Renew Lesen Memandu Online Dengan MYEG
Apa nak susah. Sekarang boleh terus renew lesen memandu online dengan MYEG saje tau. Hanya di hujung jari, tak perlu nak beratur lagi di pejabat Pos atau kaunter JPJ. Kan mudah tu , dapat cepat, lebih jimat dan paling penting, kurang risiko terkena jangkitan Covid-19 . Bijak-bijak..
Ini yang saya suka sebab saya bukan jenis insan yang rajin nak beratur panjang atau perlu tunggu nombor giliran yang lambat tahap siput. Saya lebih prefer untuk membuat sebarang transaksi secara online. Benda senang, buat apa nak guna cara yang susah.
CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE DENGAN MYEG
Buat masa ini, cara yang anda boleh gunakan adalah dengan menggunakan laman web MYEG sahaja. Tiada website lain atau 3rd party website yang menawarkan perkhidmatan renew mereka. Sila semak dulu sebelum membuat apa-apa transaksi dengan mereka.
Cara nya :
- Masuk ke laman web rasmi MYEG : https://www.myeg.com.my/
- Login seperti biasa. Jika anda pertama gunakan MYEG, sila buat pendaftaran dahulu.
- Pada buat bahagian Dashboard anda, pilih lambang JPJ
- Pilih “Driving Licence Renewal (CDL)” untuk renew lesen anda.
- Isikan semua info yang di perlukan. Pilih berapa tahun yang anda nak renew lesen anda. Jika anda ada bajet lebih dan malas nak renew setiap tahun, ambil 2 tahun atau terus 5 tahun. Senang kan. Selepas itu, tekan butang ” Hantar”
Untuk collection method , saya pilih “Delivery / Penghantaran” supaya MYEG boleh hantarkan lesen saya terus alamat saya lalui kurier. Tak perlu lagi nak keluar dari MYEG service point, yang kadang kita pun tak tahu kat mana MYEG punya service point kan. Ada sikit cas penghantaran, tetapi masih murah jika di banding kan dengan modal kita nak cuti , minyak kereta, tol , parking lagi.
Harga untuk renew lesen memandu adalah :
- Kelas B B2 dan C : RM20/Tahun
- Kelas D dan Ke Atas : RM30/Tahun (Warnanegara)
- Untuk bukan warganegara, bagi semua kelas B B2,D, DA dan sebagain nya adalah RM120/Tahun
- ** Harga di atas tidak termasuk SST / Cukai Kerajaan .
Selesai.Itu lah cara renew lesen memandu online melalui MYEG yang bakal memudahkan urusan kita nanti. Cuma pastikan anda renew lesen memandu anda sebelum tamat tempoh okay untuk elakkan di saman dalam sekatan jalan raya atau masalah dengan insuran claim jika apa-apa berlaku pada kita kelak.
Hati-hati di jalan raya , dan ingat lah insan yang tersayang.
hai boleh saya tahu, dia akan hantar terus lesen atau slip lepas tu kita kena ambil dekat JPJ? kalau kena ambil dekat JPJ mcm tak berbaloi sebab kena keluar juga.
Hi..Tidak..Boleh pilih option kurier. nanti pihak kurier akan hantar direcvt ke alamat rumah/pejabat cik.
Tidak perlu ke pejabat JPJ.
Terima kasih
Hi. Bagaimana dengan saya punya sudah renew tapi belum dihantar ? Sudah 1 bulan. Bagaimana nak contact n check?
Cik perlu contact pihak MYEG ya.
Call 03-7801 8888 atau e-mail ke help@myeg.com.my
Saya telah bayar untuk CDL melalui Myeg pada 9/72021 untuk 5 tahun.
Sehingga hari ini tak sampai2. Apa masalahnya.
Saya pun ada buat pada awal bulan 8 serta masih tunggu CDL saya.
Yang saya dapat info, maybe JPJ baru sahaja bagi kebenaran untuk renew roadtax , jadi system agak jem dengan lambakan roadtax lama yang di renew sebelum pengumuman tempohari.
Jangan risau, tuan perlu bawa salinan insuran yang baharu sahaja.
Last renew untuk CDL adaalah sebelum 30 September. Masih ada masa lagi.
Terima kasih.
Sy menyesal renew road tax dgn myeg… Lambat. Sampai skrg blom dapat lg
Mungkin atas faktor pihak MYEG perlu process kan order rakyat Malaysia yang banyak.
Saya buat lesen pun ambil masa sampai 2 bulan baru sampai kat postbox rumah.
Bertabah lah yer cik 🙂
Saya salah silap tulis alamat delivery utk renew lesen kat MyEg…ada cra untuk sy btulkan alamat tu tak?
Boleh contact semula customer servis MYEG tuan. Tak silap saya, hanya itu sahaja cara yang boleh di buat.
Terima kasih