Review Aplikasi TULUS Sedekah Zakat Online

0 23

Jom beramal melalui aplikasi TULUS untuk bersedekah, Infaq, bayaran zakat dan sebagainya secara online di hujung jari anda. Jadi, tiada lagi alasan susah untuk mencari orang susah mahupun tiada masa untuk ke pejabat agama / rumah kebajikan untuk hulurkan sumbangan anda dengan aplikasi Tulus. 

Aplikasi TULUS ini di bina oleh syarikat Tulus Digital Sdn Bnd yang beroperasi di Shah Alam, Selangor. Menurut mereka, aplikasi ini di bina bagi memudahkan masyarakat muslim di Malaysia untuk beramal dalam satu apps sahaja yang merangkumi pelbagai pilihan servis seperti pembayaran zakat fitrah online, sedekah , infaq serta wakaf. Jadi, ia lebih mudah dan cepat tanpa perlu download apa-apa aplikasi pembayaran lagi. 

Jadi, ini review saya berkaitan dengan aplikasi yang boleh membantu kita beramal di mana-mana sahaja. 

REVIEW APLIKASI TULUS UNTUK ZAKAT FITRAH, BERSEDEKAH, WAKAF SECARA ONLINE.

review aplikasi tulus malaysia 2021

Cara penggunaan aplikasi ini juga sangat mudah tanpa step-step yang sangat complicated.  

  1.  Anda boleh download Tulus ini secara percuma di Google Play Store atau Apple Apps Store. Untuk pertama kali login, anda akan di mintak login menggunakan akaun Google anda sahaja. Tiada pendaftaran secara manual di perlukan.
  2. Ini adalah paparan dashboard anda. Ada 4 pilihan servis yang anda boleh gunakan iaitu Zakat, Wakaf, Infaq dan Sedekah. Terdapat juga update terkini mengenai apps ini serta video cara-cara pengunaan / pembayaran. Dashboard apps ini juga sangat mudah di fahami serta minimalis.
  3. Untuk cara pembayaran , anda boleh klik pada mana-mana servis pembayaran yang anda hajati. Sebagai contoh, saya memilih untuk sedekah. Klik sahaja pada butang sedekah,  pilih salah satu organisasi yang anda hendak buat sumbangan, masukkan jumlah sumbangan anda dan buat pembayaran melalui online transfer (FPX). Selesai.

Memang sangat mudah menggunakan aplikasi ini kan? Lebih cepat, lebih mudah pembayaran dan lebih banyak tempat / organisasi yang anda boleh membuat sumbangan anda. Anda juga boleh membuat sumbangan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. 

Jika anda mempunyai badan-badan kebajikan dalam kelolaan anda, anda boleh membuat permohonan untuk di masukkan dalam aplikasi Tulus di sini :-https://tulus.my/sertai-kami

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.