Rekod Jualan Alibaba USD17.8 Bil Dalam Tempoh 24 Jam

17 167

rekod-jualan-alibaba-single-day-2016

Sumber Gambar:- Money.cnn.com 

Dalam hanya tempoh 24 Jam , Alibaba , syarikat laman jualan online terbesar dunia mencatat rekod terbaharu iaitu berjaya menjana jualan (GMV – Gross Merchandise Value) sebanyak $17.8 Bil , peningkatan sebanyak $3.5 bil berbanding jualan tahun 2015 ($14.3 Bil). Ini adalah rekod jualan Alibaba secara online paling tinggi di dunia , menewaskan rekod jualan gabungan untuk acara Black Friday & Cyber Monday  di US.

Menurut laman Twitter Alibaba Group, untuk acara kali ini, 82% dari jumlah keseluruhan jualan di jana dari pembelian menerusi smartphone. Ini bermakna , pembeli hanya perlu membuat pembelian terus melalui telefon bimbit mereka tanpa perlu akses website Alibaba melalui  PC / Laptop.

shopping-mobile-alibaba

Dari data di atas , jelas menunjukkan, pengguna lebih selesa membuat sebarang pembelian terus dari telefon bimbit mereka sahaja.Jadi, untuk syarikat-syarikat e-commerce di Malaysia, mereka wajib memastikan laman web mereka mesra mobile ,mudah di akses , loading tidak terlalu lama/berat dan paling baik mempunyai aplikasi smartphones untuk memudahkan pembelian.

Ini antara fakta-fakta menarik sepanjang acara 11.11 China Single Day Alibaba ini:-

  • 1.5 billion jumlah keseluruhan transaksi jualan dalam masa 24 Jam
  • Peningkatan jumlah jualan sebanyak 48% dari tahun 2015.
  • Rekod dunia tercatat di mana sebanyak 120 ribu transaksi jualan berlaku dalam 1 saat.
  • Pembelian luar dari China meningkat sehingga 60%

Tapi, sebenarnya, tahukah anda, apa itu China Singles Day (11-Nov setiap tahun) ?

Hari bujang China (China Singles Day) ini bermula dari semua orang-orang bujang /tiada pasangan meraikan hari “anti Valentine’s” dalam era tahun 1990-an. Jadi, titik tolak dari keraian tersebut, maka lahirlah acara jualan online terbesar yang akan berlaku di China setiap 11-November setiap tahun. Mungkin dengan ada nya acara seperti ini,mereka yang masih bujang boleh melupakan seketika kesunyian dalam jiwa mereka. 🙂 ..Mungkin …

Buat anda yang kaki shopping tu,pasti nya acara seperti ini anda tak patut lepaskan. Offer ini hanya setahun sekali sahaja dengan diskaun sehingga 90%, pelbagai offer terbaik dalam 1 hari sahaja.

Di Malaysia,terdapat juga acara sales seperti ini seperti :-

  1. Lazada Online Revolution ( 11/11/2016 ~ 12/12/2016 ) – Terdapat pelbagai tawaran menarik & diskaun sehingga 90%  khas untuk rakyat Malaysia. Pelbagai jenama besar juga sudah mula menawarkan produk mereka melalui Lazada ini.Jadi, pada saya, Lazada adalah raja online shopping website di Malaysia .
  2. 11Street Sale (12/11/2016 ~ 11/12/2016 ) – 11Street juga menawarkan tawaran diskaun sehingga 80%.

Kita doakan ,pada suatu hari nanti, syarikat jualan online di Malaysia mampu memecahkan rekod jualan Alibaba ini. 🙂 Mana lah tahu kan.. Mungkin anak-anak anda bakal menjadi pemecah rekod tersebut ?

17 Comments
  1. siti hazreen says

    mak aiii, banyaknya jualan
    untung berlipat kali ganda 😉

    1. MdAzlan says

      yes. hasil jualan satu hari jer dah sama macam hasil negara kita untuk 1 bulan kot..huhuhu..

  2. cik tom says

    ciktom terpaksa tahan nafsu shopping buat masa sekarang,,,utama keperluan dari kehendak..tapi memang best shopping kat lazada..11th street tak pernah cuba lagi..

    1. MdAzlan says

      Yes..Setuju cik tom..Dengan ekonomi yang kurang memberangsangkan..keperluan lebih utama..
      11 Street best jugak.. tpi Lazada lebih banyak pilihan.. 🙂

  3. Amin Hakim says

    Pergghhh.. kalau dapat income 24 jam alibaba nie, 7 keturunan makan tak abis nie..

    1. MdAzlan says

      🙂 Jika kita tgk persediaan yang mereka , tak sure 7 keturunan kita sanggup tak untuk berusaha untuk sampai ke tahap seperti itu ..

  4. raihanah says

    fuh banyaknya untung dia. saya kurang shopping sbb hujung tahun ni nak utamakan keperluan persekolahan anak2 pulak.

    1. MdAzlan says

      Ini hanya gross sales. Belum finalize actual keuntungan yang sebenar 🙂
      Bajet hujung tahun mmg untuk anak2 sekolah..Saya pun sama..tahan jer tgk iklan yang lalu lalang depan mata..hehehe

      1. raihanah says

        oo gross sale. tapi tetap banyak gak tu.

        1. MdAzlan says

          hehe,,Masyukkkk… mmg power dieorg

  5. Uncle Zuan says

    wow! ni semua gara gara jualan 11 haribulan haritu

    1. MdAzlan says

      Memang berhantu angka 11.11 🙂 ..

  6. ema says

    banyak untung…kat alibaba ni pun macam-macam ada.

  7. akubiomed says

    Bila dengar jumlah keuntungan teruja sangat.

    1. MdAzlan says

      Makan tak habis tokey die.. 🙂

  8. Ahmad says

    wah …. pasti banyak untung la ni …..

    1. MdAzlan says

      Pakcik Kayo… !!

Leave A Reply

Your email address will not be published.