mampu nak bayar hutang.
- Pergaduhan di hadapan kanak-kanak apabila Along datang menuntut hutang pada abang jahat.
Pada pandangan peribadi saya,jika kisah hutang Along di gantikan dengan orang-orang upahan datang nak roboh kan rumah anak yatim tersebut dan anak-anak ini berjuang mempertahankan rumah mereka, bagi saya lebih baik dalam membentuk semangat anak-anak ini. Tak perlu Along, tak perlu pergaduhan.
Dari segi bintang, saya bagi 4 Bintang. 🙂
Kepada anda yang belum saksikan filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini , boleh lah ke pawagam berhampiran anda. Atau jika pawagam jauh dari rumah, mungkin anda perlu tunggu filem ini di tayangkan di Astro First atau DVD original di kedai-kedai DVD berhampiran anda.
tak tengok lagi filem ni…nantilah bawa anak-anak
agak menarik sebenar nya .. watak Aqish mmg terbaik..sedih..sampai ke dlam hati..hehe